Wednesday, March 25, 2009

Tips untuk menjadi insan berguna dan tidak dicemuh orang..

1-Jangan sesekali beli cokelat lolipop yang berharga RM0.60 jika tidak mempunyai duit kecik..RM50 yang anda gunakan itu lagi elok kalo anda pergi beli vitamin untuk mencerdaskan otak supaya anda tidak menjadi bodoh..

2-Tester-tester yang diletakkan di bahagian mekap adalah bertujuan untuk kita mengenal pasti warna dan tona yang sesuai semasa anda memilih barangan mekap anda..ianya bukan untuk anda menjadi make-up artist di situ dan menyolek rakan-rakan anda satu per satu sehingga menganggu pelanggan lain yang ingin membeli mekap..

3-Kita hendaklah saling hormat-menghormati antara satu sama lain..apabila Abang Watson atau Kakak Watson senyum tu,bukanlah bermaksud kami nak mengorat anda,janganlah dilemparkan pandangan enteng anda itu kepada kami..tolonglah,ianya hanyalah etika pekerja yang harus dituruti..dan muka anda yang seperti tong sampah itu,ditambah pulak dengan memek muka yang macam tayar lori sampah itu,hanya akan mengundang umpatan dan cacian daripada pekerja-pekerja Watsons..

4-Apabila nampak Abang Watson neh sedang sibuk menjaga kaunter bayaran,dan ramai pula pelanggan yang sedang menjalankan urusan jual-beli dengan Abang Watson,jangan nak mengada-ngada suruh Abang Watson neh pergi tolong carikan pembersih muka jenama Safi,sebab karang tak pasal-pasal ja muka anda akan dibasuh dengan cecair iodin untuk merawat luka di muka...

5-Apabila Abang Watson mengucapkan terima kasih,janganlah sesekali berterima kasih balik kepada Abang Watson..contoh situasi:
Abang Watson-Semuanya RM54.80..'kcing kcing'..ini bakinya Incek..Terima kasih
Incek Abdul(Bukan nama sebenar)-Terima kasih
Abang Watson-Sama-sama..(aku yang terima kasih,aku jugak yang sama-sama..macam orang gila la plak rasa..damn)

6-Kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil,janganlah biarkan anak-anak anda kencing berlari-lari didalam premis..sebelum anda berlari ke hospital membawa anak anda yang koma akibat ditendang bos aku,baik anda mengawasi anak-anak anda dengan sebetulnya...

7-Kepada couple-couple di luar sana,Watsons bukanlah tempat untuk anda beromen ya..sila cari hotel murah berdekatan bagi melempiaskan nafsu masing-masing..

8-Pastikan anda sudah membuat list barang-barang yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum datang ke Watsons..tidaklah anda kelihatan seperti orang bodoh mencari-cari apa benda nak beli..kalau tak tau nak beli apa,eloklah dilaburkan saja duit anda itu supaya senang di masa hadapan..

9-Sila buka topi keledar anda apabila memasuki premis Watsons..topi keledar tidak boleh dipakai di dalam premis..tidak pernah ada laporan kemalangan jalan-raya yang berlaku di dalam premis Watsons..anda selamat di sini..

10-Janganlah mencuri..ianya perbuatan yang tidak bermoral..sebelum mencuri,fikir-fikirkanlah akibatnya kalo kantoi kena tangkap..pelempang bos aku yang sememangnya garang..

Wednesday, March 18, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 4

Semasa sedang ditugaskan untuk menyusun barang-barang yang baru sampai,Abang Watson Kacak didatangi seorang Abang Rempit yang begitu hensem mukanya,sehensem tapak kaki cagu aku ini...

Abang Rempit-Ni nak tumpang tanya sket neh..

Abang Watson-Kalo aku tamau jawab pertanyaan hang,hang nak buat apa kat aku?(separa kerek disebabkan sikap anti-rempit yang aku hidapi sejak sekian lama)

Abang Rempit-Kereknya Abang Watson..saya amat kagum dengan ke"kerek"kan Abang Watson..nasib baik saya datang seorang diri..kalo saya datang dengan geng-geng rempit bodoh saya yang ramai nun,mati Abang Watson..tapi saya seorang diri la Abang Watson,lemah dan tak berdaya..minta maaf Abang Watson..

Abang Watson-Tau takpa..haaa..hang nak tanya apa tadi?

Abang Rempit-Neh,saya nak cari apa nama tah tuuu..alaaaa..yang nak test mengandung ker tak tuu..apa nama tah tuu..tau dak?

Abang Watson-Pregnancy test?

Abang Rempit-Haaaaa..yang tu laaaa..sila maafkan kebodohan saya wahai Abang Watson..

Abang Watson-Abang maafkan kebodohan adik...sebentar ya,walaupon aku meluat kat hang,aku akan tolong hang amik menatang tu..

Seketika kemudian....

Abang Rempit-Oooooo..yang neh..neh camna nak guna neh?

Abang Watson-Lerrrrrrrr..yang tu pon tak tau?Hang suruh la awek hang ka,bini hang ka,adik perempuan hang ka,BERAK atas menatang neh..nnti dia tunjuk la keputusan samada mengandung ker tidak..tu pon tak tau..

Abang Rempit-UIHHHHH..ada ka plak berak ataih benda neh..Abang Watson jangan wat lawak bodoh kat sini..satgi saya call kawan-kawan rempit bodoh saya satgi,nahas Abang Watson..

Abang Watson-Ingat aku takut?

Abang Rempit-Serius la Abang Watson..camna nak guna benda neh..

Abang Watson-Hehehehe..aku melawak ja tadi..manada orang berak atas benda neh...

Abang Rempit-Abeh tu macam mana?

Abang Watson-Hang suruh ja awek hang tu kulum hujung pregnancy test neh..tunggu la 15 minit,nanti dia kuaq la result dia..

Abang Rempit-Ohhhhh..macam tu..terima kasih Abang Watson Kacak...

Abang Watson-Sama-sama..(bercakap di dalam hati..bukan salah aku untuk menjadi prejudis terhadap golongan rempit ini..maafkan aku)

Aku terus menyambung menyusun barang-barang yang baru sampai..sekotak kondom pelbagai jenama...disebabkan aku saja lelaki yang bertugas untuk hari itu..

Wednesday, March 11, 2009

Laporang Kerja Untuk Hari Ini Episod 3

Situasi-Sedang mengemas bahagian pencuci aaaaaaa..sapa tau dia tau la..(kenapakah agaknya aku selalu ditugaskan untuk mengemaskan rak-rak di bahagian neh?)..didatangi 2 orang gadis...

Kakak "Bimbo" Malaya No 1-Adik adik..do you have any scar treatment oil..?alaaaaaaaa...what is it aaaa..alaaaaaa...Bio-Oil?a,ahh..yes yes..that one..do you have any?

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Yes..yes..that one..i know its good for you to hilangkan the scar you know..(sambil tuding-tuding jari bercakap dengan Kakak "Bimbo" Malaya No1)..Do you have parutttttt..???kikikikikiki..(gelak-gelak dengan nada gedik)

Abang Watson masih mendiamkan diri...

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Yeahhhh..it's tak best you know..kikikikiki..(gelak-gelak dengan nada gedik)....adik..ada tak minyak tu?for you to remove scar parut tuuuuu?

Abang Watson-Huh?(dengan nada tercengang)

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Ada tak ubat untuk hilangkan parut..?Alaaaaaa..untuk hilangkan scar,parut-parut tu..do you have it?The scar ataupon parut treatment oil tuuu?Tak paham ker?(bercakap separa sombong dengan nada Bimbo yang sedang marah..sila bayangkan Paris Hilton tengah marah)

Abang Watson-Maaf kak..saya tak paham..

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Adikkkkk..ada tak ubat untuk hilangkan paruttttt...??macam minyak Bio-Oil tuuuu...ada takkkk...???

Abang Waston-Owhhh..Bio-Oil..ada ada...sebentar ya..

Kakak "Bimbo" Malaya No2-Kikikikikiki..tak paham rupanya tadi..

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Yeahh..he don't understand what i say laaa..

Seketika kemudian..

Abang Watson-Here you go miss..Bio-Oil,just like what you want..It's good for scar treatment and many people had bought it.it's RM32.80,and you can pay for it at the payment counter,which is located up in-front..If there's anything that i can help you,just let me know..as a Sales Coordinator of this Watson outlet, it is my responsibility to help and assist the customers.its my pleasure to help..thank you..do you need anything else miss?

Kakak "Bimbo" Malaya No1-Tadak apa dah aih..nak beli ni saja..terima kasih la noh...

Abang Watson-You're welcome...

Aku terus menyambung kerjaku yang tertangguh sembil dalam kepala hotak memikirkan cara nak mendapatkan Rm1Juta dalam masa sehari...kepala hotakku terus melayang-layang tanpa memperdulikan dunia luar...