Tuesday, May 31, 2011

Budak Kecik 14tahun Yang Bangang...

Ada seorang rakan Facebook aku paste kan link blog seorang budak 14 tahun neh kat news feed aku...Tajuk dia "Kesah Apa Aku Bukan Virgin"...Munkin trend sekarang,budak-budak yang baru nak tumbuh bulu ari-ari tidak segan silu membuka pekung di dada...

Entri beliau berbunyi begini...

"...ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)..."

Munkin dia ada masalah dalaman yang kita tak tahu..Itu antara dia dan dirinya..dan juga dengan pencipta-Nya...

Kadang-kadang aku boleh menjadi seorang ortodoks..Kadang-kadang aku boleh berfikiran terbuka tanpa terus menjatuhkan hukuman terhadap budak kecik lost tersebut....

Bagi aku yang berfikiran waras,munkin dia mempunyai masalah dengan cara membawa diri di dalam dunia ini...Seawal usia remaja,sudah menjadi kurang berfikir amat membimbangkan rakyat Malaysia kini....Melayu terutamanya,yang terkenal dengan sikap menjaga budi pekertinya,bersopan-santun,lemah-lembut,dan sebagainya...Munkin dia kekurangan kasih sayang di rumah hingga dia sanggup untuk mencari teman di luar seterusnya melakukan sesuatu itu itu laaa...Haish..

Bagi aku yang berfikiran Hanjeng,TUH PAK ANG!..Biar orang pandang hina kita asalkan kita ada maruah diri?Kah Kah Kah...

Budak-budak..Haish...

Aku malas nak post link ke blog Budak Bangang tu...Pandai-pandai lah korang Google sendiri...

Kau perasan tak yang budak-budak sekarang bengap-bengap?Pengaruh Pavillion aku rasa...

*********************

Sunday, May 29, 2011

Keyboard Warrior

Aku baru ja dengar term "Keyboard Warrior" neh aritu..Sapa tah yang mentioned pasal benda neh kat aku..Bila aku pikir-pikir balik,baru aku paham...Apa itu "Keyboard Warrior"...

Selalunya di dalam Facebook la,kita boleh jumpa Keyboard Warrior..Banyakkk...Sepanjang Pengalaman aku,aku dah banyak kali walked across their path...

Contoh 1
Sambutan Hari Ibu hari tu...Penuhlah komen-komen para pengguna Facebook yang post up their status "Selamat Hari Ibu" bagai..Saya sayang mak,saya rindu mak,segalalah...Biasalah..Hype...Macamlah mak kau main Facebook jugak nak baca status kau yang panjang-panjang kat wall Facebook kau tu..Okay,tiba-tiba datang pulak seorang Keyboard Warrior neh post notes kat wall dia pasai "Haram Menyambut Hari Ibu Kerana Ianya Semperna Hari Kelahiran Mother Mary..Nauzubillah"...Terus aku kata laju-laju...Ha tudiaaaaa...Haram jadah apakah ini...Terus aku bukak note Keyboard Warrior tu..Baca punya baca,tudia,segalanya haram kerana ianya adat orang Kristian lah,hapalah,kita sebagai umat Islam tak elok ikut lah...

Bengap..Kata aku...Hari Ibu?Kalau Hari Kekasih aku tak kisah..Ini Hari Ibu bai..Memang lah kita kena ingat ibu kita hari-hari,tapi aku rasa la kan,bagi kebanyakkan orang kat sini,time Hari Ibu neh la time hangpa nak ingat kat dia,nak bawak dia kuaq makan-makan,nak bagi dia hadiah ka apa,bagi orang tua tu happy kan?..Datang keyboard warrior neh,pummmm,jatuhkan hukum haram..Pegangan orang Kristian?Wah..yang kau pergi upload gambar nampak lurah tetek itu,pegangan agama mana pulak?..Tukang-tukang komen bawah tu pulak,gambar tak kalah.."Iksh..tak sangka pulak Siti Hari Ibu neh haram.Mujuq Siti belum wish lagi kat mama Siti.."..komen salah seorang pengunjung di Note tersebut..Tapi,gambaq profile Siti tak kalah pulak...Pakai tudung peluk cium sana sini dengan Balak itu pegangan agama mana pulak?

Contoh 2
Justin Bieber datang Malaysia itu hari...Adalah satu page portal Media di Facebook neh,upload gambar-gambar sepanjang konsert Justin Bieber berlangsung...Dumm,penuh komen-komen dari keyboard warriors yang super fcuk...Jangan salah paham,aku TAK MINAT Justin Bieber..Aku cuma meluat Keyboard Warriors komen-komen kat situ...Walaupon aku tak minat,tapi aku tak bodoh nak komen bodoh macam Keyboard Warriors kat situ...

"Astafirullah..Inikah dia anak-anak muda-mudi zaman sekarang...Terpedaya dengan dakyah yahudi..Kalau korang semua nak tahu,ini semua propaganda Yahudi yang ingin menyesatkan anak-anak Islam kita..."

Salah satu komen berbunyi...Sungguh alim kedengaran kan?Tapi gambar profile picture rambut kaler-kaler...Berantai bagai...Pejuang Dakwah Islamiah dan Kebajikan mana-mana kah?..Dakyah Yahudi?Eh eh,yang kau main Facebook ciptaan Mark Zuckerberg yang terang-terang memang seorang Yahudi kau tak ambil kira pulak?Kah Kah Kah Kah..Bodoh!

Contoh 3
Isu games yang dikatakan menghina Islam dengan grafik-grafik yang berunsurkan ayat-ayat Al-Quran..Ya,itu memang satu penghinaan kepada kita umat Islam yang digambarkan sebagai pengganas di mata dunia...Salahkan Osama...Tapi,aku sikit pon tak heran bila keyboard warriors neh dok komen pung pang pung pang kutuk sana sini...

"Celaka punya Amerika..Celaka punya Kristian..Ada jugak nak selit-selit dalam games yang diorang buat nak kutuk-kutuk Islam..dah la melalaikan,memesongkan akidah pulak tu..Jangan main dah game-game neh wahai rakan Muslim ku sekalian..."..komen salah seorang pengunjung di Facebook page Media tersebut..

Wah,pejuang Islam di dalam Facebook...Aku setuju dengan dia,tapi setelah tengok gambar profile dia,terus aku hangin...Eh eh pakai subang pulak kau...Berkolar tinggi...Kaki clubbing aku rasa..Kah Kah Kah...Main games melalaikan dan memesongkan akidah?Farm Ville,City Ville,Car Town,Poker yang takdak menghina Islam itu tidak melalaikan kah?Main sampai terlalai dengan perintah suruhan-Nya itu tidak memesongkah kah?

Contoh 4
Terjadi kepada rakan kepada rakan aku...Adalah seorang awek neh post status pasal apa tah...Rakan kepada Rakan aku neh pon komen la...Tup tup,Boipren awek tu sound dia bukan main lagi...Rakan kepada Rakan aku neh rilex-rilex jer la reply komen dia...Sekali apa punya tak puas hati tah Boipren awek neh kat Rakan kepada Rakan aku tu,maki-maki dia...

"Kalau kau berani sangat,mehla jumpa kat luar!!!!Baru kau tahu sapa aku!!!!"..komen Boipren awek tersebut

"Sikit pon tak takut"..balas pendek Rakan kepada Rakan aku tersebut...

Bukan main garang lagi dia dalam Facebook...Cabar sana sini...Kau tahu apa jadi?..Menurut Rakan aku...Petang tu,Rakan kepada Rakan aku tu lepak kat sebuah kedai makan neh...Kebetulan Boipren awek tu pon ada kat situ...Rakan kepada Rakan aku pulak dengan rakan-rakannya...Sekali Rakan kepada Rakan aku tu jeling jer kat Boipren awek tersebut,terus tunduk pandang meja sial!Kah Kah Kah...

Tak usah bercakap besar di dalam dunia online anda..Munkin anda Raja di dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya anda Raja di luar...Munkin anda seorang pejuang Islam di dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya anda seorang Muslim sejati di luar...Munkin anda nampak baik dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya kau menjaga tingkah laku di luar...

Thursday, May 19, 2011

Kembali Kembali..

Maaf kepada semua pembaca Blog Hanjeng...Abang Han busy sikit semenjak dua menjak ini...Jalan baru telah diberi,cuma menunggu masa memulakan perjalanan baru..Ke Puncak Alam sana...

Jarang update tidak bermakna Abang tidak sayang anda semua...Muahx..

Pelaq...Geli...

Saturday, May 14, 2011

Abang Hanjeng Berpesan Episod 2

Sila rujuk entri lama ini dahulu sebelum baca entri untuk kali neh bagi mendapatkan feel yang betul...*CLICK CLICK CRET CRET*

Haritu abang dah berpesan,jangan mudah percaya dengan gambar-gambar yang diupload di Facebook...

Tambah-tambah yang suka upload gambar buat-buat muka itik tu..Alahhh ko Joyah,gambar konon-konon mata besar bibir muncung kedepan tuuuu...Duckface tuuu...Abang cukup meluat tau...Bukan apa,nampak macam serondoi babi dah abang tengok dok muncung-muncung macam tu...Kau keluar pegi Pavillion mulut kau muncung macam tu ker dari rumah sampai Pavi?GILA RETARD!

Okay harini Abang ada lagi teka-teki...

Cuba teka,sebelum ini,dia ini Lelaki ker Perempuan?



Lelaki?Salah..Perempuan?Pon salah..Bwekkk!!

















Sebelum ini,dia adalah Godzilla...

************************

Tuesday, May 10, 2011

Muzik Itu Indah...

Apakah perbezaan muzik indah dah muzik sampah?

Muzik indah,walaubagaimanapon melodinya disusun,akan menegakkan bulu roma peminatnya mendengar...

Muzik sampah,walaubagaimanapon melodinya CUBA disusun,akan menegakkan bulu jubur peminatnya yang mendengar..

Ini muzik indah bagi aku...bagi aku...Diulang sekali lagi,bagi aku...Aku yang minat lagu-lagu yang disusun indah...



Ini pula muzik sampah bagi kita...Bagi kita...Diulang,bagi kita...



"Kalau adik-adik ponen sekalian nak buat band yang ramai orang,buatlah dengan sepenuh hati macam kami..."..kata Corey Taylor dari Slipknot kepada Max 24/7 MPoop (Previously known as 24/7 KPoop)...

Nampak tak perbezaan setiap ahli kumpulan yang memainkan peranan penting di atas pentas,dengan ahli kumpulan ponen yang hanya tahu menunjukkan kebodohan di atas pentas?

Nampak tak perbezaan kumpulan yang memperjuangkan muzik,dengan kumpulan yang hanya memperjuangkan publisiti murahan dan jubur murahan?

Nampak?

Saturday, May 7, 2011

Sabar Sabar,Biar Papa Pegang...

Bila kita sabar,semua benda boleh diselesaikan..Betul?

Kalau kau tak sabar,makin serabutlah kau...

Jadi,bersabar...Jalan itu pasti akan muncul...

Harap-harap ada jalan Isnin nanti...Amin

Monday, May 2, 2011

Aku Yang Masih Suka Menonton Animal Planet

Termenung aku malam itu..Di hadapan ku terpampang rancangan tentang binatang yang aku kurang pasti spesis apakah yang sedang melompat-lompat keriangan ini...

Selalunya,aku akan kenal spesis-spesis binatang ini..Tapi rancangan di Animal Planet untuk malam neh susah sikit aku nak cam...Spesis apakah ini?Pelik pulak tingkah lakunya...

Melompat-lompat jer kerja neh...Eh Eh menjerit pulak dia...Kang aku lempang TV neh kang...

Berjalan seperti Orang Utan...Berwarna Merah Hitam...Berbulu rapi...Wah...Spesis baru agaknya...Dari kepulauan Amazon neh...Sama seperti Arapaima Gigas pulak lenggoknya...

Hairan...Ahhhh...Sudah..Ditangkap pulak manusia!!Celaka punya manusia...Berani kau tangkap spesis terbaru ini...Tak takut kena saman ker?Gila lah manusia neh....

Wahhhh!!!!Banyaknya binatang tu kena tangkap!!Celaka punya kapitalis...Berani kau ganggu ekosistem Bumi ini....Dicampaknya pulak binatang-binatang itu semua ke dalam kandang kaca untuk tatapan umum...Perghh..Dasar Kapitalisme betul...Hanya untuk mengaut keuntungan sahaja....

Ehh,suka pula mereka di dalam kandang kaca itu...Happy pulak dijadikan tontonan umum...Cis,binatang gila glam rupanya!Damn....

"Woi Hanjeng!!!!"..marah Rakan Sihat aku yang duduk disebelah dari tadi mendengar aku berleter...

"Ha awat??Kacau la kau neh...Aku tengah best tengok Animal Planet neh,kau pulak nak kacau...

"Animal Planet hotak kau..Apa jadah tengok Akademi Fantasia neh?"..marah Rakan Sihat separa tegas...

"BABI!!Dah start ka Akademi Fantasia musim baru tu?PTUIHH!!!"...balas aku terkejut...

Sila rujuk entri lama ini untuk mendapatkan pengetahuan tentang minat aku suka menonton rancangan tentang binatang -binatang.."Aku Yang Suka Animal Planet"

Aku memang anti-kapitalis....Sorry...

************************************