Monday, February 28, 2011

Jenis-Jenis Pengguna Facebook

Facebook boleh dikatakan "hidup" semua orang pada masa kini..Segalanya tentang Facebook..Pergi kemana-mana,semua orang bercerita tentang Facebook..Orang tidak lagi bercerita tentang Dr Rozmey..Munkin kerana semua dah paham yang dia tu kurang cerdik...Sampaikan pakcik-pakcik tua pon,kalau melepak,mesti akan kuar cerita tersilap mengorat perempuan yang amik gambar dari atas..Nampak dari atas cantik,mata besar,kurus,gebu,mulus,tapi sekali kat luar,lain macam pulak jadinya..(cerita betul)...Oleh itu,dengan akal yang tidak seberapa ini,Abang Hanjeng akan cuba kategorikan jenis-jenis pengguna Facebook yang dapat kita lihat sekarang..Ayuh!

1-Jenis Mamat-Mamat Fotografi
Berbekalkan kamera DSLR yang diperolehi dengan hasil titik peluh ayah ibu membanting tulang,maka penuhlah album-album mereka dengan gambar-gambar "seni" konon-konon..Ada yang memamg betul-betul passionate about this photography tapi pada yang lain,hanyalah semata-mata untuk "trending"...Penuhlah gambar lalang-lalang di Bukit Broga tu dalam album-albumnya..Bak kata pepatah Omputih..."You are not a photographer,you just have expensive camera"

2-Jenis Mamat/Minah Tiada Kehidupan
Mereka-mereka yang 24/7 hanyalah di depan laptop dan hidup di dunia Facebook mereka sendiri..Segala games,segala applications,segala iklan,penuhlah di wall masing-masing...Post status lagilah...Setiap 2 minit akan pasti ada status baru keluar.."Bosannyaaaa...Help!"...selang 2 minit...."Bosannyaaaa..Manew tawan-tawan titew pewgiuw neyh..."...selang 4 minit..."Tolongggg...titew busyammmm"...Terus gua komen...'Lu hidup dalam kubur lagi bagus..."

3-Minah-Minah Model Sambilan
Hasil dari kenalan rapat dengan Mamat-mamat Fotografi,makanya,keluarlah model-model sambilan di dalam Facebook...Penuhlah album dengan gambar-gambar bergaya ala-ala model...Dalam semak,tepi rumah usang,atas batu,dalam longkang,bergayalah mereka dengan aksi-aksi model,untuk ditunjukkan kepada tatapan umum nnti...Model la katakannnn...Aku tak tahu model untuk apa..Posing bukan main,angkat ketiak sana-sini,kaki terkangkang sana sini,tapi,model untuk apa?Maybe untuk diri sendiri..Makanya,jadilah model syok sendiri...

4-Mamat atau Minah Syok Sendiri
Tempias dari model sambilan tadi,tetapi mereka-mereka ini tiada kawan mamat-mamat fotografi..Maka handphone sendiri pon jadilah..Gambar-gambar yang diupload penuh album..Dari album A sampai album Z,semuanya album tentang struktur muka sendiri...Gambar mestilah diambil dari sudut atas..Bagi menampakkan kecomelan "fake" muka masing-masing...Caption untuk setiap gambar mestilah "Buruk...Menci"...."Euwwww gemok..Tak sukew"...."Muka I buruk tau"....Terus gua komen..."Naharam buruk nak mampuih,dahla gemok,muka macam langsuir plak tu"...Kalau gambar-gambar kau buruk,kau takkan upload bukan?..Adobe Photoshop sudah semestinya menjadi teman baik...Belum lagi gambar nampak cleavage..Abang-abang misai yang akan komen..Percayalah..

5-Stalker
Habeh dicurinya gambar-gambar awek-awek cun dalam Facebook tu..Selalunya mamat-mamat yang buat..Minah aku tataula plak..Maybe ada..Maybe...So,mamat-mamat gila neh la yang buat video "Gadis Tudung Comel","Awek-awek Sexy Malaysia","Amoi-amoi Malaysia",dan tidak lupa juga "Video Koleksi Gambar-Gambar Handsome Rozmey"..Jenis neh jugak yang selalu buat fake profile,dimana mereka akan buat akaun baru,dan upload gambar awek,dan add semua mamat-mamat gersang yang ada...Nak tengok persamaannya?...Mamat Sangap Curi Gambar Awek Buat Akaun Baru+Mamat Bodoh Percaya Page tu Page Awek=Double Bodoh..Dusyum!

6-Usahawan-Usahawan Dalam Talian
Jenis neh aku suka...Masing-masing ada wawasan untuk memajukan diri sendiri dengan menggunakan peluang yang ada...Tapi aku akan jadi benci bila dia start tag nama aku sekali...Penuhlah notifications aku nanti..Damn....

7-Mamat/Minah MLM
Jenis tempias dari usahawan di atas,tapi jenis neh jenis bangang..Modal ciput,nak untung besar..Semuanya dengan umpan gambar duit susun-susun bagi nampak banyak...Rezeki datang atas orang...Ada member masuk,lu akan dapat komisen...Then member lu plak akan cari orang..Member kepada member tadi masuk,member tu dapat komisen..Then member kepada member tadi,cari plak member kepada member kepada member...Ahhhh sudah..Aku sendiri pening..Celaka punya MLM Facebook..Kalau kau dah kaya sangat dengan gambar duit-duit kau tu,apa kata lu belanja gua masuk..Berapa la sangat yer idok kalau nak dibandingkan dengan duit lu tu...Takpon kasi gua RM50ribu...Then baru gua percaya lu berjaya.Baru gua semangat nak join..Amacam?

8-Mamat/Minah Penuh Dengan Kehidupan
Berlainan dengan mamat/minat tiada kehidupan mula-mula tadi,jenis neh penuh plak dengan kehidupannya...Berasa bangga pula dengan kehidupannya yang hype kata orang tu...Penuhlah gambar-gambar partying,clubbing,segala bagai...Gambar pegang botol arak itu semestinya kena ada..Baru cool..Beli pula dengan wang PTPTN yang dipinjamkan..Okay,diulang..Dipinjamkan kepada anda..Paling bangsat,share duit ramai2 beli satu can Tiger,then amik gambar..Lagi bangsat,ikut kawan-kawan pergi club,duit sekupang pon takdak,tumpang kawan-kawan yang open bottles,then amik gambar konon-konon hypenya tu dengan botol arak tersebut...Okay,dunia awak,awak yang tentukan...

9-Para-Para Pencinta Wanita
Berbekalkan gambar handsome,maka para pencinta wanita ini,penuhlah di page perempuan-perempuan gebu dan cantik..Page perempuan kurang cantik,jangan harap diorang akan approve...Sebab tu,page perempuan cantik jer,friends dia mau pegi 4000..Siap dia akan buat lagi page kedua..Contoh...Melissa Darwish(FULL) dan kemudian akan ada Melissa Darwish II,then Melissa Darwish III,dan kemudian Mellissa Sangap Batang(hasil kerja stalker yang curi gambar minah neh,then buat profile baru..rofl)..Okay,kat page minah-minah macam neh la akan ada penuh para-para pencinta wanita neh..Masing-masing akan cuba untuk memancing..Mana tau dapat ye tak...Minah tu upload gambar bulu hidung terkeluar dengan caption "Tiut tak bulu hidung saya?",pon akan penuh dengan komen-komen dari mereka..Pergh!

10-Mamat/Minah Yang Pandai Menggunakan Peluang Terbuka Di Depan Mata
Facebook neh,bagi aku,satu peluang yang besar kalau kita pandai nak guna...Kita boleh marketkan diri kita di pasaran kerja..Banyak company sekarang akan wat kaji selidik calon-calonnya terlebih dahulu sebelum panggil interview..Tahu kenapa dalam resume kamu perlu ada alamat e-mail?You can think of that by yourself..Facebook holds lots of our information...Your lifestyle,your relationship,you background,and all..If you take things seriously,then you will have the opportunities that Facebook will provide you in the future...Pandai kau cari peluang,pandailah kau dalam dunia neh...Use it wisely my young Lukes and Leias...

Aku lapar dan ayam gemok dalam peti ais aku dah panggil suruh gorengkan dirinya...Sekian...

Wednesday, February 23, 2011

With love,Remi Gaillard

I don't know how to put in words to describe this fella...He's a genius...He's a retard....He's shyt...Probably,he's a kangaroo with serious mental problem...

Enjoy...This is my favorite of all...

Monday, February 21, 2011

Kesedaran Sivik Itu Penting

Aku ada teka-teki...

Kenapa di sekolah,kita semua diajar dengan bermacam-macam subjek?



Supaya kita sedar bila suara dah tak sedap tu,kita boleh terokai bermacam-macam bidang lagi supaya lebih menjadi manusia berguna di muka bumi....

Pesan abang..Sedarkan diri,jangan cuba tunjuk kebodohan anda di media masa...

Saturday, February 19, 2011

Sex Dalam Komuter

Tajuk memperdaya anda lagi..Entri kali neh tentang jantina (sex) di dalam komuter..Jangan salahkan aku...Bila kau isi borang-borang,bahagian "Sex" kau tulis Dara/Teruna/Pecah/Terpelihara ataupon Male/Female?Salahkan libido kau jika kau ingat entri kali ini berkaitan senggama...

Situasi..Stesen Komuter Sungai Buloh...

"Ting tong...Perhatian..Coach tengah adalah dikhususkan kepada penumpang wanita sahaja sepanjang masa..."..bergema suara dari pembesar suara stesen komuter ini memberi pengumuman..

Kepada yang tidak tahu,ya,pihak KTM Berhad telah menyediakan gerabak khas hanya untuk wanita...Alhamdullilah tiada lagi mangsa cabul...

"Tahulah!'..kataku dalam hati...

Seketika kemudian,komuter pon tiba di stesen..Aku bersiap-sedia untuk menaikinya bila tiba-tiba ku terlihat kelibat 3 orang lelaki cuba masuk ke dalam gerabak khas untuk perempuan...Ahh.Kurang kesedaran sivik rupanya...

"Bang bang,gerabak neh khas untuk perempuan jer.."..kataku dengan lemah-lembut cuba memberitahu....

"Kitorang pondan lah!.."..terpacul dari mulut salah seorang dari mereka....

GULP!...Cilaka punya pondan....

"Abeh tu,yang Pengkid tu buat apa kat gerabak neh?"..tanya aku laju-laju sambil menunding jari ke arah seorang pengkid yang ada dalam tu....

Dalam hati,aku puas...

Aku yang sesat atau mereka yang tidak jumpa jalan?...(Lepat, I. 2010)

Thursday, February 17, 2011

MetroSeksual

Rakyat Malaysia,melayu terutamanya..Eh memang kebanyakkan melayu pon,memang suka dengan benda-benda berkaitan seks..Apa saja yang ada kaitan dengan seks,mesti interested nak tengok,pegang,dengar dan baca....

Ubat besarkan "adik",ubat kuatkan "adik",ubat mantapkan "adik",segala benda tu jangan ceritalah..Penuh keliling jalan..Yang diperbuat dari ikan belacak,kuda laut,ikan linang,ikan kembung,ikan buntal,ikan paus,hatta ikan kekek mak iloi-iloi sekalipon,pasti ada yang akan mencuba,just for his sex life satisfaction...

Tapi kat sini,aku taknak bercerita tentang ubat kuat,tapi tentang HARIAN METRO,akhbar tabloid no1 Malaysia..

Kenapa no1 di Malaysia?

Disini aku boleh disimpulkan yang orang Melayu memang gila seks!

Jangan salahkan filem dari barat yang menayangkan cerita-cerita berentri 18sx...Jangan salahkan pengaruh rakan sebaya..Jangan salahkan ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak-anak....Jangan salahkan mereka semua jika kau masih membeli Harian Metroseksual ini hari-hari..Paham apa aku nak sampaikan?



Akhbar paling bodoh dalam dunia..Selain menarik perhatian dengan gambar-gambar sebegini di muka hadapan,ianya juga penuh dengan iklan-iklan..Iklan lagi banyak dari berita...

Cabai

Gua baru sudah pekena Maggi kari perisa kari..Perghh..Dia punya kick memang kick...Time-time bosan neh,memang gua akan lapar..Nak keluar cari makan kat kedai mamak memang tak lah malam-malam camneh..Nak kuar dari kawasan rumah gua neh pon dah macam nak keluar dari Niyang Rapik..Kang jumpa Hantu Kak Limah mau gua willie lapan tiang.....

Maggi gua,tak main la setakat masak air panas tuang dalam pinggan,biar 3 minit,kendian letak perencah..Itu zaman hostel bai..Apa barang..Gua dah maju kehadapan dalam semua bidang..Maggi gua semestinya dimasak ala-ala Chef Wan,tu pon kalau Chef Wan takdak duit nak beli makan sedap la...

Ayam gua potong kecik-kecik...Tomato gua potong kecik-kecik...Bawang gua potong kecik-kecik...Lobak gua potong kecik-kecik jugak...Apa lagi..

Oh ya...Cabai...dalam bahasa moden urban Kuala Lumpurnya,cili...Gua amik 4 ketul cabai dari peti ais..Gua basuh...Gua pegang..Gua letak atas papan pemotong...Gua hentak cabai tu dulu dengan pisau...Gua pegang lagi...Gua potong satu-satu..Setiap satu dipegang dengan penuh kasih sayang...Gua potong kecik-kecik......Gua sauk semua cebisan kecil cabai-cabai tadi,campak masuk dalam kuali.........

Maggi kari perisa kari gua dah masak.....Gua makan.....Pakai sudu.....Tak baca bismillah..Lupa.....

Habeh makan gua tak basuh tangan.....Bekas cili tadi ada lagi kat tangan........

Gua lepak tengok televisyen,terkorek taik idung.........PANAS DIA WA CAKAP LU BISA BIKIN MATI!!!Cilakak!!

..dan jangan tanya benda apa gua garu lepas tu.......

Tuesday, February 15, 2011

Udah ku bilangin...

Selain tidak sedar diri dengan kemampuan mereka,mereka juga suka membuat cerita-cerita mengarut untuk ditayangkan..

Sinetron-sinetron lagilah memeningkan kepala aku..Apa nak jadi la dengan orang-orang yang tidak berpijak di bumi neh...

Terbaru...Hanya membuatkan aku lagi tenang untuk menyatakan mereka ini maling...


Supergirl?Spiderwoman?Perghh..Ciplak dua harta intelek sekaligus!

Tu pon dakkkkkkkk,dok tuduh Malaysia penciplak harta intelek sana sini..Dasar tak sedar diri...

Entri marah setelah teringat pengalaman berhimpit dengan Indon-indon dalam keretapi semalam..Hidung aku dah hilang deria bau...

Entri Seram

Aku keseorangan ketika ini..Jam menunjukkan pukul 2 pagi..Tangan laju menaip tugasan yang diberikan..Tarikh akhir semakin menghampiri...Di depan ku,televisyen sedang menayangkan dokumentari..Kelihatan seekor kerbau cuba dilapah 4 ekor singa betina..Aku tertarik...Aku suka binatang...Kalau Rozmey berubah menjadi Musang Cendawan,pasti aku akan suka...

"Kau tahu tak pontianak suka lepak atas pokok..."...kata Rakan Hitam kepadaku suatu hari itu....

"Memang la lepak atas pokok,kalau dia lepak Times Square,muka putih-putih,gincu hitam-hitam,kuku hitam-hitam,baju hitam-hitam ada rapun-rapun,tu bukan pontianak namanya,tu Gothic Anak Haram..."..separa berleter kataku...

"Bodoh..Bukan tu,ni pontianak betul la Hanjeng oi..Dulu kat kampung aku ada satu pokok besar neh.Memang port pontianak lepak der..Macam McDonald's diorang la,cuma tadak wi-fi..Kalau ada wi-fi,sahih budak-budak melayu yang takdak duit nak beli broadband pon tumpang lepak sama..Leeching..Alaaa trend lepak McD sekarang ni la.."...Rakan Hitam pula berleter..Sama naik dengan aku rupanya...

"Oooo..Abis tu,kau pernah nampak ka Pontianak?Aku nampak dalam TV ja..Muka macam Liyana Jasmay sial!Ponti Anak Remaja tu..Kalau itu rupanya Pontianak,aku bukan setakat lari,aku siap gelak kuat-kuat lagi sepanjang jalan sambil jerit 'Tak takutt ponnnnnnnnnn'..."...sambung aku laju-laju..

"Pernah la..Seram bai..Kain putihhh jer mengurai turun..Aku nampak ja kain putih tu,mencicit aku lari..Tu baru tengok kain.."..Balas Rakan Hitam semangat...

"Ahhhhh..Kau tu pengecut.Hahahahaha...Aku kalau jumpa,aku mengorat dia.Sebab muka dia macam Liyana Jasmay"..gelak aku berlagak...

Terkenang pula kenangan aku bersembang dengan Rakan Hitam aku itu..Seram sejuk pula memikirkan yang sebelah rumah aku neh ada banyak pokok besar..Rumah gua plak ada wi-fi,sahih pontianak lepak-lepak atas pokok tu leeching wi-fi gua..damn...

Sejuk pulak tengkuk memikirkannya...

Dahaga...Aku bangun ingin menuju ke dapur...

Semasa lalu ja kat koridor tu,hujung mata aku terpandang kain putih di hujungggg koridor menuju bilik aku.....

Ahhh sudah...

Cepat-cepat aku masuk dapur..Jantung dup dap dup dap...Demam dah aku esok neh cara neh..Pikirku...Aku berselawat banyak-banyak..Ayat Kursi apatah lagi..Mujuq zaman sekolah dulu Ustaz suruh hafal untuk lulus PAFA...

Aku gementar....

Tapi aku gagahi juga untuk jadi berani..Nak tengok sekali lagi...Liyana Jasmay kah tadi tu?

Aku hulurkan kepala keluar dari tepi dinding dapur...

ALLAHUAKBAR!!

...................................................................

Esoknya aku mandi tidak bertuala...Kain pelikat kotak-kotak pula yang menjadi tuala untuk hari-hari mendatang.Nekadku...


B*BI PUNYA TUALA!!!!!!!

Sunday, February 13, 2011

Kabelisme

"Aku bengang betui la..."..kata Rakan Lost aku...

"Awat pulak?.."..balas aku separa minat..Tumpuan lebih ditumpukan kepada televisyen..Buletin Utama semakin mengarut..

"Sekarang neh nak mintak kerja,susah betui..Semua nak kena pakai kabel.."..sambung Rakan Lost sambil mengunyah punat di remote Astro..Lapar agaknya...

"Pakai kabel?Maksud kau,guna orang dalam untuk dapat kerja?"..kataku..

"Yer la..Ambil contoh disini,kalau kau nak kerja kerajaan,ko mintak tolonglah Pak Long kau,Pak Ngah kau ker,Ayah Cu kau ker,yang dah kerja besar supaya kira-kira sikit bagi ko lepas interview ker,lepas ujian tapisan ker,takpon kalau Pak Long kau orang besar,suruh jer dia kira kasi kerja kat ko.."..ulas Rakan Lost panjang sambil masih lagi mengunyah butang remote control Astro...Aku hulurkan kaki aku..Rakus diratahnya...

"Standard la tu..Kita hidup kat Malaysia bai..Sistem dia memang macam tu..Kalau lu nobody,pegi jahanam la kau kalau kau cuba nak mintak kerja masuk kerajaan..Semua ada kabel..Semua nak kena cari kabel..Sistem kroni..Kabelisme.."..balasku sambil menangis..Sebelah kaki dah habis dimamah Rakan Lost..

"Tu la..Payah tul..Aku baru ingat nak apply kerja jadi Pegawai Kerajaan.."..keluh Rakan Lost..

"Aku boleh ja tolong kau..Aku ada kabel baik punya..Tu pon kalau kau mau la.."..sapa aku sambil membalut luka di kaki...

"Pergh..Patutla kau senang sangat dapat kerja..Kabel besar!!Tolong tolong..Tolong la aku..."..rayu Rakan Lost semangat...

"Jap,gua col dia.."...balas aku..

Tritttt tritttttt tritttttt...

"*Click*Hello Pak Long...Apa habaq?.........Saya sihat-sihat ja......Semua pon sihat........Huh?Mak Long sakit?Laaaa..Awat tak balik berubat kampung??..........Ooooo...........Neh,saya ada hal sikit neh...Boleh tolong dak?.......Dakk,kawan neh,nak mintak reja kerajaan.........Ingat nak mintak tolong Pak Long la............HUH?TAK BOLEH?DAH TURUN..???WHAT DA HELL HAPPENED??TU LA HANG BODO SANGAT PASAIPA???PADAN MUKA HANG!!.........Dah dah,hang bukan Pak Long aku lagi,PTUIH!!!"...terus aku letak telefon laju-laju.....

"Apasal?Pak Long kau tak boleh tolong dah?"..tanya Rakan Lost kecewa......

"Tak boleh dah...Dia dah turun pangkat.Teruih aku takmau mengaku dia saudara aku.Ptuihhhh!!!...."...balas aku marah....

"Sapa Pak Long kau neh?"..tanya Rakan Lost...

"Hosni Mubarak"..balas aku selamba...

Pak Long Hosni aku hanya untuk 1981-2011

Saturday, February 12, 2011

Blog Apa Saja Jadi..

Kalau nak baca tentang informasi gadjet-gadjet,trending now,pictures,dan kehidupan En Amie (aku geli la Leman panggei hang En Amie,aku panggei hang Leman jugak!),then here is your right place...

Blog ApaSajaJadi....by A Man Called Leman...

Lebih kurang Hanis Zalikha versi jantan la jugak neh kiranya..Cuma kena lebihkan pakai Fair & Lovely...

Thanks brother for your review!!

Trending

Aku pon tak pasti kenapa aku buat blog neh dulu-dulu..trend kot...Sekarang pon aku masih tertanya-tanya..

1-Nak cerita tentang kisah cinta aku?Kisah kami hanya untuk kami berdua..Banyak blog budak-budak sekarang hanyalah berkisarkan kisah cinta mereka dengan yang tersayang..Aku nampak ja layout penuh love love keliling blog,aku tutup laju-laju,terus tengok Wonderpets laju-laju...

2-Nak ceritakan tentang kehidupan aku hari-hari?Okay,aku cerita sekarang..Bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik,tengok TV,on PC,check Facebook,e-mail,tidur,bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik kelas..Aku boleh teruskan lagi kalau kau mahu...

3-Nak tulis pasal makanan-makanan aku makan berserta gambar?Kalau aku letak gambar nasi lauk ayam goreng,telur kicap,ngan sayur air,agak-agak orang nak impress tak?

4-Nak tulih pengalaman aku pergi melancong?Pergi kedai depan nun kira melancong tak?Nanti aku ambil gambar kat depan kedai tu..(dengan tangan mesti didepakan seluas munkin)..munkin bergambar bersama pembeli-pembeli lain kunun-kunun tourists lain..

5-Nak aku review products/gadgets/services?Aku cuma pakai pencuci muka Garnier,Sabun Lux seketul seringgit,syampu Rejoice cover depan warna ungu,Blackberry,Sony Ericsson,PC tahun 2005,aku pakai line Celcom,dan itu sahaja kot..Nak aku kasi review?Sebab benda lain,kalau aku tak pakai,aku nak review macam mana?Aku dilarang plagiat bak kata lecturer aku...So?

6-Nak aku ceritakan tentang kawan-kawan ataupon manusia keliling aku?Maybe..Kawan aku bangun pagi,dia mandi,kendian dia iron baju,kendian dia pergi kerja,kendian dia balik,kendian dia makan,kendian dia tidur,kendian dia bangun,kendian dia berak anyam taik bentuk U,kendian dia hisap rokok,kendian dia tengok Raja Lawak,kendian...aku juga boleh teruskan kalau kau mahu...

7-Nak ceritakan tentang binatang peliharaan aku?Aku bela diri aku sendiri...So,aku cerita tentang diri aku la senang..Nama manja aku Fab...Nama panjang aku sebagai binatang peliharaan adalah Fabregas..Aku suka guling-guling,manja-manja,tangkap-tangkap bola,makan ayam KFC..Kesian tuan aku nak bela..Oleh kerana aku adalah tuan aku sendiri sebagai binatang peliharaan,aku kesian kat diri aku sendiri..Damn..

8-Nak ceritakan tentang impian aku?Kau mampu tolong aku capai impian aku untuk memiliki hidup yang sempurna?

Aku tetap tidak boleh jadi Hanis Zalikha walaupon nama kami sama...

Nak pegi anyam taik bentuk J pulak..

You have my love Lepat!

Kamu semua ada masa tak untuk sejam akan datang?Pernah kena leter?



Well,kita hidup di Malaysia!

Aku akan cuba..

Aku akan cuba update selalu...Sekian..