1-Jangan sesekali beli cokelat lolipop yang berharga RM0.60 jika tidak mempunyai duit kecik..RM50 yang anda gunakan itu lagi elok kalo anda pergi beli vitamin untuk mencerdaskan otak supaya anda tidak menjadi bodoh..
2-Tester-tester yang diletakkan di bahagian mekap adalah bertujuan untuk kita mengenal pasti warna dan tona yang sesuai semasa anda memilih barangan mekap anda..ianya bukan untuk anda menjadi make-up artist di situ dan menyolek rakan-rakan anda satu per satu sehingga menganggu pelanggan lain yang ingin membeli mekap..
3-Kita hendaklah saling hormat-menghormati antara satu sama lain..apabila Abang Watson atau Kakak Watson senyum tu,bukanlah bermaksud kami nak mengorat anda,janganlah dilemparkan pandangan enteng anda itu kepada kami..tolonglah,ianya hanyalah etika pekerja yang harus dituruti..dan muka anda yang seperti tong sampah itu,ditambah pulak dengan memek muka yang macam tayar lori sampah itu,hanya akan mengundang umpatan dan cacian daripada pekerja-pekerja Watsons..
4-Apabila nampak Abang Watson neh sedang sibuk menjaga kaunter bayaran,dan ramai pula pelanggan yang sedang menjalankan urusan jual-beli dengan Abang Watson,jangan nak mengada-ngada suruh Abang Watson neh pergi tolong carikan pembersih muka jenama Safi,sebab karang tak pasal-pasal ja muka anda akan dibasuh dengan cecair iodin untuk merawat luka di muka...
5-Apabila Abang Watson mengucapkan terima kasih,janganlah sesekali berterima kasih balik kepada Abang Watson..contoh situasi:
Abang Watson-Semuanya RM54.80..'kcing kcing'..ini bakinya Incek..Terima kasih
Incek Abdul(Bukan nama sebenar)-Terima kasih
Abang Watson-Sama-sama..(aku yang terima kasih,aku jugak yang sama-sama..macam orang gila la plak rasa..damn)
6-Kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil,janganlah biarkan anak-anak anda kencing berlari-lari didalam premis..sebelum anda berlari ke hospital membawa anak anda yang koma akibat ditendang bos aku,baik anda mengawasi anak-anak anda dengan sebetulnya...
7-Kepada couple-couple di luar sana,Watsons bukanlah tempat untuk anda beromen ya..sila cari hotel murah berdekatan bagi melempiaskan nafsu masing-masing..
8-Pastikan anda sudah membuat list barang-barang yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum datang ke Watsons..tidaklah anda kelihatan seperti orang bodoh mencari-cari apa benda nak beli..kalau tak tau nak beli apa,eloklah dilaburkan saja duit anda itu supaya senang di masa hadapan..
9-Sila buka topi keledar anda apabila memasuki premis Watsons..topi keledar tidak boleh dipakai di dalam premis..tidak pernah ada laporan kemalangan jalan-raya yang berlaku di dalam premis Watsons..anda selamat di sini..
10-Janganlah mencuri..ianya perbuatan yang tidak bermoral..sebelum mencuri,fikir-fikirkanlah akibatnya kalo kantoi kena tangkap..pelempang bos aku yang sememangnya garang..
11 comments:
kalau dtg watson nk tmpg ekon je bleh x abg watson?kt luar pns...
Ok, yang lain2 tu memang typical, tapi ada ke orang bongok cam no.2 tu? Kenapa tak lempang je? :p
@NAd-tumpang ekon takpa..ditambah pulak dengan air mangga nata de coco,mmg mengasyikkan..sila sila..
@Zurin-ada..dan banyak kalo berlaku..nak lempang tak boleh..bos ja boleh lempang orang..hahaahah..
lolipop 6 posen..
tp saya ada 50 ringgit dan 5posen jaa..
tekak saya sungguh terliurkan hanya lolipop..yang len tamau..cmna tu??..
ahahah
laa..hat nombot 7 tu pon ada ka??..hadoiiiii..
hat no.3 tu hg tosah dok muhong~
hg senyum kt aweq2 ja aku taw~
mmg hg nk mngorat pown~
hat segak2 mai renyeh sakan hg kn~~~
betoi dak~~
acececee~~
minah rempit mai hg bkn nk senyum~
aweq gebu mai tudia mau x sengeh2 lg~
kn~~kn~~
@mustno-ahhhh..tadak tadak..pi belikat tempat len..sini bukan tempat tukaq duit kecik..
yang no7 tu aku tatau nak kata pa..aahahah..
@hazrat-bek bek sket..aku senyum kat suma..ingat aku suka nak senyum kat depa..
kerek la abg watson ni..xmemahami perot wanita bakal pregnant lansung..bukan nak tambah sekupang..huhuhuhuh
number 8 tu i terasa.
number 1 tu i setuju.dulu time i keje kedai runcit, ada org beli belacan pakai duit rm100.rasa mcm nak jadi gila dah.
@mustno-tadak duit..abang watson pon sengkek lagi menyengkekkan pak ya dan che yah..
@epifah-lol..lagi pening kepala nak kasik duit kecik balik..damn..
Saya suka no 5, xD
Situasi lain, kat McD drive-thru:
Pekerja- Selamat Datang ke McD
Pelanggan- Selamat datang..eh, salah, sorry!
comel ja xD
salam dek watson - kelakar juer kau ni. akak baru terjumpa blog ni.. congratulasi.. barulah akak tau perasaan abg watson kat ampang park.
Post a Comment