Monday, May 24, 2010

Abang Anjeng Menjawab Siri 2

Abang,
Saya ada pertanyaan..Kenapakah Abang menggunakan anjing sebagai nama pena abang..sedangkan kita semua sedia maklum yang anjing ini adalah binatang haram untuk dipegang..tidakkah dengan menggunakan anjing itu sebagai simbolasi abang,menunjukkan yang abang ini adalah seorang yang hina di mata masyarakat?

Adik Konpius

Adik,
Anjing kiut dan abang juga kiut..tenkiu...

Sunday, May 23, 2010

Tenang

Aku berlari..dan terus berlari..Di tangan ku senapang patah yang sudah kehabisan peluru ku genggam erat-erat agar tidak hilang semangatku untuk menyelamatkan diri dan terus berfikiran waras dalam menempuhi peperangan ini.Di hadapan ku,banyak lagi musuh-musuh yang masih cuba menjatuhkan aku dengan peluru-peluru buta mereka.Tanpa bidikan yang tepat,agar sukar untuk menjatuhkan aku.Aku memang sukar untuk dijatuhkan jikalau tidak kena carannya.Aku terus berlari tanpa menoleh belakang lagi.Dada dan kaki sudah tidak tertanggung lagi kesakitan yang ku tanggung.Ku terus berlari.

"Aku takkan mengalah dalam apa jua situasi pon.Sia-sia lah latihan aku selama ini"..Getus hatiku sambil menoleh ke kiri dan kanan melihat rakan-rakan seperjuangan tumbang satu persatu.Musuh-musuh kami begitu hebat.Propaganda mereka lagi hebat.Semangat satu pakatan pemusnah mereka begitu menebal di dalam diri.Propaganda yang disampaikan begitu kukuh untuk dijadikan alasan dalam melancarkan peperangan ini.

Aku cuba gagahi untuk mengisi semula senapang patah aku dengan saki-baki peluru yang ada,namun hampa.Kelongsong peluru tidak lagi berguna.Aku hanya perlu sampai ke sempadan.Di sana,keamanan menanti dengan tangan yang terbuka.Aku terus berlari.Aku terus berlari.Hujan hujan peluru masih menerjah.Tepat ke hati.Sakit.Rebah.Sedikit lagi.Cahaya sempadan keamanan di hadapan.

Cahaya.Satu tangan dihulurkan.Aku capai.

"Selamat pulang rakan ku ke Jitra"..sapa lembut pejuang itu kepadaku...

Friday, May 21, 2010

Oh this is so Love Me Butch

Stumble Upon A Glass by Love Me Butch..an old song..by a great band yang aku memang minat dari zaman sekolah menengah lagi...motivating and yet lifting..if you know what i mean..

The spark is my eyes doesn't reflect the way I am now,
The whole institution needs to be decentralized,
Wires of the bunker secretly have been cut out,
Negotiating myself to the fact that I'm wide open,
Practically impossible, logically may be true
Oh shit! I'm through with this!

The fate still remained forgotten,
Up till today I'll pass it on,
I never get to watch the 4 seasons,
As for the day, I'm bound to fall.

I have shitloads of burden right in my head,
The burden of not having my brain to speak,
Here is where I realized that I'm losing touch,
Up to the limit where I will not achieve,
There are thousands of ways for me to break loose,
Not a single way for me to choose right now!

The fate still remained forgotten,
Up till today I'll pass it on,
I never get to watch the 4 seasons,
As for the day, I'm bound to fall.

These are the days I'd come and go,
longing to stay for a while,
And crushed to the deepest hole,
longing to stay for a while.
Can't you hear me anybody?
Over the edge, over the top,
Confiscating our treasured piece

I stopped by to look in a couple of years now,
And all the differences, the contrast of whatever they call it,
It's delicacy of human creation, finalized perfection,
Centre of objection.
Sitting back and fucking up our sanity,
Calling up and back this human prodigy,
We tell them stories oh endlessly,
Every single part of you is a part of me

Have you ever thought of having control of me?
Ever saw the things I used to see?
Ever dreamt of the dreams I used to dream?
Ever sang the song I used to sing?
Are you happy today, are you scared you might fall,
Will you ever stay, are you willing to crawl?
Are you happy today?
Scared you might fall?

I cannot lift my self esteem, and call it sick and tired,
who am I, compromise, suicide, where to start, rest my case,
if that's the case it'll stay forever!

Tuesday, May 18, 2010

Abang Anjeng Menjawab Siri 1

Ini ada ruangan dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukan secara intelektual..Berbeza dengan siri Abang Anjeng Membantu,siri ini adalah untuk menerangkan,bukan membantukan...

Abg Hanjeng..saya ada satu permasalahan.Rozmey dikatakan mencari rumusan baru utk dibangunkan di kawasan Jitra terlebih dahulu. Jadi Anjeng Abg boleh tak menurut jejak Rozmey utk berjaya sedemikian rupa supaya nntinya berdiri sama tinggi dgn artis2 malaya kita seperti yg dilakukan Rozmey..adakah Anjeng Abang mampu untuk menghasilkan benda baru di M'sia ini..Sekian jawab.

Dari saudara Rozmey Mania

Dr Rozmey mmg boleh dikatakan sebagai seorang yang bijak mengambil peluang..dan juga bijak mengeluarkan kata-kata syok sendiri..Di mana kebanyakkan rakyat Malaya sekarang ini rata-ratanya obese,Dr Rozmey berjaya mengeluarkan produk perlangsingan yang berkesan..Hasil formula Dr Rozmey(konon-kononnya..kisah lain),pemasaran produk itu berjaya..Tahniah Dr Rozmey..tetapi,untuk Abang menurut jejak Dr Rozmey itu untuk berdiri sama tinggi dengan artis-artis Malaya,ianya hanya akan membuang masa Abang..Abang tidak pernah terlintas pon dalam kepala hotak nak berdiri sama tinggi dengan artis Malaya,sebab mereka (tidak kesemuanya..) sebenarnya lagi rendah darjatnya dari Abang..pendidikan,maruah,gaya hidup,nilai diri,harga diri,semuanya(tak kesemuanya lah bagi menjaga hati sesetengah pihak) boleh dikatakan lagi rendah martabatnya dari nilai hidup Abang..Jangan fikir artis-artis Malaya ini tinggi martabatnya,tidak..dan benarlah kata Wardina Safiah,jangan jadikan artis sebagai idola..and she knows the reasons..and i do too..jadikanlah orang-orang yang berilmu sebagai idola..dan kepada sesiapa yang ingin menjadi berjaya seperti Dr Rozmey,usahalah dari sekarang dalam mencari peluang..Benda baru di Malaysia?Untuk dibangunkan?Abang rasa abang tidak perlu membuang masa disitu..Sedangkan pemain badminton negara pon masih menggunakan tenaga lama,pasukan bolasepak Malaysia masih di takok lama,sistem pengangkutan awam yang masih tidak menyeluruh,itu saja dah cukup untuk abang berfikir dua tiga kali untuk mengeluarkan satu produk atau fenomena baru...

Monday, May 17, 2010

Abang Anjeng Membantu Siri 1

Baiklah..di sesi pengenalan ini,abang anjeng akan terangkan serba sedikit tentang apakah itu siri terbaru "Abang Anjeng Membantu" yang telah abang lancarkan semalam..Siri ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang bermasalah di luar sana..kepada sesiapa yang mempunyai masalah,sialah jangan segan silu untuk menghantar surat kepada Abang Anjeng,menceritakan masalah supaya Abang Anjeng sedikit sebanyak boleh membantu..Jangan risau,Abang Anjeng ada amik subjek Kaunseling Sekolah,Kaunseling Keluarga,dan juga Kau Sering Dikecewa semasa zaman belajar Abang Anjeng dulu..Jadi,untuk siri pertama ini,Abang Anjeng akan melayan surat daripada Jejaka Risau dari Kuala Selangor..

Assalamualaikum Abang,
Saya ada seorang kekasih yang saya kenal sejak dari tahun 2006..Saya namakan dia L..L seorang yang pandai mengambil hati saya.sikapnya yang mudah mesra,amat menarik hati saya semasa mula-mula berkenalan dengannya dahulu.Tetapi,sejak kebelakangan ini,L selalu mengelak untuk berjumpa saya.Saya dapat tahu yang L sudah mula menghubungi bekas kekasihnya sebelum ini,tetapi saya abaikan itu kerna cinta dan sayang saya terhadap L..Tetapi,pada malam semalam,saya cuba selidik dengan mengekorinya dari belakang untuk melihat aktivitinya..Alangkah hancurnya hati saya apabila saya nampak L dan bekas teman lelakinya berjalan sama-sama masuk ke dalam rumah L.Mujur saya ada kunci spare,jadi dengan diam-diam,saya pon masuk rumah L,dan alangkah terkejutnya saya,L dan bekas teman lelakinya itu sedang seronok melayar bahtera.Saya sungguh kecewa,tolonglah saya Abang Hanjeng.Saya begitu buntu.Apa yang perlu saya lakukan?

Jejaka Risau
Kuala Selangor

Adik Bodoh,
Setelah membaca masalah adik,abang dapat simpulkan yang adik munkin mempunyai masalah tenaga batin,ataupon dengan erti kata lain,lemah tenaga syahwat dan tidak mampu bertahan lama.Jadi,eloklah jika adik mencari ubat-ubatan tradisional seperti tongkat ali supaya adik lebih mantap.Maka,dengan tenaga yang lebih mantap,tentulah kekasih adik takkan cari orang lain.Lagi satu,banyakkan lah membaca buku-buku ilmiah supaya membolehkan adik menjadi pandai.Bila dah pandai,hidup akan senang.Bila hidup akan senang,adik akan jadi Datuk pada suatu hari nanti,dan adik boleh bela anak ikan keliling pinggang adik.kekasih adik si L tu,adik boleh buang dalam Sungai Klang,biar ikan-ikan makan,sambil adik makan anak-anak ikan adik.Terima kasih...

Kisah benar dicedok dari Harian Metro yang gua baca aritu..Dan gua boleh jadi Kaunselor..

Monday, May 10, 2010

Kau dan Aku?

Di suatu petang di tahun 2059..pada tahun ini,semua manusia telah pon mengecap nikmat kemajuan yang begitu memberangsangkan..tiada lagi mat-mat rempit di jalanan,semuanya sudah boleh berfikiran matang dalam menjana ekonomi negara..munkin semua sudah join itu MLM dan sedang makan duit orang lain dan bergambar di tepi kereta Mercedes pinjam bos..Tarian shuffle hanya dipertontonkan di malam Festival Tarian Tradisional Peringkat Kebangsaan sahaja..begitu juga dengan tarian-tarian cikgu Linda AF musim ke 3451 itu..dan gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan sudah ditukarkan menjadi 1MalaysiaIndonesiaBangladeshMyanmarNepal..Pasukan bolasepak Malaysia pula masih bermain di La Liga La Kampung Bukit Naga,divisyen 2...

Aku masih termenung melihat kemajuan yang berada di hadapan mataku...setelah aku hidup selama berapa tahun ini,pembangunan di hadapan aku begitu membuatkan aku terleka menghayatinya...semuanya sudah berubah..semuanya sudah menuju ke hadapan..

Di dalam menghayati panorama indah di Kuala Lumpur ini,tiba-tiba,di hadapan ku muncul seorang tua yang tidak terurus penampilannya..kotor..berbau..berbaju compang camping..bergigi kuning..dan berketiak cagu...aku perhatikan saja gelagat beliau di hadapan aku...

Dia masih waras..getis hatiku...lalu ku cuba untuk bertegur sapa...

"Assalamualaikum Pakcik..mundar mandir nampak..."..sapa diriku...

"Waalaikumusalam Nak..Pakcik tiada arah yang hendak dituju Nak..Pakcik sebatang kara..Pakcik tiada apa-apa di dunia ini Nak"..Balas pakcik tua itu...

"Iksh..pada pendapat saya,di zaman yang serba moden ini,mana munkin wujud lagi kemiskinan tegar.."..tanya aku dengan perasaan berdebar-debar..kerajaan tidak buat kerjakah?..kenapa masih ada hal-hal sebegini?Orang tua yang dibiarkan sebatang kara..munkinkah orang-orang kerajaan masih lepak di kedai kopi dengan memberikan alasan "Urusan Anda Akan Di Layan Sebentar Lagi"..?

"Pakcik dibuang Nak..Anak-anak pakcik yang buang pakcik..mereka malu ada ayah macam pakcik..sob sob"..explain Pakcik Tua itu sambil menitiskan air mata nya...

"APA?Pakcik di buang?Wah..di tahun 2059 pon masih ada lagi kes anak buang ibu bapa yer?Kes buang anak dan common,tapi masih ada lagi rupanya kes anak-anak buang bapa neh..Neh kena report kat Metro neh.."..Balasku dengan nada separuh marah...

"Yer Nak..pakcik dibuang..Anak-anak pakcik buang pakcik dekat stesen bas depan nun.."..explain lagi Pakcik Tua itu..

"Kenapa yang boleh jadi macam tu Pakcik?"..Tanya aku sedikit concern...

"Malam tu,pakcik ada tunjuk gambar pakcik time pakcik muda-muda dulu..sekali,diorang terus buang pakcik..Pakcik tak tahu apa salah pakcik..Sob Sob"...Balas Pakcik Tua itu...

"Gambar pakcik muda-muda?..Iksh..kenapa dengan gambar pakcik muda-muda dulu?Neh yang saya heran neh"..tanya aku yang bingung seketika...

"Neh haaa pakcik tunjuk gambar pakcik dengan kawan-kawan pakcik dulu neh..dulu muda-muda pakcik femes,skang dah tua,apa pon tadak..."balas pakcik itu sambil mengeluarkan sekeping gambar dari poketnya...lalu dia menunjukkannya kepadaku...



Ku menatap gambar itu...dengan seraya terus aku berkata tanpa banyak pikir...

"Kalu gua ada bapak macam lu pon,gua buang lu..."..balas aku dan terus aku berlalu pergi...

Sunday, May 2, 2010

Jodoh

"Muka lu dengan awek lu nak sama la..orang tua-tua cakap,kalo muka nak iras-iras,itulah jodoh lu.."..kata gua separuh sedar setelah melihat gambar awek kawan gua yang ditunjukannya...

"Yer ker?Tak percaya ah..dulu ada jugak orang cakap muka ex-girlfriend aku nak sama ngan muka aku,tapi putus jugak.."..balas Rakan Lost ku itu..sambil menatap gambar awek kesayangannya..

"Itu takdir namanya..kalo lu pandai jaga sesuatu hubungan itu,nescaya bahagia akan menanti..di hujung jalan,cahaya akan menerangi hidup lu..."..sahut gua sambil terasa geli-geleman di pangkal ketiak akibat kata-kata sendiri...

"Betul ker saper2 yang muka iras kita tu jodoh kita?"..tanya Rakan Lost...

"Orang tua-tua la kata..tapi,aku TAK NAK percaya..."..balas gua dengan penuh cool...

"Apsal plak TAK NAK percaya?"..sedikit kekeliruan terpacul dari mulut Rakan Lost..

"Kalo gua cakap muka lu macam muka Dr Rozmey,maknanya Dr Rozmey tu jodoh lu la?Bayangkan dia jodoh lu,and then lu kawen dengan dia.Mau gua putus kawan dengan lu"..balas gua dengan cemerlang...

"Babi..Nabi tak mengaku umat,bodoh.."..balas Rakan Lost...

"Sebab tu la..aritu ada orang cakap muka gua ada iras macam Aaron Aziz"..sambung gua ringkas...