Wednesday, January 23, 2013

Hikayat Mat Tera Episod 2

Previously on Hikayat Mat Tera..

Muzik saspen,dan sedutan pon bermula...Episod 1 Hikayat Mat Tera

Dan sekarang,episod 2....

Munawab mundar-mandir di dalam rumah.Ke kiri kanan rumah.Dapur,ruang tamu,bilik tidur,stor,reban ayam,mahupon jamban sekalipon dia dah mundar-mandir dalam tu.Mujur bapaknya,Pak Binawe dah lempang si Munawab di dalam jamban tadi kerana mundar-mandir di dalam jamban menggangu beliau sedang memerut,kalau tidak,munkin Munawab akan mundar-mandir dalam lubang jamban pula.

"Celaka punya Mat Tera.Dimalukannya aku depan kawan-kawan aku.Mana aku nak letak muka aku neh?Geram betul aku!"..berfikiran sendirian beliau di hadapan rumah.Tangan beliau mengusap-ngusap muka.Pedih akibat dilempang bapaknya yang sememangnya garang.

"Woi lahanat!!Yang kau kacau aku nak berak tadi pasaipa???"..sergah bapaknya dari belakang.Geram beliau masih terasa dengan Munawab.Tak sempat nak potong taik,terputus di tengah jalan.

"Maafkan saya bapak.Saya tengah runsing.Memikirkan tentang seseorang.Begitu perit hari saya ini bapak."..balas Munawab sambil mata dah berlinang kena marah dengan bapak beliau.

"Hang pikiaq pasai Siti Kuntum anak si Mat Kantumi tu ka?..tanya Pak Binawe.

"Bukan bapak.Walaupon Kuntum tolak cinta saya,saya masih boleh terima.Tapi ni pasal sorang mamat neh.Budak baru pindah sini.Mat Tera nama dia.Anak Pakcik Power.Mat Tera Bin Power.Bapak kenal?"..tanya Munawab

"Ohhhh anak si Pak Power tu.Kenal sangat.Kami sama-sama satu sekolah dulu.Dia powerrrrrrr.Boleh main bola.Dia powerrrrr.Ramai orang kata dia powerrrrr."..explain Pak Binawe sambil tunjuk sign good-good kat depan muka Munawab.

"Saya tahulaaaa nama dia Power,takyahlah nak ulang 2 3 kali.Saya bukan bodoh."..balas Munawab sedikit marah.

PANG!

Melekat lagi satu penampar di sebelah muka Munawab.

"Gua nak cakap dia hebat la lahanat!!..marah Pak Binawe.

*********************                                                                                       .....Bersambung.....

No comments: