Monday, August 23, 2010

Pelajar berdedikasi

Semenjak menjadi pelajar sepenuh masa kembali neh,secara otomatiknya aku dihujani dengan macam-macam bala esaimen,presentation,research,bla bla bla...biasa lah,melayu,malas dan suka bertangguh..Aku pon malas dan juga suka bertangguh..Esaimen kena hantar minggu depan,minggu neh aku dah siapkan..Aku tangguhkan semua kerja lain,buat esaimen..(para students yang baca blog aku neh,sila contohi sikap bekas pensyarah korang neh..)

Tapi,satu esaimen neh,aku baru dapat tau kena hantar esok..Sumpah tadak sapa nak cakap pon sebelum neh kena hantaq esok.Celaka..Gua pon terlupa nak tulis dalam Diary of Love gua pasal esaimen neh..Munkin disebabkan pen pink gua dah habeh dakwat aritu..Mampus gua..

Tapi,sebagai seorang bekas pensyarah,gua dah banyak belajar dari student-student gua dulu..1001 alasan yang boleh gua bagi kat pensyarah sebab2 tak boleh antar esaimen..

"Saya ada masalah keluarga.Saya kena balik kampung aritu,tak sempat wat esaimen...."...Hurmmm..tak boleh..sebab aku taknak menipu pasal keluarga neh..Muka aku yang mmg muka manja ngan family neh pon leh kantoikan diri aku sendiri balik kampung rindu kat mak aritu..

"Thumbdrive saya hilang.Laptop saya plak takleh ON"..Alasan basi lagi lapok ditelan dek zaman dah neh..Gua dah pakai komputer legend neh dari tahun 2005..Masih okay lagi..Inikan pula laptop canggih yang bapak wa belikan masa mula2 masuk kolej aritu...

"Alamakkk..Saya tak sempat print lagi laaaaa..Esok saya hantar kay"..Alasan paling kurang kesedaran sivik.Tak sempat print macam bangang ja..Gua kuar dating2 ngan awek sempat jer..

"Saya sakit perut semalam.Biasala,perempuan2 memang macam neh.Bulan-bulan mesti sakit perut"..Alamak,gua lelaki..manada datang bulan.Kalau datang pon,esaimen lagi penting kot.Markah final gua nanti..

Ahhhhh..banyak pulak cengkadak gua alasan itu alasan ini..Sambil gua cari alasan apa nak bagi,dah 1000 patah perkataan dah gua karang dalam esaimen gua.Pergh..Pelajar berdedikasi macam gua memang macam neh..

Tak payah sibuk-sibuk nak cari alasan,it's my fault,and it's my responsibility..

Responsibility?

Finally,gua dah ada alasan..

"Semalam saya kena lawan dengan Dr Octopus.With great power,comes great responsibility.Saya Spiderman!!!!Prof kena paham laaa!!!!!"..

Friday, August 20, 2010

Raya yang menjelang...

Walaupon baru masuk hari kesebelas aku berpuasa,aku dah mengira-ngira berapa hari lagi nak raya..

Raya tahun neh aku chuak bai..Ada satu benda neh yang begitu mengganggu aku..Macam mana aku nak jawab nanti..

Raya tahun lepas aku disanjung oleh budak-budak sebab bagi RM5 seorang..Memang suma layan aku macam raja..Air dihidang..ketupat dipotongkan untuk aku..kaki diurut.."Abang Bagi Duit Raya RM5" digelarkan mereka kepadaku..Aku berkerjaya..Duit gaji ada pulak advance..Makcik-makcik yang bertandang bertanyakan kepadaku.."Kerja apa sekarang neh Anak Pak Ya?"...Selamba aku jawab dengan yakin.."Pensyarah...kat Kolompo"..

Tahun neh?Munkin aku akan digelar "Abang Bagi Duit Raya 10 sen"...

Soalan lazim tetap akan berkemundang...

"Kerja apa sekarang Anak Pak Ya?"

Dan aku telah bersiap-sedia dengan jawapan yang paling impress pernah aku fikir..

"Saya jadi pelakon sekarang Makcik..Kat Kolompo..Sayalah Tiq Zaqyah dalam Nur Kasih tuuu (sambil gigit jari)..."


Mesti diorang akan tetap suka aku...

Saturday, August 14, 2010

Abang Watson kembali?Betulkah?

Aku sekarang sudah tukar title..Dari menjadi seorang Pensyarah Bahasa Inggeris,aku sekarang sudah menjadi Penganggur Bahasa Melayu..Aku dah berenti kerja disebabkan requirement dari pihak UITM yang tidak membenarkan aku berkerja jika aku mahu makan duit Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UITM tu...Bagi aku,tiada masalah..Lagi aku suka.Goyang telor,duit masuk tiap-tiap bulan..Mula-mulanya aku rasa macam tu..

Tetapi..setelah seminggu tidak berkerja,gua dah boroi bai..Perut 6 packs wa dah kurang jadi 3 packs..Macam mana rupa 3 packs?Tetek 2 packs,perot 1 pack..Itu pon nak aku terangkan..leceh betul..dan gua betul-betul bosan melepak depan tv ja hari-hari..Skrip Wonderpets edisi Bahasa Melayu TV9 pon gua dah bleh hafal..Ada haiwan dalam bahayaaaaaaaa...Anak penguinnnnnn..di atas Icebergggggg...damn..

Adakah aku patut mencari kerja sambilan?Adakah Abang Watson akan kembali?Sambil itu,mari kita imbau kembali kenangan Abang Watson bagi mendapatkan kembali feel untuk menjadi Abang Watson semula...

Abang Watson Episod 1

Abang Watson Episod 2

Abang Watson Episod 3

Abang Watson Episod 4

Abang Watson Episod 5

Abang Watson Episod 6

Abang Watson akan kembali?Kejap,nak pusing gasing..Totem aku..

Kapitalis oh Kapitalis

Kapitalisme membawa maksud sistem ekonomi dan sosial yang dijana ke arah pengumpulan kekayaan dan keuntungan mengikut permintaan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran,kos,harga barang,dan perkhidmatan.Ianya juga cenderung kepada pengumpulan keuntungan oleh individu-individu tanpa gangguan kerajaan.(Sebagai contoh,pengecualian cukai).Sistem ekonomi kapitalis bolehlah dikatakan sebagai medium dalam mewujudkan jurang perbezaan yang ketara di antara hak-hak pengguna dan sistem ekonomi yang adil.Ini kerana kapitalisme,bertentangan dengan ideologi
sosialisme,menitik-beratkan keuntungan di sebelah pihak sahaja tanpa memikirkan isu-isu dan hak-hak ekonomi masyarakat lain.

Di Malaysia,kita seringkali menidakkan sistem kapitalisme ini di dalam menerangkan sistem ekonomi negara ini.Ini bolehlah dikatakan seperti "ayam terlepas,tahi di tangan".Walaupon aku tak berapa paham apa significant peribahasa itu dalam konteks ini,tetapi sistem kapitalisme ini sudah lama bertapak di Malaysia.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan sedikit sebanyak mencerminkan sistem sosialisme,tetapi benarkah sosialisme ini diterapkan?Banyak rakyat Malaysia yang mengutuk sistem kapitalis ini dengan menuduh hanya masyarakat barat yang mengamalkannya.

Murtabak yang hanya sebesar tapak tangan aku,berintikan bawang dan ubi semata,tetapi ditulis besar-besar di depan gerai "Murtabak Ayam,Daging",tidakkah itu kapitalis barat?

Udang masak sambal dimana udang-udangnya hanya sebesar jari telunjuk aku,4 ekor berharga RM3,tidakkan itu kapitalis barat?

Pajeri terung,kurang manis,dan terung-terung yang sebesar 2 jari,2 ketul berharga RM2,tidakkah itu kapitalis barat?

Ayam percik,dimana ayamnya hanyalah sebesar 3 jari aku,berharga RM 3,tidakkah itu kapitalis barat?

SIOT AHHHHH PENIAGA-PENIAGA PASAR RAMADHAN!LU ORANG MEMANG KAPITALIS BARAT!!

Monday, August 2, 2010

Cubaan untuk mendapatkan Enam Ketul Otot di perut...

Berada di dalam keadaan yang begitu dilema..tidak tahu memilih mahupon membuat keputusan..Munkin juga disebabkan duit belum turun dari langit..

Saranan kepada pemboroi-pemboroi di luar sana,eloklah jika satu perubahan dapat dilakukan..Jadi,mari...

Tetapi aku?Masih di dalam dilema...


Fixed Gear @ Fixie(from Create Bike)-Keseronokan berbasikal urban di atas tanah landai...Anggaran masa untuk 6 ketul otot muncul di perut-2 minggu(Kayuhan kerap 24 jam 5 hari seminggu..Mati munkin sekali dua)


Mountain Bike(Louis Garneau Casper Pro)-Seperti namanya,akan memerlukan tunggangan hebat di atas gunung mencelah di celah-celah pokok di atas bukit,gunung,dan rimba belantara..Anggaran masa untuk 6 ketul otot muncul di perut-1 minggu(Kayuhan di atas tanah tinggi 48 jam sehari 7 hari seminggu..Mati lebih dari 7 kali)

Pilihan?Menjadi isu disini disebabkan faktor kewangan yang tidak memberangsangkan..

"Trutttt...truttttt..trutttttt"

"Click"

"Hello Che Yah..Neh nak kena beli buku neh.Subjek Second Language Acquisition neh lecturer dia suruh beli buku..Banyak nak kena beli neh...Total semua RM3500..Betuiiiii...Harga buku subjek neh mahai sket..Tak mohong aih.Betuiiii..."

"Titttttt tiitttttt tittttttt tiittttttt"

"Hello hello...Che Yah..Hello Che Yah.."