Aku penah cerita banyak tentang melayu sebelum neh..dilema melayu memang takkan pernah habih..aku tengok kembali post-post lama aku dan aku telah terjumpa kembali post ini..ada suatu masa itu ada orang wat pertandingan penulisan di dalam blog nya..Tafsiran Melayu Minimalis..apa itu melayu minimalis..so,aku pon join...aku tulis apa yang aku rasa betul..minimal itu perlu..jangan maxima...sebab kadang-kadang kita neh pon kena dok bawah jugak..jangan selalu pikir nak stay kat atas ja...amaran,ini entri serius...
1. Melayu yang berminimal di dalam hidupnya mestilah hidup seminimal yang munkin. Low profile bak kata penjajah British. Tidak suka ke tempat-tempat yang ramai orang macam Sure Heboh, Konsert Mingguan Akedemi Fantasia,mahupon Pertandingan Bapok Tercantik sekalipon.. Tidak akan menonjol kalo tak bersebab.Tak menonjol bukan sebab tak layak tapi ada prinsip tersendiri dalam menilai diri sendiri.Ada standard yang perlu dijaga.Munkin sebab prinsip hidup yang tidak menjurus kepada benda-benda yang tak penting sebab takut prinsip sendiri akan patah balik kat diri sendiri.Akan berwaspada dalam apa jua tindakan sebab standard yang ditetapkan oleh diri sendiri.Memang takkan peduli kalo benda tu tak penting tapi aku rasa,walaupon nampak macam tak peduli sangat,tapi peduli jugak sebenarnya..
2. Disebabkan kehidupan yang minimal,maka akan lebih cenderung menjadi pemerhati bebas.Pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling membuatkan melayu minimalis lebih suka menganalisa orang-orang di sekeliling.Lebih suka menilai dari cuba lebih memahami konsep sebenar.Jugdemental bak kata orang kampungnya.Apa yang ada di hadapan matanya tak semestinya betul dan tak semestinya salah.Akan dinilai dengan teliti sebelum seorang melayu minimalis itu membuat kesimpulan.Munkin akan duduk di satu sudut kedai makan,mahupon di satu sudut tandas awam sambil memerhatikan masyarakat lain.Berseorangan adalah satu kemestian.Kalau ramai-ramai,macam mana nak berfikir.Hilang konsentrasi.Pendapat dan tafsiran tidak semestinya di ceritakan kepada mak cik Joyah sebelah rumah.Medium yang boleh disalurkan secara peribadi tanpa mendedahkan identiti sebenar.Contoh terbesar sekarang,blog la hapa lagi..Akan mencari jalan supaya orang dapat baca dan tahu apa yang terbuku dalam otak dan hati..Lirik-lirik lagu juga.Munkin..
3. Gaya hidup yang sederhana happening.Tidak melibatkan aktiviti excessive clubbing(ada tapi pada kadar yang minimal),Sure Heboh,Perkampungan Islam Hadhari,mahupon Hari Bertemu Pelanggan MBSA sekalipon..gig-gig,parti rakan-rakan,jamuan hari-raya rakan-rakan mahupon pejabat,munkin menjadi pilihan melayu minimalis untuk berkunjung.Akan bergaul dengan high-society tapi tak semestinya mengikuti cara hidup mereka.Cukuplah sekadar berpada-pada tapi terselit kelasnya yang tersendiri.
4. Mempunyai citarasa yang tinggi dalam semua aspek.Muzik,fashion,art,books,seluar dalam,bra,mahupon chikaro sekalipon.Standard yang tinggi ditetapkan dalam menilai dan memilih apa yang diperlukan.Kalo standard tak tinggi,nanti sama pulak dengan mat-mat rempit mahupon mat kool mat kool kawan ku sekalipon.Citarasa muzik sudah semestinya lagu-lagu yang orang tak banyak dengar.By the way, No Cars Go by The Arcade Fire is nice..Okay sambung.Lagu-lagu yang diminati munkin hasil dari rantaian rakan-rakan yang juga minimalis.Bila dah ramai orang kenal band mahupon lagu-lagu yang didengari mereka,besar kemunkinan band itu tidak akan diminati lagi oleh melayu-melayu minimalis ini.Fashion apatah lagi..sudah semestinya akan cuba menjadi trend-setter.Berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan berharap ianya akan menjadi ikutan anak-anak muda supaya nnt dalam hati mesti melayu minimalis akan berkata..”Aku pakai dulu daripada kau laaa wahai kanak-kanak belum akil baligh sekalian”..
5. Akan menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perlakuan dan percakapan.Akan menjadi seorang yang begitu teliti dalam berkata-kata dan meluahkan pendapat.…Akan membuat research sebelum memberikan pendapat sendiri samada apa yang dikatakan betul ataupon tidak.Tapi tak semua yang diluahkan hasil daripada kajian-kajian teliti menggunakan wikipedia,munkin juga dari ilmu pengehtahuan sendiri yang banyak.Munkin hobi di masa lapang adalah free-reading buku-buku di MPH Mid Valley..Akan cuba menampakkan kesederhanaan tetapi at the same time,akan cuba menyelitkan kelebihan diri sendiri.Low-profile tetapi ingin tampak menyerlah..Minimal,tetapi mahu menjadi idola…ada la jugak ciri kepimpinan tu bak kata orang-orang tuanya..
Apa yang penting..open your heart..and open your soul..makcik-makcik ortodoks yang maximalis,lu boleh pegi mampus...
No comments:
Post a Comment