Wednesday, November 30, 2011

Sejenak Aku Di Dunia Itu

Berjalan-jalan aku petang itu...Jam menunjukkan pukul 6.15 petang..Tenang saja petang ini...Kenderaan terbang melintasi kepalaku begitu laju..Haish,mengeluh panjang melihatkan keadaan itu..Panggg!!!Seketul mesin jatuh depan aku..Dasar Proton Belanga 2.0!!..Nak terbang tu,terbang la elok-elok sikit...Jatuh habeh power window ko neh...Sehingga tahun 2042,masalah power window kereta Proton masih belum selesai...

Terpampang di depan ku,billboard sebesar meja ping-pong..."Pasukan Malaysia Ke Piala Dunia!!"..Terbentang ayat itu di billboard tersebut berserta gambar Fakri Saarani sebagai coach Malaysia..dan 2 orang pemain bola bermuka ala2 orang Sepanyol...Ya,Malaysia sudah mengamalkan taktik kotor Singapore semenjak tahun 2023 lagi dengan menyeludup haram migran dari Sepanyol suruh main bola dengan Malaysia dengan memberi kerakyatan tetap kepada Bangla-bangla Sepanyol neh...

Aku meneruskan lagi perjalanan menuju ke satu sudut di sebelah Rozmey Tower..Alhamdullillah,Rozmey dah banyak merubah bandaraya Jetroit ini..Nama lama pekan kecil ini,Jitra sudah lama ditukar menjadi Bandaraya Jetroit..Ala-ala urban..Sejajar dengan perubahan sejarah Malaysia..Sejarah Malaysia sudah beberapa kali diubah bagi menjaga hati pihak pembangkang yang mahu nama mereka dinaikkan menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di tanah melayu...Negeri Melaka sudah ditukar namanya menjadi Genuak kerana dikatakan ParamessAnwar telah bersandar di pokok Genuak semasa beliau mula-mula datang ke tanah melayu dan menyaksikan anjing-anjingnya disembur gas pemedih mata pada ketika itu..Beliau hanya ketawa dan berniat untuk membuka penempatan di situ..Sejarah,sudah tidak relevan pada masa ini..

Merenung panjang aku petang itu..Seorang gadis datang dan duduk di bangku sebelah..Tawar senyumannya...

"Pakcik dari mana neh?"..sapa Gadis tersebut...tangannya memegang bunga ros putih...

"Dari rumah nak..Saja keluar amik angin.."..balas aku sambil memandang bunga ros itu...

"Oohh..saya dari shopping complex Pavillion tadi.."..balas Gadis Ros Putih tersebut...

"Pegi waffle ka?"..tanyaku tentang kegiatan anak muda zaman ini...Menari ala-ala shuffle di atas basikal fixie sambil makan tutti frutti sambil ambil gambar sendiri depan cermin guna DSLR..

"Taklah..saya tak minat benda-benda tu..Macam bangang ja saya tengok.."..tergelak kecik Gadis Ros Putih tersebut...

"Baguslah..Bak kata Bilal Muda,usahlah dibuang masa dengan benda-benda tak berfaedah macam tu.."..mengingat kembali rancangan di ASTRO yang aku tonton tadi..

"Ha ah...Betul tu..Neh pakcik saya tengok macam bersedih saja...Kenapa?Ada masalah ka?"..tanya Gadis Ros Putih itu...

"Itulah..isteri pakcik baru meninggal sebenarnya..Sakit tua.."..balas aku perlahan...

"Innallillah.."..lembut balasnya..

"Itulah dia..DariNya kita datang dan kepadaNya dia pergi..."..balasku sambil meniru ayat Bilal Muda...

"Mesti pakcik sayang sangat kat dia kan...?"..tanyanya lagi...Banyak tanya plak..

"A,ah..Sayang sangat..tapi itulah kehidupan..Mereka datang dan pergi..Sayang macam mana pon,mereka tetap akan pergi.."..balasku lagi..

"Mesti dia cantik sangat kan?"..tanya lagi dia neh..

"A,ah..Pakcik ada simpan lagi gambar dia neh..Gambar masa dia muda lagi.."..balasku sambil mengeluarkan wallet yang sudah usang dimamah usia..Jenama FILA..ada rantai...

"Mana dia gambar dia pakcik?"...sedikit tidak sabar nampaknya Gadis neh...

Sambil aku pon membuka wallet tersebut dan menunjukkan gambar arwah isteri aku tu....


"Wahhhhh!!!!Ini Neelofa kan?"..excited pulak Gadis Ros Putih tu..

"A,ah..Pakcik la Hans Isaac.."..balas aku sambil senyum sinis....

"Tu bunga Ros putih tu sapa bagi tu?"..tanya aku sambil menunjukkan bunga ros putih yang masih berada di tangan gadis tersebut..

"Ohh..ni kawan saya kasi..Lawa kan?"..ujar Gadis Ros Putih tersebut..

"Ohh..baguslah..Jagalah ia selagi ia masih berkembang..."..balas aku sambil berdiri perlahan-lahan dan mula menuju pulang...

Di dalam akal fikiranku,aku tenang kerana dapat melihat kembali ros putih tersebut...

Monday, November 28, 2011

Ultras Malaya?

Gua dah cakap..Melayu neh suka berpersatuan...

Apa bana Ultras Malaya neh?

Bagi aku,dari pemerhatian aku,apa yang aku rasa releven,Ultras Malaya neh penyokong kuat team bolasepak Malaysia..Tak kira lah Harimau Malaya mahupon Harimau Muda...Penyokong kuat sehinggakan semua penyokong lain akan dikondemkan diorang dengan slogan "Kitorang sanggup bersorak untuk pasukan Malaysia selama 90 minit,lu orang ada?"...

Ya,aku pernah melihat kelibat mereka..Di stadium terutamanya...Dan aku takkan pergi ke mamak seksyen 7 untuk menonton perlawanan bola lagi kerana sana port kuat Ultras Malaya..Nanti tak pasai-pasai roti telur aku berbau asap flare..Babi...Kadang-kadang rasa bangga la jugak ada diorang neh..Yer la,tak la sunyi sangat stadium...Nak bising pon maybe time gol,pengadil bodoh,player kena tackle kuat jatuh bergolek,kad kuning merah,maybe time tu saja penonton akan berbunyi...Tapi dengan adanya mereka,Alhamdullillah,90 minit perlawanan ditambah pula masa tambahan,stadium tidak lagi sunyi macam dulu...

Nak jugak aku join,tapi fikir-fikir balik..Aku nak pergi stadium nak tengok bola sokong mana yang patut,kutuk mana yang tak patut,bukan nak berjoget,menyanyi,hafal steps tarian,kena datang awal buat kacau depan stadium,balik rumah bukak forum kondem penyokong lain...

Bukan lagi kegembiraan dah tu....

Hati Lembut

"Kau dah tengok Twilight?"..tanya Rakan Gebu tiba-tiba...

"Belum..Ko dah tengok ke?"..tanya gua balik....

"Dah..dengan awek aku aritu...Perempuan suka sangat cerita tu.."..balas Rakan Gebu...

"Biasalah..fantasi perempuan susah kita nak tafsir..Apa yang diorang nak..Apa yang diorang suka..Apa yang diorang harapkan...Tak gitu?"..balas aku separa berminat...Hati tengah sedih..Biasalah...

"Gitu-gitu..."..pendek jawapan Rakan Gebu...

"Apa cerita pulak kali neh?Hero dengan Heroin kahwin ka?"..tanya aku..

"Dah.."..jawab beliau..

"Jadi jugak diorang kahwin..Bukan si Vampire pakai bedak tu gay ka?"...tanya aku concern..

"Manada.."..jawab Rakan Gebu...

"He will have enough blood stock every month...He's a vampire after all...He probably never need "mayonnaise" stock every single night..."..balas aku sambil tersenyum lebar...

Faith

If you have faith in someone,please hold on to it so that it will not kill him/her slowly...


....and yes,if you don't die,then it will make you a "stranger"...

Sunday, November 27, 2011

Abang sibuk la you olls..

Awwww..busy la sekarang neh nok nok sekalian...

Tak sempat Abang Jem nak update blog tau...

Takpa..nanti Abang Jem update yer nyah..umphhhhh...




Babi!!

Nyah mana hack blog aku nehhhh!!!