Tuesday, June 23, 2009

Setelah melah...

Setelah 4 bulan menghamba-abdi kan diriku ini kepada Watson's Personal Care Store cawangan Pekan Jitra 2,saya akhirnya meletakkan jawatan saya sebagai Abang Long Watson berkuatkuasa pada 25hb June 2009..jangan ditangisi pemergianku ini wahai anak-anak ikan Watson's..

Dengan itu,saya menyerahkan 3 keris berwarna Raggae saya ini kepada Bonda Watson dengan harapan Bonda Watson dapat menjaganya dengan baik...

KEMBALI KE SANA!

Thursday, June 18, 2009

Saya yang tengah penat dan letih..wasalamu..

Aku baru saja balik dari Kuala Lumpur aritu..menghadiri temuduga untuk jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Poly-Tech MARA..penat tak hilang lagi walaupon aku dah tidoq bukan main cantek lagi dari Kuala Lumpur ke Alor Setaq..(aku sepatutnya turun kat Jitra,tapi aku tak jaga,tidow mati sangat,so terlajak la aku sampai Aloq Setaq...nak explain panjang sgt,abaikan)...

So,aku masuk keja arini..sebagai Abang Long Kawasan Watson's Jitra,aku menjalankan tugas aku dengan cemerlang sekali..cemerlang dengan duduk saja sambey menguap sambey kentut bertalu-talu apabila tiada orang di sekeliling..Bosan menunggu,aku pon pegi la try suma jenis perfume yang ada kat dalam Watson's tu..so skang aku berbau hanjeng,sehanjeng anjing najis mughalazah ituw..aku melalut..maaf..kuffff kuffff..aunggg aunggg..

Tiba-tiba,kedengaran dari pintu utama,seseorang sedang memanggil aku..

"Hans Isaac..Hans Isaac"

Aku yang berasa diri aku ini Hans Isaac pon terus menoleh ke arah suara ituw..

"Ohhh..Pak Long..ada apa Pak Long?"Kataku dengan penuh sopan..

"Chuihhh..berasa Hans Isaac pulak hang neh..cam celaka ja..Blah la hang..Neh,ada surat,sampai rumah tok hang kat kampung nun.."..kata Pak Long ku yang tinggal di sebelah rumah tok aku di kampung..

"Awat?Tok dapat masuk Akademi Fantasia ka?Bila dia pegi audition?"Kataku..

"Bodo la hang neh..Neh surat hang laaa..yang hang pi letak alamat kampung pasai apa??tak pasai2 aku kena jadi posmen hang plak mai hantaq kat Jitra neh..dah,aku nak claim minyak..mai rm30ribu!"..marah Pak Long ku..

"Owhhh..surat saya???"kataku tertanya2..

Aku pon membuka surat yang terpampang besar atas sampulnya.."Urusan Seri Paduka Baginda"..wahhh..surat kerajaan..diorang nak suruh aku jadi agen rahsia 007 kah?munkinkah aku telah ditawarkan menjadi pemain Manchester United?Adakah aku telah ditawarkan wang rm40juta daripada Agong?jeng jeng jeng..AKU NAK RM40Juta!!!!!!!!!!!

'Suruhanjaya mengucapkan tahniah wahai Hanjeng di atas kebodohan anda menjawab soalan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik haritu.Sehubungan itu,tuan/puan/pondan/darai dikehendaki mengikuti Program PTD Assessment Centre (PAC) bagi tujuan penilaian selanjutnya.'

Tarikh-26 Jun 2009
Masa-8 pagi sampai Kiamat
Tempat-Intan Kampus Wilayah Utara(INTURA)
Telefon-999(Jika terdapat kecemasan bagi sesiapa yang kecemaran)

GULP!!!Aku dah tergaman..ingatkan tak panggey dah..

Tiba-tiba..

BZZZZZZ....BZZZZZZZ..(bunyi hp yang di"silent"kan bergetar dalam seluar yang boleh membunuh baka-baka aku disebabkan terlalu dekat dengan "adik")

"Hello..Fabregas bercakap"

"Ya Fabre..tahniah..anda telah berjaya mendapatkan jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Koley Poly-Tech MARA Bangi..sila lapor diri pada 1hb Julai yer..tak lapor,siap ko!!!"


Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Aku dah penat..

Aku berenti Watson's 25hb Jun

Aku pegi PTD 26-29 Jun

Aku daftar diri di KPTM 1 Julai..

Okay..aku nak pegi mati sebentar...

Aku penat..

Sekian..