Sunday, December 9, 2012

Kisah Ini

.................

Termenung sejenak aku petang itu..Menatap laman web Facebook sudah menjadi rutin..Bagi aku..Bagi kamu..Bagi semua..Aku turut terjatuh ke dalam dunia ini yang dikatakan cara mudah untuk kita semua berkomunikasi kebelakangan ini...Dunia aku..Dunia kamu..Dunia kita..Semua boleh dipaparkan di dalam satu mukasurat di dalam Facebook...Dunia aku pada ketika itu hanyalah aku,masa silam,dan kesedihan..Munkin..Facebook hanyalah rakan maya..Sunyi itu,satu kemunkinan..

Terdetik pada satu ketika semasa aku sedang asyik melayari laman Facebook,di bahagian "People You May Know",satu wajah yang menarik perhatian kesunyian aku..Tetapi kesunyian ini masih diikat dengan kenangan silam..Kenangan yang merantai satu hati yang telah penat dicederakan.."Kesiankanlah hati kau wahai sahabat",pernah suatu ketika ditegur..Cuma mampu tersenyum...Jadi,hanya mampu untuk melihat dari jauh laman Facebook gadis tersebut tanpa tiada niat apa-apa..Hanya mahu mengagumi wajah yang menarik perhatian kesunyian ku sahaja..Butang "Add as Friend" ditekan..dan hidup aku disambung seperti hari-hari lalu...

"Puteri Hati accepted your friend request"

Pada mulanya,aku tidak terdetik untuk cekidout lamannya..Biarkan sahaja beliau berada di antara "Friendlist" aku..Entah mengapa,aku tidak langsung terdetik untuk cekidout laman Facebooknya itu..Munkin perhatian aku pada masa itu adalah lebih tertumpu dengan masalah yang membelengu,iaitu kehidupan yang kurang stabil..Munkin aku lebih penuhkan masa aku dengan kayuhan basikal yang lebih menenangkan...Munkin juga sedang pening kepala memikirkan hari-hari mendatang yang perlu dirancang rapi agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan..Kerjaya,halatuju,kewangan,pelajaran,dan juga ibu bapa..Cinta itu pedih pada ketika itu,jadi tiada dalam perancangan...Tetapi Dia yang menentukan kehendak-Nya...Dia..yang Esa...

Setelah beberapa ketika,barulah aku terdetik untuk melihat siapakah gerangan insan yang bernama Puteri Hati..Lamannya ku buka..Dengan perlahan,aku terus meneliti siapakah beliau..Orangnya manis..Senyumnya menawan..Dari pemerhatian,beliau mempunyai karisma yang tersendiri..Ada kelasnya yang tersendiri...Kehidupan penuh warna-warni..Seorang yang menarik..Getus aku sendiri..Cuma mampu mengagumi dari jauh..Sehinggalah aku terpandang satu gambar beliau bersama abangnya..Abang kandung beliau...Eh,itu rakan lama aku...Bekas pelajar yang sama-sama menetap di asrama bersama aku dahulu...Adik beliau?

Lalu salam dihulurkan bertanyakan perkara sebenar..Bermula dengan komen secara bersahaja,sehinggalah ke komen bertanyakan khabar,sehinggalah komen yang boleh membuatkan aku tersenyum sendirian..Dari satu jurang antara dua orang asing,sehingga menjadi rapat,dari hari-hari ke hari,kami semakin kenal-mengenal antara satu sama lain..Tetapi,di dalam hati ini,cuma Tuhan sahaja yang tahu yang aku tidak langsung berhajat untuk mencapai bintang setinggi beliau..Bagi aku,kesudian beliau untuk mengenali aku sudah cukup membuatkan aku gembira..Cukuplah hanya sekadar kawan,walaupon terdetik di dalam hati.."Alangkah untungnya sesiapa yang dapat memiliki insan bernama Puteri Hati ini..Alangkah beruntungnya aku jika dapat memiliki insan seindah ini"..Ku pendamkan saja perasaan itu tanpa berani berbuat apa-apa...

Aku yang sememangnya sedar tentang darjat aku yang tidak seberapa tidak langsung berharap beliau akan menerima aku seadanya..Siapalah aku untuk cuba mencuri hati seorang Puteri Hati?..Dia ada hati untuk aku atau tidak?...Bagaimana kalau aku luahkan,adakah ianya akan merosakkan persahabatan kami?..Jadi aku pendamkan saja perasaan itu demi menjaga hati yang memang telah sakit..Cukup takut untuk disakiti lagi..Aku akan lebih tenang begini,fikirku...Lagipon,siapalah aku ini untuk mengapai beliau yang berada di kejora..

Sehinggalah takdir melorong kami ke jalan yang satu..Banyak persamaan dikongsi..Banyak kenangan diceritakan..Banyak kepedihan diubatkan...Masing-masing mempunyai satu kisah pahit yang sukar ditelan,tetapi kami masih ada antara satu sama lain..Dari mata turun ke hati..Dari hati turun menjadi keberanian untuk melangkah ke satu lembaran baru kehidupan..Dari komen-komen bersahaja bertukar menjadi private messages bertukar menjadi SMS menjadi panggilan telefon..Perasaan diluahkan..Tidak bertepuk sebelah tangan..Pertemuan dirancang..dan akhirnya,kami berdua berada di mana kami berada sekarang..Sedang melangkah ke arah kehidupan bersama..Seiring dan sejalan,seindah bunga di taman,ahhhh,terlalut menyanyikan lagu pula...

Tidak aku sedari,yang sebenarnya,sejak dari mula perkenalan lagi,beliau juga menyimpan perasaannya terhadap diriku..Sungguh aku tak tahu...Mana nak pi tau bak kata orang Kedah...Sejak dari awal perkenalan lagi,aku tidak tahu langsung yang beliau juga mempunyai akaun Twitter..Di laman Twitternya,beliau meluahkan segala pendapatnya tentang diriku...Sehinggalah kami dah bersama,barulah aku menyedari yang beliau telah meluahkan segalanya di dalam akaun Twitter beliau tentang diriku..Rupa-rupanya,sejak dari awal lagi beliau telah menetapkan hatinya yang mengatakan akulah orangnya yang dapat menjaga hati dan dirinya seadanya..Hati beliau telah tertambat untuk aku sejak dari awal perkenalan lagi..Banyak tuwit-tuwit yang dituwitkannya (payah sungguh aih nak berbahasa baku nehhh!!) berkaitan aku dengan nama gelaran diberikannya untuk aku adalah "Encik Pensyarah"..Aku saja yang tidak tahu tentang perasaanya itu..Bila aku dapat tahu tentang perkara tersebut,barulah ku sedar,jodoh itu adalah rahsia Tuhan..

Aku bahagia..sebahagia seorang kanak-kanak yang mendapat gula-gula..Sebahagia pekerja Bank Rakyat yang mendapat bonus 14 bulan gaji..Aku dan beliau,sama-sama bahagia..Membahagiakan antara satu sama lain..Permasalahan dikongsi..Kesenangan dirasai bersama..Kesusahan diharungi bersama..Itu yang aku mahukan..Bukan hanya berada ketika aku senang,dan hilang ketika aku susah..Tidak seperti beliau..Jatuh bangun,atas bawah,kiri kanan,depan dan belakang,masih tetap di sisi dengan senyuman yang sentiasa membuatkan aku tenang..Ketenangan itu yang aku cari,dan ketenangan itu ada bersama beliau...

Ketenangan itu yang ku carikan...Ketenangan itu yang kau selalu berikan,Puteri Hati,Nurul Syuhada Jamaludin..


"Kisah Ini"

....................................

Kisah Abang yang sedikit sebanyak abang dapat kongsikan..Topeng telah abang bukakkan..Jumpa di OU ka,Sunway Pyramid ka,tegoqla kalau berani...

Pening jugak noh tulih dalam ayat novel..Cubaan abang untuk menjadi penulis novel terkenal..Novel abang bertajuk "Jujur" akan cuba abang siapkan..Jujur abang cakapkan,novel Jujur abang macam payah ja nak start buat..ahhaahaha


Wednesday, November 21, 2012

Model Sambilan

Dengan muka nak iras Aaron Ajis neh,depa selalu nak amik gua jadi model...


"Model untuk konsert PSY Opah Gangbang Kau Style Lah"

P.s- Yeah,through thick and thin,she stands beside me without even complaining..."This is what keep us going"

Saturday, October 20, 2012

Abang Hanjeng Menjawab Episod 5

Woi Abang Hanjeng..
Ko neh kan,jangan nak buat bagus sangat la.Aku dah lama baca blog ko neh.Asyik nak kutuk-kutuk owg jer..Kalo tak kutuk tu tak boleh ker ha?Macam la ko tu bagus sangat.Nama pon hanjeng.Memang hanjeng lah kau neh kan?Boleh tak kau stop kutuk2 owg?Apa masalah diorang dengan kau ha?Cuba ko explain sket.Dah la tiru gaya penulisan orang.Ko ingat aku tak baca ker blog2 lain?Tulisan kau sama macam MM (Melayu Minimalis dari Blog Aku Tak Peduli..info dari Abang).Tiru tiru tiru!Boleh tak kau berhenti.Cuba cari identiti sendiri!

Hijabista Movement Gurl
Key Hell

Waalaikumusalam adik walaupon lu tak pandai bagi salam.Hijabster saja,salam tak pandai bagi..Berhijab tapi still tak boleh cover jahil lu..Mudah saja jawapan Abang kali neh..Tak suka,jangan baca blog Abang dah..Kesian sama hati tu...

Dan...

Jutyu menhi htuki MM???Ghon ghen lipsaq tgerag pluik bhefik hgyungaro mexbohaloq fdestui lhehui vgyortyui chratiuk kelukin hantongin dereru casjhui ya la hakk tuihhhhh...Benpon pon yornarui klawasaannnunnnn ghon dereru kelukin!cicicicicici<------Ini tengah gelak...

Haaa cubaan Abang dalam mewujudkan identiti tersendiri dengan menggunakan bahasa ciptaan Abang sendiri yang baru dicipta semenet yang lepaih..Amaciammm?

"Kalau tamau sakit,jangan cuba cari..Itu semua adalah pilihan kau sendiri.."

Kheuputujukhe tiu tiu tiu pommmmmmm ghuyuiiiii humudaki omang aiiiiii poipoi yernakerakek?<---Maksud dia,"Setuju?"

Friday, October 12, 2012

Oh Bahasa Malayaku!

"Babi,urban gila!"
Merujuk kepada satu ekspresi yang teruja apabila ternampak sesuatu yang begitu hipster dan urban.Perkataan "Babi" selalu digunakan dalam tutur kata masyarakat Malaya bagi mendapatkan efek keterujaan yang melampau.."Babi" boleh digunakan untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati kepada seseorang mahupon sesuatu..Contoh ayat seperti "Babi aih hang neh!"...

"Babi urban gila"
Tanpa tanda koma,ayat di atas merujuk kepada seekor manusia bangang yang berlagak ala-ala urban mai dari kampung dan mengalami masalah mental yang serius...

Jangan dok upload gambaq hang minum arak boleh dak?Gambar pegi clubbing dengan muka tongkeng kau tu pon sekali..

Dan bila ada masalah dengan boipren hang,jangan dok update status "Kepadamu Ya Allah aku bermohon supaya dipanjangkan jodoh kami" boleh dak wahai Babi Urban Gila..?

*Bahasa Malaya memang kasar..Tambah-tambah Malaya Utara mai...

Wednesday, October 10, 2012

Nama pon rezeki..

"Lu keja lecturer kan sekarang?"..tanya Rakan Ex-Lama gua satu hari tu..

"Aah..Bolehlah..Sara hidup..."..reply gua...

"Gua cikgu ja bai...Pakai keta Lancer kot..Lu pakai keta apa skang?"..tanya lagi..banyak tanya lak member gua sekor neh..ex-member munkin lepaih neh...

"MyVi..Bolehlaaa bawak gua pegi mana-mana gua nak..."..reply gua separa berminat nak jawab..

"Hekelehhhhhhhhh..MyVi jer?Kerja lecturer..Mana kena pakai Myvi..Tak kena laaa..Gua cikgu jer bai,pakai Lancer..Tak kena wei tak kenaaaa"..reply beliau gelabah..

"Mak bapak lu hensem dan cantik..Apsal lu muka macam bontot tapir?Tak kena kan?"..balas gua sambil sedut air teh o ais laju-laju...

Ex-member gua tu dah lama tak contact gua...

Saturday, October 6, 2012

Tahniah Rakan Gebu

Entri khas untuk Rakan Gebu gua yang telah selamat bergelar suami kepada Puan Jasriyani petang tadi...

Gua senior dia...Dia junior gua masa gua amik ijazah TESL dulu...tapi gua tak penah suruh dia basuh spenda gua time tu sebab gua tak pakai spenda sangat..boxer lagi tenang...

Gua kenal dia pon gua lupa macam mana dulu...Serius gua tak penah ingat macam mana gua kenal dia..

Gua masuk keja sekali dengan dia time mengajar kat Kolej Poly-Tech MARA Bangi dulu...dengan dia jugaklah gua ponteng keja bertubi-tubi pegi lepak KL,Putrajaya,Subang,Shah Alam dan sikit lagi ke Danga Bay..Orang tengah keja,kami layan Kinect X-Box kat Low Yatt..

Gua dengan dia sama-sama sambung Master Applied Linguistic kat UPM...tp gua tak sama dengan dia bila dapat result exam walaupon gua tiru dia time exam..Gua syak dia saja tulis jawapan silap dulu then kasik gua tiru,then dia tukar jawapan betul..jilaka..haahaha..

Gua dapat biasiswa TPM...Dia pon dapat...Kabel cekang..Kami pernah hidup rich,young,and famous..Duit bersepah sampai tatau nak buat apa..Setakat sedekahkan RM50 kat orang kurang berkemampuan di mamak tu benda biasa sampai SPR pon syak kami terima rasuah dari kontraktor kelas C..

Kami dua pernah makan rumput dengan batang kayu selama 5 bulan berturut-turut sebab duit biasiswa lambat masuk..5 bulan murung lapaq mee raja,nasik goreng ketam dan antipesto William..

Kami dua sama-sama kena buang daerah ke Puncak Alam..Kena mengajaq UITM sini sebab duit biasiswa dah habeh...untuk kali kedua,kami dua pernah makan rumput dan batang kayu lagi sebab 5 bulan gaji tak masuk.Tahukah lu olls kami selalu makan free kat Cafe' students sebab adik gua kerja sana time tu...

Dengan dia jugaklah gua naik turun naik turun office setelkan masalah gaji segala bagai..Setakat segala kerenah birokrasi penjawatan,celah kuku kami saja..Semua persoalan tentang Biasiswa TPM,perlantikan pensyarah UITM,urusan gaji,dokumen-dokumen kerajaan,gua dan dia boleh explain satu persatu...

Through fire and flames,inilah Rakan Gebu gua yang selalu gua masukkan dalam entri-entri gua...

Gua selaku Aaron Aziz menjadi penyeri majlis kenduri kawin dia..Ramai makcik-makcik panggil gua Adam tadi..Leceh betul...

Selamat Pengantin Baru Rakan Gebu!

Wednesday, October 3, 2012

Minah Clubbing Sexy

Prakata-kata
Tajuk hanyalah cubaan aku untuk menarik mat-mat rempit bangang untuk masuk ke blog aku bila depa cari taip kat Google Search dengan harapan depa akan jumpa gambaq-gambaq yang dikehendaki...bangang bangang bangang..gua amik kesempatan ja naikkan rating blog neh..keh keh keh..

Gua lepak dengan Rakan Lost suatu hari itu..kisah lama yang masih relevan sehingga kiamat..

"Aku benci la boyfriend aku..Perangai macam khinzir kau tahu.."..mula berbicara Rakan Lost gua sorang neh..Lama gua tak jumpa dia..update mengupdate kata orang...

"Khinzir hutan ker khinzir urban?"..tanya gua..

"Define khinzir urban.."..reply beliau tertanya-tanya dengan term gua..Gua memang suka keluarkan term-term neh bagi orang terfikir-fikir..

"Khinzir urban yang upload gambar posing mendada sambil menampakkan lurah payudara sambil update status 'I bersyukur dengan kurniaan Allah SWT,semoga dipermudahkan urusan I harini..Alhamdullillah syukur kepada-Nya'...Itulah khinzir urban"..balas gua selamba...

"Oh..dia khinzir hutan la sebab dia jantan la babi..."..reply beliau marah...

"Oh okay..Pasaipa dengan boyfriend lu?"..tanya gua setelah gua dicop babi plak...

"Aku rasa dia selalu pegi clubbing and then menggatal dengan betina lain.."..reply beliau perlahan..

"Pulak..dah nama pon pegi clubbing..Tak menggatal,tak clubbing ah"..balas gua...

"Ahhh dasar lelaki semua sama saja..Menggatal tu memang dalam badan korang.."..rengus Rakan Lost..

"Macam mana lu kenal dia?..tanya gua lagi...

"Aku jumpa dia time pegi clubbing dulu..Dia datang menggatal dengan aku..Aku layan,sangkut plak ngan dia"..reply beliau..

"Dah kau pon jumpa dia kat tempat macam tu,memang la boleh expect perangai dia macam mana..Hang jumpa orang macam tu kat tempat macam tu,memang akan jadi macam tu la"..balas gua...

"Tapi laki memang gatal..Bodoh ah..Dasar bangang.."...marah beliau....

"Dah tanak jumpa laki macam tu,takyah la pegi terhegeh-hegeh menggedik kat Club.."..balas gua separa memberi nasihat..

"Ahhh aku nak pegi cari Boipren baru kat club malam minggu neh..Harap-harap dapat yang baik.."..reply beliau...

"Tuh pak ang..Pak hang ponen..Mak hang belen"..balas gua...Combo breaker...

*******************************