Friday, June 24, 2011

Identiti

Gua ada banyak dengar suara-suara bloggers lain yang menceritakan tentang Blog Hanjeng ini...Terima kasih kepada yang sudi mengulas blog yang tidak seberapa ini...Terima kasih kepada Mrs Guinea for your review..Terima kasih juga kepada Abang Zam dan Leman...kepada yang lain-lain,dengan penuh perasannya,kalaulah anda ada menganalisi blog ini,terima kasih jugak diucapkan...

Tahukah lu orang semua yang blog gua dah berusia 4 tahun...Lama..Sungguh lama aku berblog...Bukan secara serius,tetapi hanya untuk melepaskan apa yang terbuku di otak..Bukan terbuku di hati..Kau berfikir guna hati ka otak?Patutlah kau pakai tudung pakai legging nampak bontot...Gua akan menulis jika anda benda yang ingin aku sampaikan...Bukan setakat gambar-gambar makanan gua,mahupon gambar anak saudara gua yang pandai cakap "teng kiu teng kiu",dan juga bukan sekadar gambar-gambar melawa kau yang hanya digunakan untuk memancing pembaca lelaki untuk menaikkan rate Nuffnang kau...Aku menulis bila aku ingin menyampaikan sesuatu...

Ramai yang kata,munkin penulisan aku bersahaja,tetapi jika kau betul-betul memahami apa yang ingin aku sampaikan,kau akan paham masalah sebenar..Aku berkias...Selalu berkias...Nama anak aku nanti pon akan aku letak Mohd Kias Fansuri...Sebab aku minat Kias Fansuri...Siapa Kias Fansuri?Lu orang hanya layan Bangfes,tak payah tahu apa itu Kias Fansuri...Tetapi,itulah..Kalau kau paham,kau ambil...Kalau kau tak paham,kau boleh pergi baca blog lain..Aku tak kisah...

Kenapa blog aku nama Blog Hanjeng?

Dulu blog aku nama senonoh..Memang senonoh...Tapi,ada satu time tu,gua tengah geram baca artikel untuk thesis gua,dalam kepala otak asyik maki jer..Anjing anjing anjing...Terus gua tukar nama blog gua jadi Blog Hanjeng...Bukan BELOG..BELOG bunyi macam TELOG...Gua tak layan telor,,Gua berorientasikan lurus...or straight.."Hinanya nama blog..Sahih orangnya pon hina"...Yes..memang nama hina..Tetapi ianya hanya atas nama...Nama..Just an orientation...Just a medium in symbolizing something...Biar nama hina,jangan perangai hina...Kalau nama lu Fasha Al-Habsi Sandha Gemora Diana Mustawalsikin pon,tapi perangai lu macam jalang,lu tetap hina...Betul?..Jadi,aku suka nama Hanjeng...dan lagi satu,anjing cute dan pandai melintas jalan...Tidak seperti kucing yang harap muka saja comel,tetapi bodoh bila nak lintas jalan...(Cuba relate dengan konteks dunia sekarang..Inilah yang gua maksudkan dengan sikap berkias aku)

Kenapa tak selalu update?

Sibuk..Ya..Amat sibuk..dan munkin tiada apa yang menarik untuk diceritakan...Lainlah kalau kau nak dengar cerita aku hari-hari buang taik kucing-kucing aku...Mau?..Minta maaf kepada Followers semua...

Dan ini soalan yang selalu muncul....

Kenapa tidak dedahkan identiti?

Malas...Tak hensem..Tapi sebenarnya hensem jer...hehehehe

Wahhh..Aku dah tahu macam mana nak dapat followers beribu..YES YES!!!!

Kejap,gua amik gambar gua....

*Ketechakkkkk*..(Sila insert bunyi kamera)

Pergh...Hensem sial gua...Okay,disini,dengan penuh bersejarah,Abang akan reveal identiti Abang...



Abang sebenarnya adalah Aaron Aziz...

Kthxbye!

Friday, June 17, 2011

Senang hendak senang..Susah untuk Kesenangan..

Abang sekarang sibuk...Ingat entri Abang yang bertajuk Sabar Sabar Biar Papa Pegang tu?..Abang hanya mencari "jalan" pada waktu itu..."Jalan" yang Abang cari dan telah pon memulakan gerak mula minggu ini...

Abang sudah jumpa "jalan" baru dalam mencari haluan hidup Abang...Alhamdullillah,kini berada di Puncak Alam pula menabur bakti kepada anak bangsa di UITM...

Kembali menjadi tumpuan mata-mata pengejar ilmu pengetahuan..Mata-mata penuntut ilmu duniawi..Mata-mata para pelajar-pelajar Abang yang mengharapkan ilmu daripada Abang...InsyaAllah..Akan Abang bantu satu-persatu..Selangkah demi selangkah...

"Saya tak minat la course saya neh Sir...Mak saya yang suruh saya masuk belajar kat UITM neh..."..rungut seorang Pelajar apabila minta diperkenalkan diri....

Abang hanya mampu tersenyum....

Bukan mudah untuk hidup...Lagi susah untuk berdiri di atas kaki sendiri...

Muda lagi,masih belum kenal erti kehidupan...Tiada jalan mudah untuk berjaya...Jalan mudah hanyalah untuk orang bodoh dan murah...

Kau ingin hidup senang?Banyak jalan mudah sekarang...Begitu banyak...

Kau boleh jadi Pelakon yang tidak boleh berlakon tetapi boleh menjual bentuk tetek...

Kau boleh jadi Penyanyi yang tidak bersuara tetapi bernafsu buas...

Kau boleh jadi model yang mempunyai rupa tetapi tidak mempunyai maruah diri...

Kau boleh menjadi ahli perniagaan yang berjalan megah di atas kesusahan orang bawahan...

Kau boleh menjadi ahli politik yang hanya tahu merancang untuk kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain...

..dan munkin kau juga boleh menjadi pelacur kelas atasan..Senang...ataupon perempuan simpanan ahli-ahli politik seperti yang diatas...Senang bukan untuk senang?

Berjalanlah di atas kaki sendiri..Bukan menjadi parasit orang lain...Bukan dengan menggadaikan maruah..Bukan dengan hanya mengambil jalan mudah...Ingat pesan Abang...dan jangan lepak kat depan pintu Pavillion...Ptuih!

*Mood benci model-model murahan yang penuh dalam Facebook..Diselang pula dengan lagu Pesawat-Hitam,memang akan mengeluarkan aura berleter gua*

Enjois!!!

Friday, June 10, 2011

Video Klip Terbaru GulaGula KPop MPop!!!



Eh bukan?Apa?Group Rosalinda Welkam To Mareishia?PTUIH!!!

Ini bukan Korea Pop..Ini Kelantan Pop...

Sunday, June 5, 2011

Abang Jem dan 4 Bininya...

"Power betul Abang Jem (Sallih Yaakob)...Kahwin 4..Tah apa ilmu dia pakai nak tundukkan 4 orang perempuan di bawah telunjuknya..."...bebelku kepada Rakan Gebu haritu...Melepak kami di Restoren Syed Bistro Shah Alam...Hari jumaat...Pukul 2 lebih...Seperti baru balik sembahyang Jumaat..Seperti...

"Tu bukan power,tu namanya jodoh di tangan Tuhan...Lagipon dia mampu...Isteri-isteri dia pon bagi kebenaran...Apa salahnya..."..balas Rakan Gebu...

"Isteri-isteri dia kena Mee Goreng Telur Mata kangkang kot..."..seraya aku berkata sambil tangan menyuap nasik bukhara kambing...Sedap...

"Tu la aku cakap...Perempuan neh suka lelaki yang kelakar..."...balas Rakan Gebu....

"Yer ker?Perempuan suka lelaki kelakar rupanya...You nih kelakar la..ihiks..."..aku cuba menjadi kelakar..Rakan Gebu termuntah...

"Geli siak..."..balas Rakan Gebu..

"Kelakar tak aku?Kelakar kan?Sahih perempuan-perempuan minat kat aku...Hik Hik Hik..."...balas aku yakin dengan tahap kelakar aku....

"Kau tu miskin,takder duit...Tadak guna jugak kalau kau kelakar pon.."..balas Rakan Gebu selamba...

"BABI..."....spontan keluar...

Arkkk...Arkkkk...Arkkkk...(Sila insert bunyi Gagak sebagai bunyi latar)

****************************************