Thursday, April 29, 2010

Melayu yang minimal..

Aku penah cerita banyak tentang melayu sebelum neh..dilema melayu memang takkan pernah habih..aku tengok kembali post-post lama aku dan aku telah terjumpa kembali post ini..ada suatu masa itu ada orang wat pertandingan penulisan di dalam blog nya..Tafsiran Melayu Minimalis..apa itu melayu minimalis..so,aku pon join...aku tulis apa yang aku rasa betul..minimal itu perlu..jangan maxima...sebab kadang-kadang kita neh pon kena dok bawah jugak..jangan selalu pikir nak stay kat atas ja...amaran,ini entri serius...

1. Melayu yang berminimal di dalam hidupnya mestilah hidup seminimal yang munkin. Low profile bak kata penjajah British. Tidak suka ke tempat-tempat yang ramai orang macam Sure Heboh, Konsert Mingguan Akedemi Fantasia,mahupon Pertandingan Bapok Tercantik sekalipon.. Tidak akan menonjol kalo tak bersebab.Tak menonjol bukan sebab tak layak tapi ada prinsip tersendiri dalam menilai diri sendiri.Ada standard yang perlu dijaga.Munkin sebab prinsip hidup yang tidak menjurus kepada benda-benda yang tak penting sebab takut prinsip sendiri akan patah balik kat diri sendiri.Akan berwaspada dalam apa jua tindakan sebab standard yang ditetapkan oleh diri sendiri.Memang takkan peduli kalo benda tu tak penting tapi aku rasa,walaupon nampak macam tak peduli sangat,tapi peduli jugak sebenarnya..

2. Disebabkan kehidupan yang minimal,maka akan lebih cenderung menjadi pemerhati bebas.Pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling membuatkan melayu minimalis lebih suka menganalisa orang-orang di sekeliling.Lebih suka menilai dari cuba lebih memahami konsep sebenar.Jugdemental bak kata orang kampungnya.Apa yang ada di hadapan matanya tak semestinya betul dan tak semestinya salah.Akan dinilai dengan teliti sebelum seorang melayu minimalis itu membuat kesimpulan.Munkin akan duduk di satu sudut kedai makan,mahupon di satu sudut tandas awam sambil memerhatikan masyarakat lain.Berseorangan adalah satu kemestian.Kalau ramai-ramai,macam mana nak berfikir.Hilang konsentrasi.Pendapat dan tafsiran tidak semestinya di ceritakan kepada mak cik Joyah sebelah rumah.Medium yang boleh disalurkan secara peribadi tanpa mendedahkan identiti sebenar.Contoh terbesar sekarang,blog la hapa lagi..Akan mencari jalan supaya orang dapat baca dan tahu apa yang terbuku dalam otak dan hati..Lirik-lirik lagu juga.Munkin..

3. Gaya hidup yang sederhana happening.Tidak melibatkan aktiviti excessive clubbing(ada tapi pada kadar yang minimal),Sure Heboh,Perkampungan Islam Hadhari,mahupon Hari Bertemu Pelanggan MBSA sekalipon..gig-gig,parti rakan-rakan,jamuan hari-raya rakan-rakan mahupon pejabat,munkin menjadi pilihan melayu minimalis untuk berkunjung.Akan bergaul dengan high-society tapi tak semestinya mengikuti cara hidup mereka.Cukuplah sekadar berpada-pada tapi terselit kelasnya yang tersendiri.

4. Mempunyai citarasa yang tinggi dalam semua aspek.Muzik,fashion,art,books,seluar dalam,bra,mahupon chikaro sekalipon.Standard yang tinggi ditetapkan dalam menilai dan memilih apa yang diperlukan.Kalo standard tak tinggi,nanti sama pulak dengan mat-mat rempit mahupon mat kool mat kool kawan ku sekalipon.Citarasa muzik sudah semestinya lagu-lagu yang orang tak banyak dengar.By the way, No Cars Go by The Arcade Fire is nice..Okay sambung.Lagu-lagu yang diminati munkin hasil dari rantaian rakan-rakan yang juga minimalis.Bila dah ramai orang kenal band mahupon lagu-lagu yang didengari mereka,besar kemunkinan band itu tidak akan diminati lagi oleh melayu-melayu minimalis ini.Fashion apatah lagi..sudah semestinya akan cuba menjadi trend-setter.Berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan berharap ianya akan menjadi ikutan anak-anak muda supaya nnt dalam hati mesti melayu minimalis akan berkata..”Aku pakai dulu daripada kau laaa wahai kanak-kanak belum akil baligh sekalian”..

5. Akan menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perlakuan dan percakapan.Akan menjadi seorang yang begitu teliti dalam berkata-kata dan meluahkan pendapat.…Akan membuat research sebelum memberikan pendapat sendiri samada apa yang dikatakan betul ataupon tidak.Tapi tak semua yang diluahkan hasil daripada kajian-kajian teliti menggunakan wikipedia,munkin juga dari ilmu pengehtahuan sendiri yang banyak.Munkin hobi di masa lapang adalah free-reading buku-buku di MPH Mid Valley..Akan cuba menampakkan kesederhanaan tetapi at the same time,akan cuba menyelitkan kelebihan diri sendiri.Low-profile tetapi ingin tampak menyerlah..Minimal,tetapi mahu menjadi idola…ada la jugak ciri kepimpinan tu bak kata orang-orang tuanya..

Apa yang penting..open your heart..and open your soul..makcik-makcik ortodoks yang maximalis,lu boleh pegi mampus...

Monday, April 26, 2010

Suatu Petang di Bandar Manchester

Perlawanan pada petang hujung minggu itu begitu mendebarkan..Perlawanan di antara dua pasukan terhebat di dalam liga..begitu menarik sehinggakan Dr Rozmey pon berhenti seketika dari bercakap merepek dan meracau itu...kedua-dua pasukan begitu bersungguh-sungguh mencipta peluang bagi menghasilkan gol..hantaran-hantaran lintang pukang,sepakan kencang,ha ha ha terjatuh pula di situ(sila baca dengan nada Hasbullah Awang)..

"Woi Fletcher pelaq haram jadah oiiii!!!Pass la bola tu baq anggg!!!"...jerit Rooney dari sudut kanan padang apabila gerakan counter-attack dilakukan..

"Sabaq sabaq..aku haram tak nampak peluang lagi neh woi!!Hang lari dulu naik ataih!!Pi pi..pi lekaih!!"...balas Fletcher yang masih mengawal bola dengan kemas..

"Neh hangpa dok wat pelaq apa lagi??Paih mai bola tu kat aku..Aku tau la aku nak buat apa"...sahut pemain veteran Ryan Giggs...

Dushh..bola dihantar tepat kepada Giggs..dikawal ketat nampaknya disitu..ha ha ha..(sila gelak ala-ala Hasbullah Awang)

"Tudia aihhhh..banyak oghang noh..hangpa tunggu sat!!neh diaaaaa..anak buah Ayahanda Kassim Pon Pon Simpang Tiga Guaq Nangka nak mai..hangpa ingat aku takut???"...jerit abang veteran Ryan Giggs itu sambil mengelecek melepasi 3 kawalan pemain pertahanan lawan..

"Abang Giggs!!!hantaq lekaih bola tu mai kat akuuuu!!!"..jerit Rooney dari jauh setelah berjaya memperdaya pemain pertahanan lawan...

Bola dihantar tinggi memasuki kotak penalti lawan..Satu lompatan tinggi dilakukan Rooney..Rooney menanduk dan GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!

"Ambik hang budak pelaq oiii!!!"..jerit Rooney kepada penjaga gol pasukan lawan...

3-1 kedudukan berpihak kepada Kedah..Tottenham Hotspurs makan sardin cap ayam...

"Tak sia-sia kita ada jersi baru noh Abang Long Giggs.."..Rooney membisik perlahan kepada Ryan Giggs..

KEDAH HOME

KEDAH AWAY

KEDAH THIRD KIT

Maaf..kurang kemaskini...

Kurang update kebelakangan ini..attention didivertkan kepada benda yang lagi penting daripada krim kurus,Dr Rozmey yang tak tahu pijak bumi nyata,krim tumbesaran alat pembiakan,dan maybe Akademi Fantasia propaganda kapitalis...

Perhatian lebih ditumpukan kepada masalah dunia yang kucar-kacir,pemanasan global,cara-cara menjana ekonomi negara,pemantapan kendiri,dan juga keseimbangan rohani...

Maaf...

Tetapi...aku tetap tidak boleh terlepas tumpuan kepada Mamat neh...damn...



Kepada sesiapa yang ada keberanian,sila nasihatkan beliau supaya tidak mengeluarkan pendapat-pendapat yang boleh membunuh sel-sel otak aku ini...

"Semua penonton filem 2 Alam akan terpegun dengan filem yang bakal ditayangkan ini..Munkin ada sesetengah penonton yang akan pengsan di dalam panggung dan munkin akan dipapah keluar dari panggung semasa menonton filem 2 Alam ini"kata Dr Rozmey kepada wartawan-wartawan...

Oh..2 sel otakku dah mati oh...

Wednesday, April 7, 2010

Bolasepak yang beauty...

Kau minat Manchester United,aku juga minat Manchester United...

Kau pula minat Arsenal,tetapi kau membenci Manchester United..

Tetapi kita tetap sama-sama menyokong pasukan negeri Kedah bukan...

Chelsea adalah pilihan hati kau,dan kau juga menyokong Selangor...

Tetapi kita tetap sama-sama menyokong pasukan Sepanyol untuk kejuaraan World Cup nanti...

Penyokong Liverpool selalu membenci penyokong Chelsea,tetapi kita semua tetap menyokong pasukan Malaysia...

Tetapi...

Kita semua berbeza..tetapi kita juga semua sependapat...



Naharommmmmmm...hensem gila!!!!

Sunday, April 4, 2010

Aku yang selalu mengantuk...

"Gua ada masalah la..gua cepat mengantok oh..maybe sebab gua kurang oksigen dalam badan kot...munkin disebabkan masalah kentut-tanpa-nahu gua"...sapa rakanku yang sedang mengunyah ayam kentaki...

"Aritu gua pon ada masalah cepat mengantok macam lu jugak,lu tau?"..balasku sambil bermain dengan kentang putar di dalam bekasnya..semakin lama diputar,semakin berkuah pula..

"Skang?lu dah hilang la masalah tu?Lu dah susah nak mengantok ker?"..balas rakanku...

"Dah hilang.."..sambilku menyuapkan kentang putar berkuah tadi..ku kunyah2 tetapi kosong dan lohong...

"Macam mana lu buat?"..tanya rakanku penuh semangat...

"Gua tenyeh-tenyeh mata gua dengan Sabun Tahan Mengantok neh"..balas gua selamba...

"Terus celik mata sampai kiamat wa cakap lu"..sambung gua ringkas...

Thursday, April 1, 2010

Aku ada darah Hang Tuah

Aku nak mengamok..aku akan mengamok seboleh munkin..aku masih tidak percaya apa yang dilakukan mereka begitu merobek-robek hatiku..perkara ini lebih merobek hatiku..hatiku pernah dirobek..tetapi tidak seperti ini..aku pernah kecewa tetapi tidak sekecewa ini..pengalaman jatuh basikal menjilat jalan tar di hadapan rumah aku ketika aku masih kecil lebih mententeram aku daripada melihat apa yang aku lihat sekarang...aku nekad..aku nak mengamok...

Satu rumah aku tunggang-langgang kan...meja makan meja belajar,meja judi,semua aku patah dua kan dengan tangan pemusnah aku..jurus tusukan anak dara siamang terus aku keluarkan...rakan-rakan lain sudah lama tersangkut di atas kipas siling sambil cuba mengucapkan dua kalimah syahadah..ajal mereka munkin sudah dekat hasil tendangan tepat ke celah kening mereka...peluh jantan aku terus menitik membasahi ketiak gebuku..

Aku berlari ke dapur,ku mencari..kiri dan kanan ku perhatikan..ahhh,disitu..ku capai pisau potong daging itu dan terus berlari ke ruang tamu kembali...sekali lagi ku tendang rakan-rakan ku dan sekali lagi mereka tersangkut secara berjemaah di atas kipas siling..aku masih tak puas hati..ku hunus kan pisau ke arah televisyen itu...

"Nak ja aku cucuk-cucuk buah pinggang sekor-sekor dalam Diari Akademi Fantasia neh!!!"jeritku kepada televisyen...

Aku diperbodohkan..mereka memperbodohkan aku dan juga rakyat-rakyat Malaysia!!!aku tak puas hati..aku mempunyai IQ tahap 700,000 HP Petala Langit,tetapi mereka begitu berani memcabar IQ aku...

Ada ka cakap dengan motor?????!!!!!!!!Motor nama Bebot plak tu..haramjadah!