Sunday, February 13, 2011

Kabelisme

"Aku bengang betui la..."..kata Rakan Lost aku...

"Awat pulak?.."..balas aku separa minat..Tumpuan lebih ditumpukan kepada televisyen..Buletin Utama semakin mengarut..

"Sekarang neh nak mintak kerja,susah betui..Semua nak kena pakai kabel.."..sambung Rakan Lost sambil mengunyah punat di remote Astro..Lapar agaknya...

"Pakai kabel?Maksud kau,guna orang dalam untuk dapat kerja?"..kataku..

"Yer la..Ambil contoh disini,kalau kau nak kerja kerajaan,ko mintak tolonglah Pak Long kau,Pak Ngah kau ker,Ayah Cu kau ker,yang dah kerja besar supaya kira-kira sikit bagi ko lepas interview ker,lepas ujian tapisan ker,takpon kalau Pak Long kau orang besar,suruh jer dia kira kasi kerja kat ko.."..ulas Rakan Lost panjang sambil masih lagi mengunyah butang remote control Astro...Aku hulurkan kaki aku..Rakus diratahnya...

"Standard la tu..Kita hidup kat Malaysia bai..Sistem dia memang macam tu..Kalau lu nobody,pegi jahanam la kau kalau kau cuba nak mintak kerja masuk kerajaan..Semua ada kabel..Semua nak kena cari kabel..Sistem kroni..Kabelisme.."..balasku sambil menangis..Sebelah kaki dah habis dimamah Rakan Lost..

"Tu la..Payah tul..Aku baru ingat nak apply kerja jadi Pegawai Kerajaan.."..keluh Rakan Lost..

"Aku boleh ja tolong kau..Aku ada kabel baik punya..Tu pon kalau kau mau la.."..sapa aku sambil membalut luka di kaki...

"Pergh..Patutla kau senang sangat dapat kerja..Kabel besar!!Tolong tolong..Tolong la aku..."..rayu Rakan Lost semangat...

"Jap,gua col dia.."...balas aku..

Tritttt tritttttt tritttttt...

"*Click*Hello Pak Long...Apa habaq?.........Saya sihat-sihat ja......Semua pon sihat........Huh?Mak Long sakit?Laaaa..Awat tak balik berubat kampung??..........Ooooo...........Neh,saya ada hal sikit neh...Boleh tolong dak?.......Dakk,kawan neh,nak mintak reja kerajaan.........Ingat nak mintak tolong Pak Long la............HUH?TAK BOLEH?DAH TURUN..???WHAT DA HELL HAPPENED??TU LA HANG BODO SANGAT PASAIPA???PADAN MUKA HANG!!.........Dah dah,hang bukan Pak Long aku lagi,PTUIH!!!"...terus aku letak telefon laju-laju.....

"Apasal?Pak Long kau tak boleh tolong dah?"..tanya Rakan Lost kecewa......

"Tak boleh dah...Dia dah turun pangkat.Teruih aku takmau mengaku dia saudara aku.Ptuihhhh!!!...."...balas aku marah....

"Sapa Pak Long kau neh?"..tanya Rakan Lost...

"Hosni Mubarak"..balas aku selamba...

Pak Long Hosni aku hanya untuk 1981-2011

4 comments:

Rafhanah Mohtar said...

teruk dah rasanya kaki tu

Munky itu Hanjeng said...

dah jadi cacat sebelah..

cerryberry said...

sambil membalut luka hahhahahahahhahahahhaha sungguh pelar

Munky itu Hanjeng said...

berkorban apa saja..