Sunday, January 31, 2010

Peringatan untuk minggu ini..

Perlawanan bola di antara kelab-kelab EPL banyak mempengaruhi cara pemakaian aku...

Jadi semalam Manchester United telah berjaya mengalahkan Arsenal....

Jadi....

Tak boleh pakai jersi Man Utd untuk seminggu akan datang kerana nanti tak pasal-pasal akan ada satu team Man Utd di dalam komuter...Ali,Abu,Kassim,Shukor,Chin Hua,Gunalan,Firdaus,Gunasegaren,Pongkrang Chaprokang,Mas Joko,Surti Tejo,Abdullah,dan tidak ketinggalan Bong Radin...

Bila menang,menyinga..bila kalah menikus...jadi aku lagi suka untuk menikus walaupon Man Utd menang....

Anda bagaimana...?

Saturday, January 30, 2010

Through the fire and flame..

Cahaya ufuk matahari barat semakin mencucuk-cucuk bibit-bibit muka aku..peluh jantan terus mengeluarkan haba yang terpendam di dalam badan ini bagi menyejukkan sedikit badan aku yang semakin meningkat kadar habanya..aku menunggu dan menunggu...

Kiri kanan penuh dengan tentera-tentera yang bersiap sedia..masing-masing berpakaian lengkap kesatria perang...masing-masing berdebar...berdebar menantikan kemunculan kenderaan rasmi kerajaan yang boleh membawa kami ke penghujung cahaya keamanan...aku juga berdebar...aku dah agak dah benda neh akan terjadi..tetapi demi cinta agong,akan ku gagahi juga memasuki peperangan ini...

Kenderaan rasmi perang kerajaan muncul..berpanji kuning di kepalanya...kelihatan pemandunya begitu gagah dan perkasa...sesuai dengan kerjanya sebagai seorang yang menjadi watak penting di dalam peperangan ini..dan sekeliling menjadi semakin huru-hara...kesatria-kesatria telah bersedia untuk memasuki kenderaan rasmi itu..

"Ahhh..sudah"getis hati kecilku...

Peperangan sudah bermula..akan ku gagahi juga!

Aku memasuki kenderaan rasmi kerajaan dan bermulalah sebuah epik perang...

Peperangan menahan bau-bau kesatria yang begitu enak lagi cantik aromanya....

Kan gua dah cakappppppp..JANGAN KELUAR NAIK KOMUTER PADA PAGI HARI THAIPUSAM..lu degil..skang rasakan penangan perang saraf selama sejam perjalanan dari stesen komuter UKM ke Sg Buloh...

Friday, January 29, 2010

Kisah Abang Mara Bahaya

Episod 1

*Sila insert lagu Marabahaya nyanyian E.A.R Project Featuring Saint Loco sebagai lagu tema..lagu yang sedap didengar ketika nak tidur..tak percaya??cuba..korang akan bermimpi membawa kereta Evo 10 sambil orgasm...

Sedang Abang Mara dan RakanGebu sedang berehat di kafe Kolej...(sambil kedengaran makcik-makcik ortodoks sedang membincangkan tentang kain langsir,kain Jakel,pinggan mangkuk,dan jugak anak-anak orang lain yang jahat sedangkan anak-anak mereka lagi mangkuk ayun....)

Sambil menyuap nasik lauk ikan pari...

Abang Mara-Gua rasa kita patutmain futsal la malam neh?Lu ada beran lawan gua?

Rakan Gebu-Gua Shukor Adan..Football Asiaaaa..of course la gua berani..

Abang Mara-Gua macam Zaquan Adha...sebab gua main tak pandai,gaya jer lebey...

Rakan gebu-Nasib baik FAM korupsi kan?Kita dua sahih dah main kat Ladang Bikam jer...

Abang Mara-Hehehehehehe..betul betul betul..(sambil gigit peha ayam..bagi mendapatkan efek comel Upin dan Ipin)

Tiba-tiba melintas pula seorang gadis di hadapan kami...Putih,tinggi,bermata biru(ya..biru!),berambut blonde,make-up seadanya,tumit tinggi,dressing tak kalah.......

Rakan Gebu-Huihhh!!neh mesti minah salleh..takpon anak Pak Salleh...

Abang Mara-Tu la...tak sangka Kolej kita ada program exchange students kan?

Rakan Gebu-Tu la...sebagai sebuah kolej yang mementingkan pendidikan berkualiti,kita patut mewujudkan lagi program-program seperti ini...(sila baca separa skema...)

Abang Mara-Tu la...gua sokong lu...nnti gua lantik lu jadi Menteri Pendidikan la..lu boleh naikkan gaji gua..Gua mau sambar Supra Skytop 2 la...

Rakan Gebu-Bagus-bagus...lu akan jadi kroni gua..nnti gua kasik lu projek juta-juta...lu boleh la sapu sket buat beli keta BMW ker,Ferrari ke,Mercedes ker,sebab kalo lu keja kerajaan and makan gaji jer,tak dapat jekkkkkk lu nak beli suma tu..lu kena amik rasuah sama korupsi jugak lu taw?

Abang Mara-Tau tau...eh,minah tu nampak lost laaaaa..maybe dia sesat kot...ko pegi tolong dia...kesian plak gua tgk...dah macam kera sumbang mahram dah tu...

Rakan Gebu berjalan menuju minah tersebut.....

Rakan gebu-Hello there student...is there anything that i can help?Are you lost or what?If you're lost,then it's my pleasure to help you since this is your first time in this college..or probably in Malaysia...is there anything that i can help?

Minah Mata Biru Rambut Blonde-OOOOOOO..baguh-baguh..demo neh tok tau hok mano nok pogi neh..sesakk habeh dohhhh..tatau nak tubikkkk manooooooo..pejabakkk Puan Aida manooo..neh nak daftaaaa tok tahuuu manoooo...

Rakan Gebu berjalan menuju ke arah aku....

Rakan Gebu-Sekali orang German daaaaaa...gua mana paham...tak dapat la gua nak tolong...

.....dan kami terus kembali berdiskusi.....

Kembali...

Malam neh tiba-tiba aku rasa nak terbukak blog aku neh..Setelah aku menjadi Abang Mara Bahaya,tiada yang seronok terjadi..tidak seperti kisah-kisah Abang Watson dulu..dan aku dah ada beberapa kerat followers..dan aku terpikir......




Abang Mara Bahaya akan memulakan tugas!!!!!