Monday, June 28, 2010

Sepetang di Alamanda,Putrajaya

"Ramai gak ek orang-orang kerajaan keluar datang lepak Alamanda time rehat-rehat camneh"..Kata Rakan Gebu kepada Rakan Gelap..

"Besa ah..kerja kat Putrajaya..kerja kerajaan katakan.."..Balas Rakan Gelap separa minat kerna asyik memerhatikan gadis-gadis yang berpakaian seksi..budak sekolah agaknya..takpon janda anak satu yang baru ditinggalkan suami..

"Macam best ja kan kerja ngan kerajaan..Elaun banyak,perumahan dapat,kerja untuk membangunkan negara.."..Kata Rakan Gebu lagi...

"Tapi diorang kerja buat apa jer ek dalam pejabat diorang tu?..tanya Rakan Lost sambil memerhatikan aku..

"Kerja buat loan Bank Rakyat,minum teh tarik,mengorat kerani,dan makan McD ah apa lagi..tu pon tatau.."..balas aku yakin...

Wednesday, June 16, 2010

Abang Anjeng Membantu Episod 2

Kehadapan Abang Anjeng,
Saya adalah seorang gadis yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai pekerjaan tetap dan boleh dikatakan berjaya dalam hidup.Walaupon saya dah berumur 27 tahun,saya masih tidak mempunyai kekasih dan ianya amat merunsingkan saya kerana pada umur saya yang begini,seloknya saya sudah berumah-tangga.Tetapi saya masih menunggu-nunggu cinta sejati saya.Saya tidak pernah merasai nikmat kasih-sayang.Tolonglah Abang Anjeng,saya betul-betul buntu.

Gadis Buntu,
Gombak,Selangor.

Kebelakang Adik Gadis Buntu,
Dalam mencari cinta sejati,ianya memerlukan kesabaran.Munkin adik tidak pandai dalam cara-cara mendapatkan kekasih yang orang selalu buat sekarang neh.Adik bolehlah ikut petua Abang neh yer.

1-Pakai contact-lens kaler-kaler.
2-Pakai baju yang nampak lurah dada.
3-Pegang kamera henpon murah adik dan angkat ke atas.
4-Amik gambar dari sudut atas,kalo boleh mata tu besarkan,buat duck-face,dan nampakkan lurah dada.
5-Upload gambar di Facebook dengan caption "Tiut tak?".Takpon "Comot tak titew?"

Semoga berjaya!

Monday, June 14, 2010

Anak

"Kau pernah dengar orang-orang tua cakap tak yang cakap kalau orang perempuan tengah mengandung,ada banyak pantang larang dia?"..tanya Rakan Lost kepadaku...

"Ada la jugak..dulu time Che Yah mengandungkan adik-adik aku,Che Yah cukup marah kalau Pak Ya nak pi mengai.Sebab takut nanti dapat anak muka macam ikan keli..Kalau ikan keli takpa,neh kalo dapat ikan paus,tak ke naya Che Yah nak bagi susu?"..balasku bersemangat bila masuk bab-bab keibuan neh...

"Tu la..ada banyak cerita yang anak muka macam monyet la,muka macam biawak la,muka macam Fasha Sandha la,tu suma langgar pantang la tu.."..balas Rakan Lost..

"Tapi tu semua kerja Tuhan..kita tak boleh nak percaya semua benda neh sangat.."..Kataku separa menasihat seperti calon-calon rancangan Imam Muda..

"Tapi aku ada dengar lagi satu urban legend neh..Kalau kau nak anak kau muka hensem,nanti suruh la bini kau tengok orang hensem-hensem.."..sahut Rakan Lost penuh semangat..

"Oh itu tiada masalah..aku kan ada..."..Balasku sambil ketawa kecil..

"Ahhh kau..muka macam Hans Isaac kau neh still tak cukup bai.."..kata Rakan Lost..

"Kalau betul la macam tu,walaupon aku takkan percaya benda-benda tahyul macam neh,tapi kalau aku,aku nak suruh bini aku tengok gambaq Bumblebee ja nanti.Mana tau aku dapat anak robot leh tukar jadi kereta..Camero lagi wa cakap lu.."..balas aku cool,mata berkelip-kelip...

Monday, June 7, 2010

Petua Abang


Hari ini abang akan kongsikan petua-petua untuk mendapatkan awek..Bagi jantan-jantan kat luar sana yang masih mencari cinta sejati,bolehlah diambil petua abang ini sedikit sebanyak bagi memastikan zuriat anda berkekalan.Amin.

Pertama,sepanjang pemerhatian abang,cara yang paling senang nak dapat awek ialah dengan menjadi mat rempit.Bagi jantan-jantan desperate tadak awek lagi,ataupon singkatan JJDTAL,bolehlah mula mengumpul duit untuk membeli motor EX5 Dream ataupon kalo nak lagi hipster,apa-apa saja motor,dicatkan warna pink.Sungguh punk dan puki.Okay,bila dah ada motor hip,JJDTAL bolehlah start round-round town ataupon bolehlah start pacak motor atas jalan depan gerai-gerai makan tepi jalan.Konpom,akan ada awek cun yang akan tertarik hati dengan anda.Tidak percaya?Sila tengok mat-mat rempit sekarang.Awek mereka?Kalah bakal awek anda.Betul?



Kedua,jikalau anda masih tergolong dalam golongan JJDTAL ini,eloklah jika anda segera tukar kewarganegaraan anda.Segeralah ke Lombok,dan daftarlah diri anda di Pejabat Pendaftaran Negara Indonesia cawangan Lombok,munkin anda kena tunggu 3 jam untuk dilayan,sama seperti di sini,dan secara automatiknya anda akan menjadi jejaka Lombok.Pergh,sapa yang tanak jejaka Lombok pada masa sekarang?Bila anda dah jadi jejaka Lombok,lu boleh sarbat anak dara orang bai.Senang bukan?Ayat tak payah power dalam proses sarbat-menyarbat ini.Just tunjuk IC dan ayat "Saya dari Lombok,mas",confirm awek-awek akan ikut lu sepanjang hidup.Tak percaya?Sila tengok Mat-Mat Lombok,mereka ada awek Malaysia?Lu ada?



Ketiga,masih JJDTAL?halamakkkk..apa punya nasib la korang neh.Okay,anda juga munkin boleh start main bola secara sepenuh masa dari sekarang.Main bagi betul,join team kecik mana-mana.Team kilang korang ker,team kampung nenek korang ker,janji tonjolkan diri dengan team anda.Mana tahu ada scout dari mana-mana team negeri akan terperasan bakat main bola anda.So,to cut short,jadi pemain bola yang main di bawah pengaruh FAM.Muka akan keluar TV,di saluran Astro Arena,takpon nak lagi best,TV1.So,femes.Awek memang confirm akan cari korang punya.Biarlah gigi rongak ker,muka putih melegam ker,diorang akan terima seadanya.Sebab?Lu pemain bola bai!Sapa tamau?Awek-awek neh pon nak jadi WAGS wa cakap lu!Untung-untung boleh dapat artis gitu.

Gambar Ditapis Bagi Menjaga Sensitiviti Masyarakat Malaysia Yang Memang Super Sensitif

Keempat,masih lagi tidak dapat menemui cinta sejati?Aduhhh..apa bengap la korang neh?Okay,sila tubuhkan satu band bersama rakan-rakan anda.Sapa yang ada band hip bai.Nama band mestilah diambil dari nama-nama fenomena alam,H*jan dah ada,so,sekarang yang tinggal,Guruh,Kilat,Gempa Bumi,Cuaca Baik Pada Keesokan Hari,Banjir,Bah(bagi band dari Utara Semenanjung),Tanah Runtuh,dan sebagainya.So,bila dah ada band,cipta lagu.Melodi,lirik,susunan,suma boleh cilok dari lagu-lagu The Strokes.Ubah sikit-sikit saja,dah boleh korang claim tu lagu asli ciptaan korang.Bukannya tadak orang buat,dah banyak.Dah kuar 2 album tau,hanya dengan hasil cilokan mereka.Kemudian,bila dah ada band,lagu,album apa suma,apa lagi,berlagak la.Lu boleh la kutuk orang sana sini.Bila ada kontrebesi,lu akan femes bai.Dun wori,awek-awek ataupon budak-budak sekolah yang tak cukup akal fikiran masih akan support lu.

"Abang abang..saya nak otograf abang la".."Tanak sign..Awak busuk!".."Mulut lu lagi busuk.Tuh Pak Ang"

Kelima,abang dah penat..Abang nak pegi makan sambil sembang-sembang tentang kekejaman Isreal.Abang akan ringkaskan sedikit sahaja lagi apa yang JJDTAL boleh buat dalam mencari cinta sejati..Sembahyang,puasa,zakat,haji,amal-ibadat,amal makruf nahi mungkar,berbuat baik sesama manusia,nescaya anda akan temui cinta sejati.

Terbakar?