Monday, September 22, 2008

Nasib baik RM5..

Di suatu petang yang suam-suam ketiak Nora Danish yang ada beberapa batang bulu,aku menunggu bas untuk pulang ke rumah dari fakulti..sedang melayan perasaan,"seekor" bas datang dari arah bertentangan pandangan majazi ku ini (penjodoh bilangan "seekor" digunakan sebab nama lain bagi bas neh bersama drebarnya adalah "hanjeng")..

Bas berwarna putih berjalur-jalur merah,bernama "Rapig",berhenti dihadapan ku..

Pintu bas terbuka seluas bukaan ketiak Bangla yang berasa ketiak mereka wangi...

Seorang demi seorang penumpang menaiki bas..tup tap tup tap...

Aku naik last sebab aku takdak duit kecik..aku ada RM5,baru dan bau bank..

Tiba giliran ku...

"Bang,saya tadak duit kecik neh bang.."kataku dengan nada penuh kesopanan dan menepati ciri-ciri jejaka malaya terakhir,sambil menunjukkan duit bernot Rm5 dan mata terkebil-kebil..

"TADAK TUKAR"kata drebar bas itu separa kurang hajau atau dalam bahasa Inggerisnya "half-rude"

"Abeh tu takkan saya nak masukkan RM5 neh dalam tabung pengumpul duit tambang neh..?"kataku dalam nada yang masih penuh dengan kesopanan dan menepati ciri-ciri jejaka malaya terakhir...

"YER AA"kata drebar bas "Rapig" itu yang disertakan muka "AnjengKurapLagiCantekDariMukaDrebarBasItu"..

"Rugi ah.."kataku...

Drebar tu sekali lagi membuat muka "AnjengKurapLagiCantekDariMukaDrebarBasItu" dan terus memandangku..

"Takpa ah..aku naik bas lain la..nasib baik aku tak kuarkan duit RM5Juta aku..kalo tak,mesti Rapig akan jadi lagi kaya,kan bang kan?"kataku dengan tak berapa nak sopan sangat atau dalam bahasa Inggerisnya "not-enough rude"..

Jadi turunlah aku dan menunggu bas mini yang lagi best dan confirm ada change untuk RM5 aku..tak rugi RM4.20..

Pengajaran
1-Sila sediakan wang kecik sebelum menaiki bas "Rapig"
2-Silalah hormat-menghormati sesama insan,kalo tak,mesti kena kutuk kat dalam blog..
3-Sila tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda ya..

2 comments:

lovelylin said...

kasi lempang je sedasssssssssss

Munky itu Hanjeng said...

tu la..kerek nak mmpus..kalo hang ada,mesti hang akan mengamuk kat depan bas tu..kwhahaha..hang kan hero aku.lama tak tgk hang flying kick..KWHAHAHAHAA..