Monday, September 16, 2013

Pondan

"Cilakak punya mamat tu..Meluat gila aku dengan dia..Macam bagus-bagus jer aku tengok.."..getus Rakan Hitam gua satu hari..

"Tak puas hati awat hang dengan dia?Dia ada carik pasai ka dengan hiang?"..tanya aku gua secara lembut..

"Takder lerrr..Buat macam bagus-bagus jer..Tahulah hidup lagi sempurna pon..Jangan nak menunjuk-nunjuk sangat boleh tak?Meluat siakkk!"..marah Rakan Hitam..

"Dia tak cari pasai dengan hang pon kan?Hang nak marah kat dia pasaipa?"..tanya gua konpius...

"Ahhhh carik pasal ker,tak carik pasal jer,aku tak puas hati.Biar ah!!"..kata Rakan Hitam..

"Ahhhh macam lah hiang akan puas hati dok kutuk-kutuk dia neh.."..balas gua..

"Ahhh boleh..Balik nanti aku buatlah akaun Facebook palsu letak nama Tristana Evans ker,Sopeah Cullen ker,apa-apa ker,aku komen la buruk-buruk kat page mamat yang aku tak puas hati tu..Dia bukan tahu pon.Nak panaskan lagi keadaan aku akan komen semua dalam CAPS LOCK..Nampak macam aku tengah marah kan..?Kan?Kan?.."..Jawab Rakan Hitam..

"Pondan kalau kawen ngan Pondan boleh dapat anak dak?"..tanya gua perlahan..

"Bodoh..Pondan tu kan laki..Kawen dengan laki jugak,mana nak boleh dapat anak..Taik dapat la!!.."..jawab beliau..

"Abeh tu mana mai hang???Pak mak hang tobat pondan,dapat anak pondan macam hiang neh?"..Jawab gua..

True story..

Be a man..Unless you are a girl trying to be man..Grin

Thursday, August 22, 2013

Kenapa tak update blog dah Abang Hanjeng..

Neh aku dah update dah satu entri lepaih berapa bulan aku biaq blog neh tak update..

Puas hati?

Thursday, April 18, 2013

MASH is the name!!

Enough reasons in shouting out my admiration for this group of cyclists!!




Saturday, February 2, 2013

Di sebalik tabir Abiang bertunang..

Haa,hangpa dok tanya aku bertunang ka dak kan?

Yaa,abiang dah bertunang...dan tiada siapa lagi yang boleh cerita dengan penuh details dan sweet macam ehem ehem abiang sendiri..

Do pay her blog a visit..A sweet blog from the sweetest person i've ever known..(okay,mesti dia tengah kembang kempiskan hidung dia..hish hish)..I love you no matter what comes between us,don't worry my sweet little princess of heart...

Blog Tuan Puteri Bertunang...Click click!!

Okay,abiang nak pegi mandi lulur dulu..awwwwwwwww...!!!

Wednesday, January 23, 2013

Hikayat Mat Tera Episod 2

Previously on Hikayat Mat Tera..

Muzik saspen,dan sedutan pon bermula...Episod 1 Hikayat Mat Tera

Dan sekarang,episod 2....

Munawab mundar-mandir di dalam rumah.Ke kiri kanan rumah.Dapur,ruang tamu,bilik tidur,stor,reban ayam,mahupon jamban sekalipon dia dah mundar-mandir dalam tu.Mujur bapaknya,Pak Binawe dah lempang si Munawab di dalam jamban tadi kerana mundar-mandir di dalam jamban menggangu beliau sedang memerut,kalau tidak,munkin Munawab akan mundar-mandir dalam lubang jamban pula.

"Celaka punya Mat Tera.Dimalukannya aku depan kawan-kawan aku.Mana aku nak letak muka aku neh?Geram betul aku!"..berfikiran sendirian beliau di hadapan rumah.Tangan beliau mengusap-ngusap muka.Pedih akibat dilempang bapaknya yang sememangnya garang.

"Woi lahanat!!Yang kau kacau aku nak berak tadi pasaipa???"..sergah bapaknya dari belakang.Geram beliau masih terasa dengan Munawab.Tak sempat nak potong taik,terputus di tengah jalan.

"Maafkan saya bapak.Saya tengah runsing.Memikirkan tentang seseorang.Begitu perit hari saya ini bapak."..balas Munawab sambil mata dah berlinang kena marah dengan bapak beliau.

"Hang pikiaq pasai Siti Kuntum anak si Mat Kantumi tu ka?..tanya Pak Binawe.

"Bukan bapak.Walaupon Kuntum tolak cinta saya,saya masih boleh terima.Tapi ni pasal sorang mamat neh.Budak baru pindah sini.Mat Tera nama dia.Anak Pakcik Power.Mat Tera Bin Power.Bapak kenal?"..tanya Munawab

"Ohhhh anak si Pak Power tu.Kenal sangat.Kami sama-sama satu sekolah dulu.Dia powerrrrrrr.Boleh main bola.Dia powerrrrr.Ramai orang kata dia powerrrrr."..explain Pak Binawe sambil tunjuk sign good-good kat depan muka Munawab.

"Saya tahulaaaa nama dia Power,takyahlah nak ulang 2 3 kali.Saya bukan bodoh."..balas Munawab sedikit marah.

PANG!

Melekat lagi satu penampar di sebelah muka Munawab.

"Gua nak cakap dia hebat la lahanat!!..marah Pak Binawe.

*********************                                                                                       .....Bersambung.....

Hikayat Mat Tera Episod Pengenalan

Pada suatu hari,di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Tercantik Tahun1992,kampung yang dahulunya dikenali dengan nama Kampung Teratai Mekar Di Jambangan Orang tetapi telah ditukar secara pukal oleh ketua kampung yang takbur dengan kemenangan kampung beliau pada pertandingan kampung tercantik peringkat daerah tahun 1992, berjalanlah seorang pemuda bernama Mohd Tera bin Power menuju ke sungai di hujung kampung.Panggilan manja beliau adalah Mat Tera.Anak kepada Encik Power bin Abdul Karim,seorang guru disiplin di sebuah sekolah di daerah ini.

"Sepanjang perjalanan ini,lembah dah lurah ku renangi,ketenangan yang ku cari.." siul Mat Tera,sambil meyusuri denai-denai hijau di kiriiiiiiii dan kanannnnnnn kiriiiiiii kiriiiiiiii kiriiiiii kanan kiriiiipppppp seperti berkawad.Mat Tera adalah seorang pengakap merangkap AJK masakan pasukan pengakapnya.Seorang yang aktif sukan perah span air kasik taruk dalam botol.

Sambil berjalan dan melompat-lompat di hujung kaki keriangan,Mat Tera melalui padang bola kampung tersebut.Kelihatan beberapa pemuda harapan kampung sedang bermain bola sepak.Sebagai penyandang juara La Laga Kampung,pemuda-pemuda tersebut yang dikaptenkan oleh saudara Munawab Bin Binawe kelihatan begitu bersungguh-sungguh training cara tahan bola yang betul sebagai menyahut seruan FAM supaya semua player Malaysia boleh tahan bola dengan betui dan bola tak  pi serelong dari kaki bila nak tahan bola ketika perlawanan besar.

"Eh,sapa pulak tu?Tak pernah nampak pon sebelum neh"..tanya Munawab kepada rakan pasukannya yang rata-rata terdiri daripada gangster-gangster kampung.Walaupon gangster,mereka tetap patuh kepada Munawab kerana Munawab anak ketua kampung tersebut.Bapak beliau Binawe Bin Lahabau begitu dihormati di kampung tersebut dan cukup dikenali dengan sikap panas baran beliau mahupon sikap panas plak aku tengok kau neh.Begitu garang sekali bapak Munawab.

"Tu budak baru pindah tu Bos Munawab.Dia mai dari kampung seberang.Bapak dia kena transfer dengar cerita"..jawab seorang pengikut setia Munawab yang bernama Ajis Lintah.Seperti namanya,Ajis adalah lintah darat.Bapak dia lintah bulan.Mak dia lintah sungai.Cukup darat,udara,dan air,seperti tentera pula.

"Panggil dia datang sini.Aku nak interview!"..arah Munawab kepada Ajis Lintah.

"Woi budak!!!Sini kau!!!"..jerit Ajis Lintah sekuat-kuatnya,tetapi perginya alaahhh ciput..Suara halus...

Mat Tera pon tanpa banyak songeh,menyusun langkah menuju ke group Munawab.Dengan muka tak bersalah,dia berdiri di depan Munawab.

"Hang budak baru kat sini ka?Nama??!!!"..tanya Munawab garang.Segarang bapaknya,Pak Binawe.

"Mat Tera"..ringkas jawab Mat Tera tanpa berasa sedikit guntar dengan Munawab.

"Hang pandai main bola!!??"..tanya Munawab lagi.

"Pandai"..balas Mat Tera sambil matanya meliar memandang setiap geng Munawab.

"Kalau macam tu,aku nak hang main bola dengan kami.Hang geng sorang,kami geng semua!!Hahahahaha!!"..cabar Munawab kepada Mat Tera dengan angkuhnya.Buli memang hobi beliau.Kalau beliau tulis biodata dalam buku kulit tebal kawan beliau,beliau juga akan tulis "Buli" sebagai hobi beliau selain Makanan Kegemaran beliau iaitu Nasi Ayam dan Minuman Kegemaran Fresh Oren.Huruf M dan K diletakkan sekali diantara dua-dua point.

"Mana boleh macam tu.Kalah la saya"..jawab Mat Tera.

"Hang kata hang tera"..ajuk Munawab..

"Ya,saya Tera"..jawab beliau ringkas.

"Ha dah kata tera,awat takut??Tadak teloq ka"..sindir Munawab.

"Tapi mana adil 1 lawan 11.Itu penindasan hak asasi manusia."..explain Mat Tera..

"Tadi hang kata hang tera.Kalau hang tera,jom la!!!"..suara Munawab tinggi mencabar Mat Tera.

"Ya,saya Tera"..jawab Mat Tera lagi.

"Haaa jom la lawan!!!Tak power la hang neh!!!"..jerkah Munawab..

"Power tu pak saya,bukan saya.Saya Tera"..jawab Mat Tera lagi sambil mata terkebil-kebil.

Munawab lagi terkebil-kebil...

********************************                                                                 ......Bersambung.........


Tuesday, January 22, 2013

Manly Tears!!!!

Gua percaya kepada muzik power..

Muzik power macam neh!!!



This..This...This is beyond words..

BUKAN MACAM LAGU AINAN TASNEEM SATU TONE SAJA YANG DIA BUAT LIRIK,LAGU DALAM JAMBAN TU!!!