Friday, November 28, 2008

Setelah sekian lama..

Setelah sekian lama aku tidak melihat mentari pagi,hari ini aku telah melihat semula keindahan mentari pagi..mentari tengahari dan mentari petang selalu dilihat akibat penyakit "bangun lambat sebab tidur lambat" aku neh..

indah..sungguh indah suasana di pagi hari..begini rupanya rasa hidup di pagi hari..

jam sudah menunjukkan pukul 7.30pg..

dan aku tak tidur-tidur lagi dari semalam akibat penyakit "susah nak tidur malam sebab selalu tidur senja"...

damn...

Wednesday, November 26, 2008

Abang rempit kacak yang aku kagumi.....AKU NAK!!!

Kamen Rider The First and Cyclone

"Preng prenggg prengggggggggggg..laju jugak motor aku yer"
"VUSHHHHHHHHHHHHH...Heloo mat rempit naik Ex5 Dream,aku Kamen Rider The First"
"Motor abang mesti tak best kan,Abang Kamen Rider"
.....................
"Cilaka..aku cakap sorang-sorang..laju gak motor dia ek"

p.s-Still in prototype..S.I.C Vol 46..

image taken from here..

Monday, November 24, 2008

DFA-Desperate For Attention

Sejenis penyakit di mana para pembawanya mempunyai sindrom-sindrom yang kurang menyenangkan dan mengjengkelkan masyarakat yang lain..Para pembawa sindrom DFA ini seboleh-boleh akan melakukan benda-benda yang boleh menarik perhatian masyarakat yang lain tanpa mempedulikan pendapat-pendapat bodoh yang mereka akan terima setelah berkelakuan sedemikian..Terdapat beberapa contoh pesakit DFA di sini:

1-Mat Rempit
Dimana kurang didikan dan kasih sayang telah membuatkan mereka mencari alternatif lain untuk mendapatkan perhatian..tak kisahlah perhatian daripada mak bapak ker,chikaro-chikaro ker,rakan-rakan sebaya ker,mahupon pondan-pondan sekalipon..aksi pacak motor di tengah-tengah jalan-raya tanpa mempedulikan pandangan masyarakat lain adalah salah satu cara untuk mendapatkan perhatian yang diperlukan walaupon sebenarnya mereka hanya mendapat doa-doa daripada orang ramai yang mendoakan mereka agar cepat mati..tak naya ka namanya tu?Pointless gila..daripada nak pacak-pacak motor bagi konon2nya orang akan impress,kalo dah berani sangat,bek korang pegi Lipslide rail El Toro..lagi aku doakan kejayaan korang dalam hidup..

2-Abang-abang Kereta
Abang-abang yang begitu macho memandu kereta tempatan yang telah diubah-suai menjadi kereta berhias Pesta Flora Kebangsaan 1992..ada yang berjaya dan ada yang tidak..Wiralution yang dimiliki begitu membuatkan mereka berkeyakinan tinggi untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya..jadi tidaklah hairanlah jika tindak-tanduk mereka begitu lucu sekali.(serius macam haram perkataan "lucu" di sini)..dan aku cukup pantang bila abang-abang macho kebangsaan neh tengok orang macam nak cari gaduh..munkin sebab nombor plat kereta masing-masing ada sticker-sticker "you know what" kot...alaaaaaa..sticker VIP,VIG,VIAGRA percuma restoren makanan segera tuuuu..sticker2 len aku tak heran..hehehehe..munkin time ramai-ramai ja kot mereka berfungsi sedemikian rupa..kalo sorang-sorang,pukul 3 pagi,pegi 7E nak beli cikedis,mereka boleh memberikan senyuman kepada kita..

3-Jejaka Terlebih Yakin
Banyak ja kat luar sana..terlebih yakin dengan diri sendiri..munkin yakin dengan rupa-paras yang hensem sikit dari selipar aku,munkin yakin dengan ilmu yang tinggi sikit dari ilmu adik 4 tahun aku,ataupon munkin yakin dengan penampilan yang menonjol sikit dari anjeng jalanan..aku pon bangga dengan orang yang berkeyakinan tinggi neh,tapi bila diorang dah start over-confident,akan mengundang tohmahan-tohmahan negatif dari aku..biasalah,aku kan melayu..mengumpat-keji amalan biasa..jejaka-jejaka yang begitu yakin fikir yang diorang boleh dapat apa yang diorang nak dengan kelebihan diri masing-masing..muka hensem sikit,yakin akan dapat "teman-tidur" untuk malam neh setelah penat menjadi hos MyTv3 di Sure Heboh ..Ilmu lebih sket yakin akan dapat menipu orang..penampilan lebih sikit akan yakin dapat membuatkan semua orang pandang tinggi terhadap dirinya..munkin tak dapat perhatian sepenuhnya semasa membesar..

4-Minah-minah Online Community
Facebook,MySpace,and Friendster..aku tahu yang tu saja..portal komuniti yang lain aku tatau..tapi konsep dia sama ja..meet people through online community..Minah2 DFA neh senang ja nak detect..first,kalo boleh setiap hari akan ada gambar2 baru..dan posing tetap samaaaa ja dalam setiap gambar..contoh,amik gambar dari sudut atas..679900 gambar yang ada dalam photo gallery nya akan ada gambar dia yang diambil dari sudut atas..(tahukah kamu gambar yang diambil dari atas boleh menipu?)..second,dia akan post macam2 kat bulletin board..dia nak pegi berak,dia akan post "Aku nak terberak taik keras setelah makan banyak babi semalam..brb"..dia nak terkentut,dia juga akan post bulletin.."I nak terkentut lahh..brb"..dia nak offline pon dia akan post bulletin.."Bosanlah tadew saper online..tayer bhusham..Shayer off9 nak mamam ngan titow,tiut tak?"..tu belum masuk bab bergaduh kat bulletin lagi tu..third,diorang seboleh-boleh nak tunjuk kat semua pasal life diorang kat dalam page masing-masing..sampaikan bergaduh ngan bf pon bergaduh kat dalam page masing-masing..sempoi gila aku tengok..

Budak-budak baru nak kenal dunia
Munkin baru habeh SPM kot,so diorang akan rasa diri mereka boleh membuat apa saja yang mereka suka..Ramai-ramai merayap malam-malam,buat sempoi kat kedai mamak ramai-ramai,bikin terlebih kecoh kat gig-gig,dan sebagainya..aritu time aku lepak kat satu kedai mamak neh,adalah 4 orang budak-budak neh..cuba menjadi sempoi di kedai mamak dengan memasang lagu "Girl Friday" dendangan Butterfingers kuat-kuat semasa aku sedang khyusuk menyaksikan televisyen yang menyiarkan perlawanan bola sepak di antara Leave A Poo dan Fulham..aku cukup heran dengan golongan macam neh..nak bagi aku dengaq ka lagu tu?well..ask your dad about the song and the band..

Minah-minah yang hidungnya tinggi
Bukan maksud hidung diorang mancung ke aper,hidung tetap kemek sebab Asian la katakan,tapi minah-minah yang kalo jumpa kat Sunway Pyramid tu,bukan men kerek lagi berjalan..minah-minah yang kalo bercakap,nak ada tona-tona dan alun suara yang sebijik ditiru dari filem-filem remaja mahupon drama-drama swasta tv3..berserta gaya sekali..tah,munkin dengan cara tu kot diorang boleh tarik perhatian..tapi baguslah,diorang yakin dengan diri sendiri..

Aku lapaq..nak pegi Mamak kesayangan aku Mamak Hassan..

Friday, November 14, 2008

Terima kasih Teknologi

Petang tadi aku terharu tengok seorang jejaka sedang ber"3G" menggunakan telefon bimbitnya..apa yang membuatkan aku terharu?

Dia menggunakan bahasa isyarat dan bervideo-conference dengan rakannya...

Teknologi..

Tuesday, November 11, 2008

Dialog Rakan-Rakan 4

Situasi-Di dalam rumah sambil masing-masing memegang gitar...

Aku:Oiii Rakan Sengal..cuba ko cari tab guitar untuk lagu "Lucky"...(merujuk kepada lagu Jason Mraz dan Colbie Caillat)..

Rakan Sengal:A,ah..best lagu tu..

Selang beberapa minit...

Rakan Sengal:(terdiam seketika kemudian..sambil memetik gitar).."She's so lucky,she's a star..but she cry cry cries in her lonely heart..thinking, if there's nothing missing in my life...

Aku:Bodoh..tu lagu Britney Spears la hanjeng!!!

P.S-Lagu tu best????