Monday, October 19, 2009

Jeng jeng jengggg..Anjeng anjeng anjeng..kung kung...

Aku tau aku dah lama tak post blog..lama gila kot...aku pon tatau nak tulih pasai apa...tp banyak benda yang aku dok pikiaq semenjak dua menjak neh..tp bila nak start taip ja,mesti aku akan rasa mengantuk...baik aku taip dalam mimpi ja...lagi syahdu..

raya aritu boleh-bolehlaaa..aku beraya sebagai seorang yang berkerjaya...meh aku rumuskan formula matematik bagi hangpa paham apa situasi aku time raya aritu..

Aku sebagai anak sulong+Anak sulong pertama berkerja+Dapat gaji+Beli Baju Raya Adik-adik+Beli kuih-raya untuk Tok+Beli Baju Raya sendiri+Bagi duit raya kat sepupu-sepapat yang mana datang aku pon tatau+Belanja dapoq+Tambang balik kampung+misc=BULAN NEH AKU BANGKAI!...

Seyes gua dah takdak sen..skang neh dalam poket gua ada RM0.70..sungguh syahdu malam melabuh sepi..damn...agak-agak kalo aku tanya kat akak cafe bawah neh,RM0.70 bleh dapat ayam masak kicap tak?agak-agak,dia nak pandang aku macam mana ek?

So far,kehidupan aku kat KPTM Bangi neh,tak dak apa sangat masalah dia..aku boleh hidup..aku boleh cari makan...aku boleh kuaq and have some fun...tp bila dah takdak duit tu,paham-paham ja la..nak kuaq have fun nenek lu...aku boleh anugerahkan bulan neh sebagai "Bulan Tersangap Sepanjang Hidup Aku"...nak ajak kuaq lepak pon pikiaq 20-30 kali..damn...

Gaji..cepatla masuk...

Tuesday, August 18, 2009

Ehh..aku suka la macam neh..Wait..no..

Skang neh hidup aku macam agak rilex..seyes aku rasa rilex skang..contoh,skang,aku tercangak ubi dalam bilik neh..sket hari lagi,kalo aku dilahirkan sebagai ubi,aku dah jadi berisi.bak kata pepatah,diam-diam ubi berisi..bising-bising anjeng,gemok...

jadual kelas aku agak rilex la jugak kata orang tu..tiap2 hari kelas aku 11-1 dan kendian 2-4...so,pagi2 datang,aku masih sempat untuk plan apa2 yang patut..dan masih lagi sempat untuk tidow..seyes..aku suka tidow di tempat keja skang...kepada Pengarah KPTM Bangi,jika anda ter"google" blog ini,saya ingin menyusun sepuluh jari mintak maap..bukan niat saya untuk tidoq..niat mata saya sebenarnya...

so..aku datang pagi,balik petang..kui 5.30 dah bleh blah..tak macam keja Watson's dulu..azab dia..perghhh..sampaikan ketiak aku yang gebu neh dulu,selalu jer berlendir..skang pon berlendir jugak bila kena berjalan ke Blok C yang jauhnya sepuntung rokok jugaklah..tapi,ianya masih rilex..

bila dapat gaji jer,aku rasa macam aku mmg dah masuk dunia kerjaya profesional..bayaran setimpal..walaupon aku keja rilex2...

aku ingin sgt update blog neh selalu..tapi apakan daya..aku terlalu rilex..so takdak benda best sgt yang selalu jadi..

Aku nak pegi makan...

Monday, July 20, 2009

Setelah sekian lama aku menyepi...

Aku sekarang sudah berada di Putrajaya..aku menetap di sini..dan hari-hari aku akan berulang-alik dari Putrajaya ke Bangi..aku sekarang sudah menjadi pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA..ya..aku seorang pensyarah..aku pon tatau kenapa aku boleh nak kerja mengajar orang neh..aku benci nak mengajar orang neh..sebab tu la aku tak penah isi borang posting walaupon dulu aku belajar TESL..ya..berlajar TESL tapi tamau jadi cikgu mahupon pendidik..hehehe..well..what to do..

Setelah nak dekat sebulan aku kat sini,kerja macam neh,aku terpikir..munkin ada betul jugak jalan yang aku pilih skrang neh dengan aku..well..dulu aku praktikum kat sekolah bai..aku hari-hari mengajar "monyet-monyet" supaya duduk diam di dalam kelas...siap dah terbang macam-macam benda dah dalam tu..aku dah serik nak mengajar..sebab aku pon bukannya pandai sgt pon nak mengajar Bahasa Inggeris neh..tapi bila dah nak dekat sebulan kerja kat kolej neh,aku rasa keja neh senang bagi aku..

aku datang..aku tengok buku teks...aku plan sket2..aku masuk..aku bebel...aku suh diorang wat latihan..aku bincang...aku blah..itu saja..

kalo dulu kat sekolah...aku datang sekolah..aku plan..aku kena tulih lesson plan..aku kena consult mentor..aku kena sediakan bahan nak mengajar...aku masuk kelas...aku suruh diorang duduk kat tempat masing-masing...aku bagi salam..aku suruh diorang duduk kat tempat masing-masing lagi...aku terangkan hari ini nak belajar apa...aku suruh diorang diam...aku mengajar..aku suruh diorang diam..aku mengajar lagi..aku suruh diorang diam lagi...aku dah fed-up..AKU TENDANG KERUSI STUDENT SEKOR NEH MELAMBUNG KE BELAKANG KELAS...aku maki student tu...aku mengajar balik...aku bosan..aku blah....

wah..beza la jugak..seyes beza..tapi tataula student kat kolej neh macam mana..skang awal lagi..maybe tak naik tocang lagi..kalo dah nek tocang,siap...maybe aku akan kembali menjadi Abang Watson..hahahahha...tapi buat masa sekarang..aku telah bertukar menjadi Abang MARA Yahaya..(diselangi dengan lagu Mara Bahaya sebagai muzik latar yer..)..nantikan kemunculannyer..hehehe..

okay..aku update..

aku dah pegi PAC aritu untuk PTD..akan aku ceritakan nnti..hehehe..

Tuesday, June 23, 2009

Setelah melah...

Setelah 4 bulan menghamba-abdi kan diriku ini kepada Watson's Personal Care Store cawangan Pekan Jitra 2,saya akhirnya meletakkan jawatan saya sebagai Abang Long Watson berkuatkuasa pada 25hb June 2009..jangan ditangisi pemergianku ini wahai anak-anak ikan Watson's..

Dengan itu,saya menyerahkan 3 keris berwarna Raggae saya ini kepada Bonda Watson dengan harapan Bonda Watson dapat menjaganya dengan baik...

KEMBALI KE SANA!

Thursday, June 18, 2009

Saya yang tengah penat dan letih..wasalamu..

Aku baru saja balik dari Kuala Lumpur aritu..menghadiri temuduga untuk jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Poly-Tech MARA..penat tak hilang lagi walaupon aku dah tidoq bukan main cantek lagi dari Kuala Lumpur ke Alor Setaq..(aku sepatutnya turun kat Jitra,tapi aku tak jaga,tidow mati sangat,so terlajak la aku sampai Aloq Setaq...nak explain panjang sgt,abaikan)...

So,aku masuk keja arini..sebagai Abang Long Kawasan Watson's Jitra,aku menjalankan tugas aku dengan cemerlang sekali..cemerlang dengan duduk saja sambey menguap sambey kentut bertalu-talu apabila tiada orang di sekeliling..Bosan menunggu,aku pon pegi la try suma jenis perfume yang ada kat dalam Watson's tu..so skang aku berbau hanjeng,sehanjeng anjing najis mughalazah ituw..aku melalut..maaf..kuffff kuffff..aunggg aunggg..

Tiba-tiba,kedengaran dari pintu utama,seseorang sedang memanggil aku..

"Hans Isaac..Hans Isaac"

Aku yang berasa diri aku ini Hans Isaac pon terus menoleh ke arah suara ituw..

"Ohhh..Pak Long..ada apa Pak Long?"Kataku dengan penuh sopan..

"Chuihhh..berasa Hans Isaac pulak hang neh..cam celaka ja..Blah la hang..Neh,ada surat,sampai rumah tok hang kat kampung nun.."..kata Pak Long ku yang tinggal di sebelah rumah tok aku di kampung..

"Awat?Tok dapat masuk Akademi Fantasia ka?Bila dia pegi audition?"Kataku..

"Bodo la hang neh..Neh surat hang laaa..yang hang pi letak alamat kampung pasai apa??tak pasai2 aku kena jadi posmen hang plak mai hantaq kat Jitra neh..dah,aku nak claim minyak..mai rm30ribu!"..marah Pak Long ku..

"Owhhh..surat saya???"kataku tertanya2..

Aku pon membuka surat yang terpampang besar atas sampulnya.."Urusan Seri Paduka Baginda"..wahhh..surat kerajaan..diorang nak suruh aku jadi agen rahsia 007 kah?munkinkah aku telah ditawarkan menjadi pemain Manchester United?Adakah aku telah ditawarkan wang rm40juta daripada Agong?jeng jeng jeng..AKU NAK RM40Juta!!!!!!!!!!!

'Suruhanjaya mengucapkan tahniah wahai Hanjeng di atas kebodohan anda menjawab soalan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik haritu.Sehubungan itu,tuan/puan/pondan/darai dikehendaki mengikuti Program PTD Assessment Centre (PAC) bagi tujuan penilaian selanjutnya.'

Tarikh-26 Jun 2009
Masa-8 pagi sampai Kiamat
Tempat-Intan Kampus Wilayah Utara(INTURA)
Telefon-999(Jika terdapat kecemasan bagi sesiapa yang kecemaran)

GULP!!!Aku dah tergaman..ingatkan tak panggey dah..

Tiba-tiba..

BZZZZZZ....BZZZZZZZ..(bunyi hp yang di"silent"kan bergetar dalam seluar yang boleh membunuh baka-baka aku disebabkan terlalu dekat dengan "adik")

"Hello..Fabregas bercakap"

"Ya Fabre..tahniah..anda telah berjaya mendapatkan jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Koley Poly-Tech MARA Bangi..sila lapor diri pada 1hb Julai yer..tak lapor,siap ko!!!"


Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Aku dah penat..

Aku berenti Watson's 25hb Jun

Aku pegi PTD 26-29 Jun

Aku daftar diri di KPTM 1 Julai..

Okay..aku nak pegi mati sebentar...

Aku penat..

Sekian..


Wednesday, May 27, 2009

I'm dancing like a retard,now it's time to pass it on..

Setelah berhempas-pulas sepanjang bulan ini berkerja,aku rasa,aku masih lagi gagal menjadi jutawan..

oleh itu,aku ingin mengumumkan..

aku ingin menyertai One In a Million...

sekian,wasalamu...

Minta maaf kepada semua adik-adik Watson semua..Abang Watson dah jarang nak update blog disebabkan jadual show Abang yang begitu padat..

Mari Abang ceritakan jadual harian Abang...

8.15 Pagi-Bangun berserta sumpah seranah "anak haram,lewat lagi plak dah!!!"

8.35 Pagi-Terpacak di depan Bos aku dengan muka kerang busuk meminta simpati agar tidak diterajang lagi...sori Bos,lewat..semalam pegi Dangdut...

9.00 Pagi-Memulakan tugas sebagai Abang Watson dengan membuka shutter dan segala bagai... dan juga membuka perniagaan kepada Abang-abang dan Kakak-kakak PEKAK tak reti bahasa yang aku tak buka kaunter bayaran lagi..

9.15 Pagi-Kaunter Bayaran dibuka,dan Abang-abang dan Kakak-kakak PEKAK pon membuat bayaran dengan muka yang boleh diletakkan tapak kaki..kan aku dah kata,rilex la duluuu..biaq aku bukak kedai dulu...

10.00 Pagi-Sapu sampah,sapu sampah masyarakat,sapu menyapu bersama makcik Bank depan kedai,dan juga sapu dulu baru bayar...

11.00 Pagi-Abang Watson lapar..lalu keluar membeli makan..nasib bek KFC jauh,kalo tak siap!!

12.00 Tghari-Susun barang ataupon dalam bahasa Watson's nya,Front Facing...

1.00 Ptg-Bosan

3.00 Ptg-Bosan..lalu keluar rehat..balik tido lagi bagus..

4.00 Ptg-Bangun tidow.."ANAK HARAM JADAH.LEWAT LAGI!!!"

4.15 Ptg-"Maaf Bos,tadi ada gajah masuk rumah..mak suruh hantar pegi Jabatan Perhilitan...."

5.00 Ptg-Melayan kerenah Abang-abang dan Kakak-Kakak,Mat-mat rempit,Gadis-gadis,Atuk-atuk,dan jugak Nenek-nenek yang datang Watson's hanyalah untuk memeriahkan suasana di dalam Watson's..munkin telah menjadi satu trend skrang di mana masyarakat lebih suka lepak di Watson's sambil membelek jenis-jenis kondom yang ada..

7.00 Mlm-Mula membuat honar di dalam Watson's dengan bermalas-malasan di belakang kaunter sambil makan keropok udang yang di beli dengan harga diskaun pekerja..murah..saya suka..

8.30 Mlm-Mula bosan..picit jerawat...kentut..menguap...makan...berak..dan berak...

9.30 Mlm-Mula memacak tiang untuk tutup kedai..dan time-time nehhh laaaaaa masyarakat2 kita nak masuk..dah tau aku nak tutup,lagiiiii diorang nak masuk belek2 kondom..pelaq haram jadah..lain kali,datang awal sket yer wahai masyarakat tamadun purba....

10.30 Mlm-Stelah puas menghalau kambeng-kambeng dan lembu-lembu last minute neh,perniagaan ditutup dengan jayanya...

11.00 Mlm-Balik dan melepak seperti biasa,dan esok akan lewat lagi seperti biasa..amin..


Sekian..
Saya Yang Bosan Dengan Kerja Di Watson's

Tuesday, May 12, 2009

Aku yang masih disini..

Aku yang masih disini..sekian..masih di takuk lama..masih mencari jalan..dan masih mencari bagaimanakah caranya nak dapat duit rm1juta dalam masa sehari...

Aku masih disini dan akan sentiasa di sini..

Monday, May 11, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 6 (18sx)

Amaran-Kepada sesiapa yang berumur 18 tahun kebawah,sila close page ini sekarang kerana ianya tidak sesuai untuk anda,melainkan anda sudah tumbuh bulu ari-ari..sapa2 yang baru cukur tu,silap anda lah disitu..Aku tamau nak tulih pasal benda neh,tapi di atas permintaan rakan-rakan,aku gagahi juga..sekali lagi diulang,cerita ini penuh dengan unsur-unsur yang tidak sesuai untuk anda jika anda masih lagi mengatakan Tomok layak menang One In a Million..

Semasa sedang Abang Watson sedang menjaga kaunter bayaran,Abang Watson didatangi oleh seorang jejaka yang "macho" la sangat..Berbadan sasa,berbaju sendat bagi menampakkan ke"sasaan"nya,berambut cacak-cacak "fin",dan bersuara jantan macho..

Jantan Macho-Neh adik..semua berapa..?(sambil meletakkan 3 barang azimat untuk jantan-jantan di luar sana,kondom,lubricant,bukan minyak pelincir kereta ya wahai kanak-kanak belum akil baligh,personal lubricant,dan pencuci muka jenama Safi)...

Abang Watson-Sebentar ya wahai Abang Macho..saya scan semua dulu..

Abang Macho-Okay okay..neh adik..nak tanya neh..

Abang Watson-Tanya apa Abang Macho?

Abang Macho-Kondom yang saiz besar sikit takdak ka?

Abang Watson-GULP!!..ikshhh..saya pon tak sure sangat ada ka tak..tapi selalunya yang ada kat situ semua standard saiz la..semua boleh pakai..gajah pon boleh pakai..tapi itupon kalo gajah tu buat family planning la..

Abang Macho-Ikshh..gajah boleh buat family planning ka?

Abang Watson-Bodo aih abang neh..gajah kan tadak akal fikiran..sama bodoh gajah tu dengan abang..

Abang Macho-Betul jugak tu..Neh,ada ka takdak neh?Abang dok pakai kondom neh,asyik terkoyakkkk ja..sakit trutttttttt truttttttt abang neh..

Abang Watson-(sambil tergelak dalam hati)Kejap yer Abang Macho,saya pergi tengok jap...

Kami berdua pon pergilah menuju ke bahagian Kondom-Kondom segar dari ladang ituww..setelah tiba..

Abang Watson-Ikshhh..saya pon tatau mana yang bleh tahan tak terkoyak neh..Abang try la jenama neh..dia macam extra thick sket..

Abang Macho-Abang penah try dah jenis neh..terkoyak jugak..sakit...

Abang Watson-GULP!!ikshhh..saya pon tatau la Abang Macho...

Abang Macho-Hurmmmmmm..payah jugak ada *tuuttttttt trutttttttt* besar neh..

Abang Watson-Hehehehe..(sila insert bunyi gelak amik hati..)..

Abang Macho-Takpala..abang amik yang tadi tu jer la..berapa semua?

Abang Watson-rm27.90..neh bakinya..terima kasih..sila datang lagi...

Abang Macho-Sama-sama..

Setelah seketika,Abang Watson termenung seketika sambil tergelak sendirian...

"Gila ka hapa dia tu..biaq betui...sedang kondom pon orang di Padang Pasir buat bekas air nak bawak merentasi gurun,isi banyak2 air dalam tu pon tak pecah2(sila Google),inikan pula saiz trutttttt truttttttt lelaki Asia yang puratanya **cm lebar ** cm panjang..sila Googgle sendiri!..Biar betul mamat neh..wait da semenet!!!!DAMN!!!!BADAN MACHO?BAJU SENDAT?RAMBUT FIN?PENCUCI MUKA SAFI?RAMBUT FIN?LUBRICANT?BEGITU BANGGA MENCERITAKN SAIZ TRUUTTTTT TRUTTTTT KAT AKU???HARAM JADAH!!!GAY HOPANYA!!!!KO NAK MENGORAT AKU KAAAA????LAGI SATU,YANG KO SUKA PEGI KETUK PINTU BELAKANG TU SAPA SURUH!!!SIAP PAKAI KONDOM PLAK TU..kwhahahahahhaa..mmg la terkoyak sebab bontot rakan gay ko tu penuh dengan taik-taik yang tajam..bangang...

segala cerita ini adalah tidak benar dan janganlah anda mempercayainya..diulangi..TIDAK BENAR..

Sekian,saya yang melaporkan
Abang Watson yang suci fikirannya..

Saturday, April 18, 2009

..taik-taik aku memang wangi...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Maklumat Calon
No. Kad Pengenalan
:
850*140266**



Nama Penuh
:
MOHAMAD CHRIS BROWN WATSON YAHAYA



Keputusan
:
SETELAH MEMERIKSA KERTAS JAWAPAN PIHAK TUAN,KAMI BERSETUJU UNTUK MENGUMUMKAN ANDA LULUS DALAM PEPERIKSAAN INI YANG DIADAKAN PADA 21 FEBRUARI 2009.JAWAPAN ANDA MEMANG MACAM PELAQ,NASIB BAIK ANDA HENSEM,KALAU MUKA PECAH JAMBAN,JANGAN HARAP NAK LULUS.SEKIAN,WASSALAMU.


*kandungan terpaksa di-edit bagi menjaga hati sesetengah pihak*

tapi aku lulus tu memang kenyataan..aku pon tak bleh terima..

Tuesday, April 14, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 5

Semasa Abang Watson sedang menyusun barang-barang yang baru sampai,Kedai Watsons di masuki oleh 2 orang gadis yang begitu happy dan ceria sekali,seceria Teletubbies...Setelah mereka puas memilih barang-barang yang hendak dibeli,datanglah mereka ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran,bukan untuk membuat kek hari raya...Aku gelarkan mereka GadisTubbies1 dan GadisTubbies2...

GadisTubbies1-Ehhh..you dah takde nak beli barang lain ker?

GadisTubbies2-Dah..nope..takder..aku bukan ada banyak duit pon..

GadisTubbies1-Abang..jap eh..nak amik sabun jap...

Abang Watson-Kay kay..cepat sikit yer..saya dah scan neh..nnti customer belakang tunggu pulak..

GadisTubbies1-Alaaa..kejap kejap..

Seketika kemudian,GadisTubbies1 datang bersama sabun yang dihajatinya..untuk apa kegunaan sabun bagi perempuan,sila wikipedia...bagi lelaki,sabun HANYALAH untuk mandi..

GadisTubbies1-Yang neh berapa harga neh?

Abang Watson-Sekati RM3..percuma beg plastik ada cop Watsons Personal Care Store..amacam?ada beran?

GadisTubbies2-Okayla tu..dah dah..ko amik jer la..lambat dah neh..

GadisTubbies1-Okay okay..amik yang neh..ehhh..saya dok panggey awak neh abang-abang ja kan..umur berapa neh?

Abang Watson-Agak-agak?

GadisTubbies1-Macam baru habeh SPM ja pon..panggey "adik" jer la ek...

Abang Watson-A,ah..baru habeh SPM...(dalam hati,KWHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!)

GadisTubbies1-Owhhh..neh keja sementara tunggu nak dapat tawaran pergi U la neh?

Abang Watson-A,ah..dari tak buat apa kan?baik saya kerja..tak gitu kak?akak study agi ek?kat mana?

GadisTubbies1-Akak study UUM..final year...

Abang Watson-Dah final year?waaaaaa...umur akak?

GadisTubbies1-24 tahun dik..dah tua dahhh..

Abang Watson-I can see that...(dalam hati..KWHAHAHAHAAHAHAHAHHAHA)

GadisTubbies1-Okayla dik..terima kasih yer..

Abang Watson-Sama-sama kak..

Disini saya ingin berterima kasih kepada sabun cap Betik yang saya gunakan untuk mencuci muka..terima kasih kerana membuatkan diri ini kelihatan muda lagi kacak..terima kasih...

Wednesday, March 25, 2009

Tips untuk menjadi insan berguna dan tidak dicemuh orang..

1-Jangan sesekali beli cokelat lolipop yang berharga RM0.60 jika tidak mempunyai duit kecik..RM50 yang anda gunakan itu lagi elok kalo anda pergi beli vitamin untuk mencerdaskan otak supaya anda tidak menjadi bodoh..

2-Tester-tester yang diletakkan di bahagian mekap adalah bertujuan untuk kita mengenal pasti warna dan tona yang sesuai semasa anda memilih barangan mekap anda..ianya bukan untuk anda menjadi make-up artist di situ dan menyolek rakan-rakan anda satu per satu sehingga menganggu pelanggan lain yang ingin membeli mekap..

3-Kita hendaklah saling hormat-menghormati antara satu sama lain..apabila Abang Watson atau Kakak Watson senyum tu,bukanlah bermaksud kami nak mengorat anda,janganlah dilemparkan pandangan enteng anda itu kepada kami..tolonglah,ianya hanyalah etika pekerja yang harus dituruti..dan muka anda yang seperti tong sampah itu,ditambah pulak dengan memek muka yang macam tayar lori sampah itu,hanya akan mengundang umpatan dan cacian daripada pekerja-pekerja Watsons..

4-Apabila nampak Abang Watson neh sedang sibuk menjaga kaunter bayaran,dan ramai pula pelanggan yang sedang menjalankan urusan jual-beli dengan Abang Watson,jangan nak mengada-ngada suruh Abang Watson neh pergi tolong carikan pembersih muka jenama Safi,sebab karang tak pasal-pasal ja muka anda akan dibasuh dengan cecair iodin untuk merawat luka di muka...

5-Apabila Abang Watson mengucapkan terima kasih,janganlah sesekali berterima kasih balik kepada Abang Watson..contoh situasi:
Abang Watson-Semuanya RM54.80..'kcing kcing'..ini bakinya Incek..Terima kasih
Incek Abdul(Bukan nama sebenar)-Terima kasih
Abang Watson-Sama-sama..(aku yang terima kasih,aku jugak yang sama-sama..macam orang gila la plak rasa..damn)

6-Kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil,janganlah biarkan anak-anak anda kencing berlari-lari didalam premis..sebelum anda berlari ke hospital membawa anak anda yang koma akibat ditendang bos aku,baik anda mengawasi anak-anak anda dengan sebetulnya...

7-Kepada couple-couple di luar sana,Watsons bukanlah tempat untuk anda beromen ya..sila cari hotel murah berdekatan bagi melempiaskan nafsu masing-masing..

8-Pastikan anda sudah membuat list barang-barang yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum datang ke Watsons..tidaklah anda kelihatan seperti orang bodoh mencari-cari apa benda nak beli..kalau tak tau nak beli apa,eloklah dilaburkan saja duit anda itu supaya senang di masa hadapan..

9-Sila buka topi keledar anda apabila memasuki premis Watsons..topi keledar tidak boleh dipakai di dalam premis..tidak pernah ada laporan kemalangan jalan-raya yang berlaku di dalam premis Watsons..anda selamat di sini..

10-Janganlah mencuri..ianya perbuatan yang tidak bermoral..sebelum mencuri,fikir-fikirkanlah akibatnya kalo kantoi kena tangkap..pelempang bos aku yang sememangnya garang..

Wednesday, March 18, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 4

Semasa sedang ditugaskan untuk menyusun barang-barang yang baru sampai,Abang Watson Kacak didatangi seorang Abang Rempit yang begitu hensem mukanya,sehensem tapak kaki cagu aku ini...

Abang Rempit-Ni nak tumpang tanya sket neh..

Abang Watson-Kalo aku tamau jawab pertanyaan hang,hang nak buat apa kat aku?(separa kerek disebabkan sikap anti-rempit yang aku hidapi sejak sekian lama)

Abang Rempit-Kereknya Abang Watson..saya amat kagum dengan ke"kerek"kan Abang Watson..nasib baik saya datang seorang diri..kalo saya datang dengan geng-geng rempit bodoh saya yang ramai nun,mati Abang Watson..tapi saya seorang diri la Abang Watson,lemah dan tak berdaya..minta maaf Abang Watson..

Abang Watson-Tau takpa..haaa..hang nak tanya apa tadi?

Abang Rempit-Neh,saya nak cari apa nama tah tuuu..alaaaa..yang nak test mengandung ker tak tuu..apa nama tah tuu..tau dak?

Abang Watson-Pregnancy test?

Abang Rempit-Haaaaa..yang tu laaaa..sila maafkan kebodohan saya wahai Abang Watson..

Abang Watson-Abang maafkan kebodohan adik...sebentar ya,walaupon aku meluat kat hang,aku akan tolong hang amik menatang tu..

Seketika kemudian....

Abang Rempit-Oooooo..yang neh..neh camna nak guna neh?

Abang Watson-Lerrrrrrrr..yang tu pon tak tau?Hang suruh la awek hang ka,bini hang ka,adik perempuan hang ka,BERAK atas menatang neh..nnti dia tunjuk la keputusan samada mengandung ker tidak..tu pon tak tau..

Abang Rempit-UIHHHHH..ada ka plak berak ataih benda neh..Abang Watson jangan wat lawak bodoh kat sini..satgi saya call kawan-kawan rempit bodoh saya satgi,nahas Abang Watson..

Abang Watson-Ingat aku takut?

Abang Rempit-Serius la Abang Watson..camna nak guna benda neh..

Abang Watson-Hehehehe..aku melawak ja tadi..manada orang berak atas benda neh...

Abang Rempit-Abeh tu macam mana?

Abang Watson-Hang suruh ja awek hang tu kulum hujung pregnancy test neh..tunggu la 15 minit,nanti dia kuaq la result dia..

Abang Rempit-Ohhhhh..macam tu..terima kasih Abang Watson Kacak...

Abang Watson-Sama-sama..(bercakap di dalam hati..bukan salah aku untuk menjadi prejudis terhadap golongan rempit ini..maafkan aku)

Aku terus menyambung menyusun barang-barang yang baru sampai..sekotak kondom pelbagai jenama...disebabkan aku saja lelaki yang bertugas untuk hari itu..

Wednesday, March 11, 2009

Laporang Kerja Untuk Hari Ini Episod 3

Situasi-Sedang mengemas bahagian pencuci aaaaaaa..sapa tau dia tau la..(kenapakah agaknya aku selalu ditugaskan untuk mengemaskan rak-rak di bahagian neh?)..didatangi 2 orang gadis...

Kakak "Bimbo" Malaya No 1-Adik adik..do you have any scar treatment oil..?alaaaaaaaa...what is it aaaa..alaaaaaa...Bio-Oil?a,ahh..yes yes..that one..do you have any?

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Yes..yes..that one..i know its good for you to hilangkan the scar you know..(sambil tuding-tuding jari bercakap dengan Kakak "Bimbo" Malaya No1)..Do you have parutttttt..???kikikikikiki..(gelak-gelak dengan nada gedik)

Abang Watson masih mendiamkan diri...

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Yeahhhh..it's tak best you know..kikikikiki..(gelak-gelak dengan nada gedik)....adik..ada tak minyak tu?for you to remove scar parut tuuuuu?

Abang Watson-Huh?(dengan nada tercengang)

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Ada tak ubat untuk hilangkan parut..?Alaaaaaa..untuk hilangkan scar,parut-parut tu..do you have it?The scar ataupon parut treatment oil tuuu?Tak paham ker?(bercakap separa sombong dengan nada Bimbo yang sedang marah..sila bayangkan Paris Hilton tengah marah)

Abang Watson-Maaf kak..saya tak paham..

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Adikkkkk..ada tak ubat untuk hilangkan paruttttt...??macam minyak Bio-Oil tuuuu...ada takkkk...???

Abang Waston-Owhhh..Bio-Oil..ada ada...sebentar ya..

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Kikikikikiki..tak paham rupanya tadi..

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Yeahh..he don't understand what i say laaa..

Seketika kemudian..

Abang Watson-Here you go miss..Bio-Oil,just like what you want..It's good for scar treatment and many people had bought it.it's RM32.80,and you can pay for it at the payment counter,which is located up in-front..If there's anything that i can help you,just let me know..as a Sales Coordinator of this Watson outlet, it is my responsibility to help and assist the customers.its my pleasure to help..thank you..do you need anything else miss?

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Tadak apa dah aih..nak beli ni saja..terima kasih la noh...

Abang Watson-You're welcome...

Aku terus menyambung kerjaku yang tertangguh sembil dalam kepala hotak memikirkan cara nak mendapatkan Rm1Juta dalam masa sehari...kepala hotakku terus melayang-layang tanpa memperdulikan dunia luar...

Saturday, February 28, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 2..

Situasi1

..Sedang mengemas barang2 yang bersepah di atas rak bahagian mekap..(awwwww)

Jejaka 20an-Abang..abang...ada tak ubat untuk pedih ulu-hati?

Abang Watson-Pedih ulu hati?aaaaaaaaaaaaaaaaaa...(sambil memikirkan ayat-ayat yang bernas untuk diberikan..)...abang cuba try Gaviscon..ubat neh okay jugak la...

Jejaka 20an-Ya ka baguih?

Abang Watson-Ya..sebab ayah saya pon kalo dia pedih ulu-hati,dia telan menatang neh..abang amik 3 kali sehari lepas makan..makanan pedas-pedas jangan amik ya..

Jejaka 20an-Terima kasih...

Situasi 2

Sedang juga mengemas barang-barang di bahagian tuala wanita...(damn)

Pokcik 50an-Adik adik...tumpang tanya..

Abang Watson-Ya pakcik..muka saya memang ada iras-iras meja kaunter pertanyaan...

Pakcik 50an-Pandai anak buat lawak..terhibur pakcik..(gelak-gelak)

Abang Watson-Terima kasih pakcik...

Pakcik 50an-Okay..berbalik kepada pertanyaan pakcik..Pakcik neh sakit gastrik lama dah..15 tahun..ada ubat yang sesuai tak?

Abang Watson-Owh..gastrik..ada ada..Gaviscon neh pakcik...baguih neh...memang untuk gastrik..

Pakcik 50an-Ya ka baguih?

Abang Watson-Baguih pakcik..sepupu saya gastrik dekat 20 tahun..makan neh teruih hilang gastrik..tapi dah arwah la skang..

Pakcik 50an-HUIHHH!!!..kata baguih..neh apa sampai meninggai?

Abang Watson-Dia accident dulu..jatuh motor...

Pakcik 50an-Owhhhh..pandai anak buat lawak yer..(gelak-gelak)

Abang Watson-Terima kasih...neh pakcik makan neh 50 kali sehari..ikut pakcik la nak makan time bila..time berak jangan makan..nanti tahik cherry berry akan keluar tanpa sekatan..payah..amik 2 sudu penuh..nak lagi cepat baik,makan sekali sudu tu..

Pakcik 50an-Baik doktor...terima kasih..

Abang Watson-Sama-sama...


Tercapai jugak cita-cita Che Yah nak tengok aku jadi doktor..

p/s-Watson bukan farmasi ya wahai tuan-tuan dan puan-puan..

Saturday, February 21, 2009

Laporan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Lokasi-S M Sultan Abdul Halim
Misi-Menduduki peperiksaan PTD m41

Situasi Pertama-Soalan Pengetahuan Am

Membuka soalan dan bercakap di dalam hati..

"NATO?Adat Temenggung?Satelit pertama buatan tempatan?Dasar Perindustrian Malaysia?"

"FUCK!!"

"Okay..Nato adalah ayah Naruto..Adat temenggung adalah Encik Temenggung begitu mementingkan adat agaknya..Satelit pertama,aku rasa Starlight(sambil terngiang-ngiang lagu Starlight dendangan Muse di dalam kepala hotak)..Dasar Perindustrian Malaysia..aaaaa..Cina pegang maaaaaa..melayu malas maaaaa..

Situasi Kedua-Esei Bahasa Melayu

Membuka soalan dan bercakap di dalam hati lagi...

"Okay..boleh goreng dan merapu..pasal penerokaan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit.."

"Merapu la sket pasai tanah rendah,tanah pasir,tanah mendap,tanah kubur,dan juga Masjid Tanah,Melaka sekalipon.."

2 mukasurat penuh dengan kemerapuan...

Situasi Ketiga-Esei Bahasa Inggeris

Membuka soalan dan bercakap di dalam hati untuk sekali lagi...

"Owhhhh..security cameras in public places...okay..fried fried..overcook..done.."

"aritu kecoh pasal kes beromen dalam bilik x-ray tu,nak letak sekali ke tak neh..?"

2 pages full of poops..

Situasi keempat-Daya menyelesaikan masalah

Membuka soalan dan mengomel perlahan-lahan...

"Ali lagi tinggi dari Adam..Adam 0.5m rendah dari Ali..Ahmad tinggi dari Ali..dan Abu rendah dari Adam..Siapa yang paling tinggi?"

"FUCK!!"

"Aku rasa kote mereka rendah..bodo punya semua soalan"

15 soalan daripada 40 soalan berjaya dijawab...

Situasi Kelima-Kefahaman Bahasa Melayu dan English Language

Sumpah seranah terus keluar bertubi-tubi dari mulut aku...

"P*KI HARAM J*DAH PUNYA SOALAN-SOALAN..KAMBING MENANDUK BUKIT TU,KAMBING TU TANDUK KEPALA BAPAK KO BANGANG LAHHHHHH!!!NEH SATU LAGI SOALAN..NEH JAWAPAN DIA B*BI MENANDUK ANAK DIAAAAA!!!!

dan saya pulang ke rumah dengan harapan yang tinggi untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomat...

Sekian,saya melaporkan..
Pegawai Takbir Raya dan Diplomatik Kg Pulau Pak Ubin

Thursday, February 19, 2009

Lapoan Kerja Untuk Hari Ini..

"Bang bang..mana satu lagi sesuai dengan saya ek..Garnier ker Nivea neh ek?"

"Adik nak bagi kulit licin ker,kulit putih..?"

"Dua-dua"

"Kikir kelapa lagi sesuai saya rasa sebab muka adik neh macam mintak penendang ja la.."

Sekian,saya sebagai Watson's Sales Coordinator

Sunday, February 8, 2009

She's a Dear Friend,She's a Dear Sister,and Loveable Eva Doole

Introducing,Eva Doole..The Queen of "Cutenest Kill" Land
Congratz Sophie Eleen Bextor..

Sunday, February 1, 2009

Benda yang tak patut ada...

Benda-benda neh aku rasa tak patut wujud kat dalam dunia neh..munkin aku menjadi seorang yang judgemental sekarang ini..aku peduli hapa..hhahahahhaa...

1-Filem-filem Prof A. Razak Muhydeen ka hapa tah nama dia..
Semenjak aku dok rumah dan asyik tengok tv ja skang neh,aku "ter"selalu tengok cerita-cerita arahan Prof. A Razak..kebanyakkannya bertemakan masyarakat melayu Penang mai yang boleh dikatakan agak "bodoh lagi memperbodohkan diri"..disebabkan aku suka tengok orang memperbodohkan diri sendiri,terutamanya Apek yang lawaknya selalu dikitar semula di setiap filem-filemnya,aku terpaksa menurunkan tahap IQ super genius aku ke tahap paling rendah sekali..barulah aku leh layan cerita tu..munkin ada teladan yang dapat dicontohi..tapi agak melampau cara filem-filem Prof A Razak menggambarkan cara hidup orang melayu..munkin kalo Obama tengok,mesti dia akan kata dalam hati.."Probably Piee' is my long lost uncle..but..but..cheqqq maluuuu nak mengaku..!!"..filem terbarunya Sifu&Tongga apa tah,hanya akan meng"exploit"kan populariti Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak Bodoh tu..munkin betul kata kawan aku,masyarakat Malaysia perlukan filem-filem ringan,tapi setakat tu ja la kot tahap filem kita..

2-Persatuan "Polis-Polis Gelap" Malaysia
Semuanya berpangkat sarjan 3 calit..munkin tak boleh naik pangkat lepas 3 calit sebab takdak protokol yang betul untuk menjadikan mereka Ketua Polis Negara.."Polis Lantik Diri Sendiri" neh kerjanya menjaga kawasan masing-masing..sebarang masalah yang terdapat atau berlaku dalam kawasan mereka,akan diambil-berat seberatnya..Balai Polis Lantik Sendiri neh adalah di warong-warong tepi jalan.nak jumpa mereka,sila cari di tempat-tempat neh..kedai makan tepi jalan..kedai mamak di kawasan tersebut..pusat hiburan kompleks membeli-belah di kawasan tersebut...dan munkin juga di kedai handpon yang ada minah2 rempit cun..paling berkerja-kuat dan juah,sudah tentulah "Polis Lantik Diri Sendiri" yang baru nak naik..juah mengalahkan Mawi di malam perkahwinannya haritu..hehehehe.."betullah apa yang diperjuangkan tapi tak semua betul memperjuangkan.."..kan?

3-Persatuan KenaSepak Malaysia(FAM)
Apa yang tak kena,suma orang pon tak paham..tapi bagi aku,perangai pemain-pemain kot..melayu la katakan..melayu neh sebenarnya malas nak memajukan diri..malas nak berjuang..okay,gaji dapat,sponsor dapat,lawan bola bagi cukup syarat dah la..tak gitu?nak kata omputihnya,eat blind salary..aku tengok makin hari makin macam haram..memang macam haram dah pon..okay,aku tukar..makin hari makin macam taik haram..okay skang,bubarkan FAM..jangan ada persatuan bola..jangan masuk mana2 pertandingan bola..dok kampung,men kat kampung jer yer wahai masyarakat Malaysia.jadilah jaguh kampung yang berjaya sebab kita ini masih di tahap kampung,dari segi fizikal mahupon mental...nak men futsal takpa,aku izinkan..

4-Majalah Mangga
Majalah yang aku rasa majalah yang paling bengong penerbitannya..artis-artis perempuan yang melaram bergambar dalam majalah tu bukan main sempoi lagi..aku boleh ketegorikan majalah Mangga neh setaraf majalah Playboy,tapi disebabkan ianya diterbitkan di Malaysia,Mangga aka "PlayboyMalaya" ini ada jugaklah mengekalkan ciri-ciri ketimuran dengan tidak menayang semua bahagian-bahagian badan..munkin juga Mangga ini untuk abang-abang gay Malaya yang stim melihat gambar-gambar artis lelaki berposing di dalam kolam renang dan kolam tahik sekalipon..80% artis-artis yang dipaparkan dalam majalah Mangga sumpah aku tak kenal dan mana datang tah artis-artis tu..10% artis dalam Mangga munkin artis-artis yang dah tak laku macam uhuk uhuk Siti Nurhaliza,Zaiton Sameon,dan Sathiya..10% lagi semuanya pasal Mawi dan Ekin..damn...

5-Minah-minah yang minat Bollywood
Sampaikan sanggup kahwin dengan mat mat bangla busuk ketiak tu..muka macam Shah Rukh Khan la katakan..apa yang best pasai hindustan aku pon tatau..dulu aku layan jugak tapi tadak la sampai nak kawen dengan minah-minah India kat Malaysia neh..kwhahahahahahaha...aku ada terbaca satu laporan akhbar neh..sorang minah sanggup tolak pinangan sorang ustaz sebab tergila-gilakan Rauf,seorang Bangla dari Bangladesh(duh..)..sebab?muka macam hero hindustan katanya...kwhahahahahahhahahahahahaha..

6-Seekor rapper yang bernama Caprice
Aku tertengok video clip Dem Girls nya di Hitz TV aritu..kendian terpacul perkataan ini tanpa aku menyedarinya..."macam haram lagi"..sorry..bukan aku bias terhadap penggiat seni aliran hop-hap neh tapi aku menyampah tengok..lagu boleh blah,tapi disebabkan gaya dan video klipnya macam haram lagi,aku terus menjadi judgemental..hahahaha..walaupon awek-awek dalam video klip tu cun-cun,ia takkan mengubah pandangan aku..

7-Portal Perkahwinan Mawi dan Ekin
Semua pasal Mawi dan Ekin ada kat portal tu..portal apa pon aku tatau tapi yang aku tau,sumanya takdak faedah..Kisah pertemuan,rancangan bulan madu,posisi kegemaran semasa bersenggama,kekuatan batin masing-masing,segalanya ada tersedia di portal tu..ON MAWIKOTE dan hantarkan ke 696969..

8-Raja Lawak Astro
Walaupon aku selalu jugak tengok,tapi aku rasa tak patut Astro seksa peserta-peserta tu macam tu..diorang tak sedar tu yang diorang dibayar hanya untuk memperbodohkan diri-sendiri di kaca mata Malaysia..lawak?tak lawak...bodoh?yaa..memang bodoh..

9-Sinetron-sinetron Indonesia
Sungguh buat aku nak terkentut-kentut keluar tahik apabila aku "ter"tengok sinetron-sinetron bodoh yang diimport dari Indonesia neh..diulang,"ter"tengok..Penangan Bawang Putih Bawang Merah suatu ketika dahulu,televisyen Malaysia sekarang telah menjadi Televisinya Indonesia dong..99% drama yang disiarkan di rangkaian televisyen Malaysia sekarang adalah sinetron-sinetron bangang kecik-kecik tanak mampus,besar-besar menyesatkan akidah orang dari Indonesia neh..aku pon sesat jugak tapi takdak la sampai mintak tolong kat Peri-Peri yang pakai baju "Tarzan"..lagi 1% drama Makcik-Makcik dan Akak-Akak Bimbo Malaya...kalau aku tengok filem-filem Prof A Razak tu aku terpaksa merendahkan IQ aku,kalo aku tengok sinetron-sinetron Indonesia pulak,aku terpaksa menghilangkan terus IQ aku lalu menjadi orang gila,barulah aku leh layan cerita merepek sinetron-sinetron neh..

10-Konsol permainan PS3..
Sungguh celaka sapa yang cipta menatang neh..aku tadak duit la bodohhhh nak beliiii!!!!

Monday, January 26, 2009

Aku yang sedang gelak besar...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...

Lawak gila wa cakap lu..tadi time aku gi makan ngan Chenta kat satu warong neh,aku bacala surat khabar Kosmo neh..tajuk depan dia pasal sorang minah neh yang baru balik setelah beberapa hari lari daripada rumah...belek punya belek,aku baca la laporan penuh dia..then,aku gelak..lawak la plak minah tu..umur baru 16tahun kot..sebab lari dari rumah?sebab mak tegur dia selalu sangat main SMS..KWHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA...GILA BODOH BUDAK TU...

okay..aku pon nak lari dari..sebab?mak aku suka berletiaq(berleter dalam bahasa mudah pahamnya) kat aku sebab asyik menghabehkan beras ja kat umah...

Hari pertama Pelarian
Munkin aku akan menumpang rumah kawan aku..mana-mana kawan la..ada banyak pilihan..kat Jitra saja ada 30++ pilihan..makan aku nak suruh diorang support aku jugak..tak kira..Pak Ya dan Che Yah munkin akan pikir aku lepak rumah kawan-kawan tanpa berasa sedih..takpa..

Hari Kedua Pelarian
Disebabkan kawan-kawan aku dah meluat tengok aku dan menghabehkan beras di rumah mereka,munkin aku akan ditendang keluaq..munkin aku akan pergi menumpang kasih dan tidur di Cyber Cafe rakan aku sorang neh..kat situ pon dah ada orang tumpang tidoq..takkan aku tak bleh..arini aku diet sebab tadak duit nak makan..munkin akan nasik bujang dan air kosong apabila lepak di malam hari..Pak Ya dan Che Yah masih cool...takpa...

Hari Ketiga Pelarian
Aku akan still melepak di CC rakan aku itu..dapat men internet free..men internet tak rasa lapaq sangat kot..perbelanjaan kena jimat dan teratur..makan sehari sekali...munkin akan bermain kembali game online RYL..dulu aku boleh tak makan sehari sebab main game tu..Baju,seluar,spenda suma tak payah tukaq..Pak Ya dan Che Yah masih maintain cool..munkin diorang pikir aku pergi camping...takpa..

Hari Keempat Pelarian
Tokei CC dah bosan tengok muka aku..apabila dia bosan,dia mengajak kami bermain futsal..okay,malam neh pukul 12malam..nak main 2 jam...aaaaaaaa...munkin aku akan balik rumah mintak duit kat Pak Ya dan Che Yah sebab nak main futsal...okay..balik rumah kejap..mintak duit..kendian lari dari rumah balik...langkah akan diulangi sehingga aku bosan...Pak Ya dan Che Yah maintain cool sambil bermain American Football kat belakang rumah..

Tu la..sapa suruh berletiaq kat aku sangat..kan aku dah lari dari rumah..tapi kenapa Pak Ya dan Che Yah tak report pasai kehilangan aku kat Kosmo pon..

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Tuesday, January 20, 2009

Aku yang Rawak..

1-Perkahwinan Mawi dan Ekin memeningkan kepala aku..Bot?Kuda?meletup-letup?Tema Arab?Gila...Tema Arab?sedangkan mereka sendiri asyik nak berperang sesama sendiri,inikan pula nak dijadikan tema perkahwinan?macam parti budak2 form 5 yang baru nak kenai dunia la plak..okay,tema perkahwinan aku nanti,The Lord of The Ring..haaa amik ko..cincin kawen tentulah cincin the lord of the ring tu..hehehehe..tapi tunggu la aku menang Akademi Fantasia dulu..

2-Krisis di Asia Barat mengundang sumpah seranah dari aku..aku tak akan tengok laporan berita pasal krisis di sana..sebab aku tak suka..

3-Aku nak skate balik..serius..aku nak skate balik..sapa2 yang ada duit lebey tu,sila sponsor saya complete deck baru yaa..saya amat menghargai kerjasama anda..

4-aku tatau kenapa aku selalu tengok Raja Lawak Astro musim ke-3...munkin aku dah bosan kot tengok dokumentari yang diulang di Discovery apa suma..tapi aku still nak tengok Raja Lawak Bodoh tu,maybe sebab aku suka tengok orang memperbodohkan diri mereka kot..hehehehee..ada jugak peserta yang berbakat..

5-aku memerlukan kerja sambilan buat masa ini..duit sudah tidak datang dengan sendirinya sekarang..damn..

6-aku dah semakin susah nak tidow malam..masa tidow aku sekarang pukul 6 pagi..bangun pukul 2 petang..ini mengundang kemarahan..*sigh*

7-what you give you get back..

8-aku lapaq kfc tapi aku tamau makan kfc sebab kena boikot barang Amerika la katakan..tapi aku pakai t-shirt Batman aku..aaaaaa..kena bukak baju la camneh...aaaaaa..aku dah pening...

9-Che Yah semakin hari semakin suka berletiaq kat aku..hishh..

10-Aku nak keja..sekian..

Sunday, January 4, 2009

Kisah "Pakcik Maneh" di Pulau Singa

Suatu petang yang damai di Pulau Singa,Langkawi,saya bersama rakan yang bernama Roy,ingin membuang tahik cherry berry lalu kami pon menuju ke sebuah tandas yang terletak di dalam hutan di belakang jeti tempat kami berkhemah..(berkhemah la sangat)..waktu itu jam sudah pon menunjukkan pukul 6.45 petang..senja-senja ubi kata orang..disebabkan tahik cherry berry yang sudah di ujung kolon,kami gagahi juga untuk ke tandas walaupon orang-orang tua dah pesan yang jangan berak waktu senja,nanti dapat bini tua..walaupon tiada kena-mengena,kami tetap meneruskan perjalanan ke tandas tersebut..

Setibanya kami di sana,kami berjumpa dengan seorang lagi makhluk besar iaitu saudara Bob..dia pon nak tercherry berry..tak guna..so,jamban ada dua..karaoke jamban tadak..aku bagi Bob ngan Roy "berry" dulu..aku pon tunggu kat luar menjaga keselamatan mereka...

Tiba-tiba..

"SYUHHHHHHHHHHHHH...SYUHHHHHHHHHH...SYORGHHHHHHHHHHHH!!!"(bagi mendapatkan feel seram di sini,sila baca dengan vokal Dani Filth from Cradle of Filth..

Kedengaran suara dari belakang jamban...

"Ikshhh..sapa pulak yang dok halau monyet dalam hutan neh?"Bisik hati kecilku..

Buat tatau sudah..ada pakcik mana2 dok halau monyet kot maghrib2 neh...so,aku pon still maintain cool seperti selalu...

"Woi Munky Hanjeng,hang ada dengaq?"Tanya Roy setelah keluar dari jamban...

"Ada..sapa yang dok halau monyet?Aku tau la nickname aku Munky,takkan halau aku kot?"Balasku..(ayat belakang sengaja ditambah..harap maklum)

"Tah..ada orang kot.."Balas Roy..

"Kay,hang pi berry pulak.."Suruh Roy agar aku cepat2 berry..manakala Bob pon sudah menunaikan hajatnya menyunting tahik di taman...

Setelah selesai,aku dan Roy pon bergerak pulang..Semasa dalam perjalanan pulang,tiba-tiba Roy dengan gelabahnya..

"Sapa dok cakap kat belakang kita???"tanya Roy dengan muka gelabahnya..

"Aku tak dengaq pon.."balas diriku separa chuak...

"Dah dah..jom jom"...kami pon berlalu pergi dari tandas tu...

Malam itu,abang Tom yang menjaga tempat itu merangkap kami punya tour guide membuat sesi bercerita hantu..damn..aku yang masih cool tiba-tiba...

"Tom,petang tadi ada orang dok halau monyet ka kat dalam hutan nun"..tanya Roy...

"Awat?hang dengaq orang dok halau monyet ka?"Kata Tom berserta senyuman sinis...

"Pulau neh ada hangpa ja..orang luaq mana boleh masuk.."Tom berkata-kata dengan machonya..

"Yang hangpa dengaq tu,hangpa paham2 sendiri la noh..memang "dia" dok jaga pon tempat neh..."sambung Tom..

GULP!

Terima kasih "Pak Long Maneh" sebab tak tunjuk muka....

Saturday, January 3, 2009

Aku nak post jugak pasai Mawi dan Ekin

Sempoi gila..nak kawen pon siap ada ON KOTEMAWI..exploit gila babeng punya..kalah Siti Nurhaliza..kalo Siti tahu,mesti dia buat ON MISAI dulu...

Untung jugak jadi artis mee segera neh..okay..Akademi Fantasia!!!im on my way...hell yeahh!!!

Mood itu penting..

Lama dah aku tak post apa2 kat blog neh..semenjak aku balik Jitra neh,aku dah jarang on9..datang cc pon kadang-kadang ja..tu pon sebab nak beli cikedis kat cc neh..alang2 mai cc,on9 la kejap..hehehehe..rumah aku takdak tenet mahupon wireless free dari mana2 kopitiam berdekatan..hanya ada Pak Ya dan Che Yah,internet bergerak aku dimana segala gosip2 panas tentang makcik2 Jitra akan disampaikan dengan lantang sekali..so,aku dah payah sket nak on9 neh..nak suruh Pak Ya pasang internet,karang dia pasang Karaoke jamban plak kang,mau naya aku..tak pasal2 kena jadi Chris Brown..tak gitu Elin??kwhahahahaha...

Ada banyak benda nak tulih sebenaqnya..tapi mood tadak..Pasai Mawi dan Ekin,pasai Abang Rempit macho yang aku jumpa aritu,pasai adik aku bersunat dan aku nak suruh dia beli Nintendo Wii dengan duit dia,pasai trip aku pegi Pulau Singa kena halau ngan hantu,macam-macam..tapi tak berkesempatan..chewahhh..

Takpa..slow-slow..akan aku update blog busuk hanjeng aku ini..

By the way,aku akan bertandang ke Kuala Lumpur hari selasa neh..sekian..