Saturday, December 15, 2012

Otak Tak Berfungsi Part 1

"Tak guna punya kerajaan..AES tu benda yang tak sepatutnya ada!!!Dah berapa kali dah aku kena saman neh siallll!!!!.."..laung Rakan Kepala Otak suatu hari tu..

"Berapa kali dah kena saman?"..tanya gua perlahan...Muka nak concern gua buat..

"4 kali sial!!Geram aku!!!.."..rengus beliau...

"Betul-betul marah kau.."..balas gua ringkas sambil suapkan kucing yang dah kuis-kuis peha gua mintak ayam goreng gua..Gua malas suap dah,gua kasik RM10 suruh dia pegi beli sendiri...haish..

"Aku harap sangat akan ada perhimpunan haram lagi...Aku nak tentang kerajaan..Dah la pass AES tu suruh syarikat swasta handle kan..Kroni pulak tu..Tak pasal-pasal aku kena bayar saman beratus-ratus neh!!!.."..berleter lagi...

"Bodoh jugak kau neh kan?"..muka gua jadi serius...

"Kau jangan cari pasal Han..Diorang la yang bodoh!!!.."..sedikit tinggi suara beliau...

"Kau sanggup nak anjurkan perhimpunan haram semata-mata nak tunjukkan perasaan amarah kau kena saman AES?."..tanya aku..

"Of coz la...Aku fighter of corruption!!!Aku cukup tentang korupsi!!!"..balas beliau..

"Hang bawak reta laju-laju sampai kena saman tu tak korupsi pulak.?Kan senang kalau hang bawak reta hang elok-elok,tak payah nak tunjuk hero sangat,potong ikut lorong yang betul,nak kona bagi signal,nak potong bagi signal,takyah nak cucuk-cucuk reta orang sangat,tak payah nak tarik minyak bunyi ekzos dengaq sampai sebatu,tak payah nak pakai spek mata hitam dalam reta malam-malam sambil tangan keluaq tingkap,tak payah nak laju sangat dalam kawasan perumahan,dan yang paling penting sekali,tak payah nak bawak laju-laju sangat himpit reta aku sampai sikit lagi nak masuk parit aritu..Kalau hang tamau kena samannnnnn,bawak reta elok-elok la bangang oi!!!!PAK HANG PONEN!!.."..balas aku ringkas...

"Baik...Esok jugak aku juai kereta Proton Wiralution gua...sob sob.."..tersedu-sedu beliau...

Monday, December 10, 2012

It's Time...It is time for an eternity

Great music will always make my day..

 

......"It's time to begin,isn't it?
I get a little bit bigger,but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am...."

Sunday, December 9, 2012

Kisah Ini

.................

Termenung sejenak aku petang itu..Menatap laman web Facebook sudah menjadi rutin..Bagi aku..Bagi kamu..Bagi semua..Aku turut terjatuh ke dalam dunia ini yang dikatakan cara mudah untuk kita semua berkomunikasi kebelakangan ini...Dunia aku..Dunia kamu..Dunia kita..Semua boleh dipaparkan di dalam satu mukasurat di dalam Facebook...Dunia aku pada ketika itu hanyalah aku,masa silam,dan kesedihan..Munkin..Facebook hanyalah rakan maya..Sunyi itu,satu kemunkinan..

Terdetik pada satu ketika semasa aku sedang asyik melayari laman Facebook,di bahagian "People You May Know",satu wajah yang menarik perhatian kesunyian aku..Tetapi kesunyian ini masih diikat dengan kenangan silam..Kenangan yang merantai satu hati yang telah penat dicederakan.."Kesiankanlah hati kau wahai sahabat",pernah suatu ketika ditegur..Cuma mampu tersenyum...Jadi,hanya mampu untuk melihat dari jauh laman Facebook gadis tersebut tanpa tiada niat apa-apa..Hanya mahu mengagumi wajah yang menarik perhatian kesunyian ku sahaja..Butang "Add as Friend" ditekan..dan hidup aku disambung seperti hari-hari lalu...

"Puteri Hati accepted your friend request"

Pada mulanya,aku tidak terdetik untuk cekidout lamannya..Biarkan sahaja beliau berada di antara "Friendlist" aku..Entah mengapa,aku tidak langsung terdetik untuk cekidout laman Facebooknya itu..Munkin perhatian aku pada masa itu adalah lebih tertumpu dengan masalah yang membelengu,iaitu kehidupan yang kurang stabil..Munkin aku lebih penuhkan masa aku dengan kayuhan basikal yang lebih menenangkan...Munkin juga sedang pening kepala memikirkan hari-hari mendatang yang perlu dirancang rapi agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan..Kerjaya,halatuju,kewangan,pelajaran,dan juga ibu bapa..Cinta itu pedih pada ketika itu,jadi tiada dalam perancangan...Tetapi Dia yang menentukan kehendak-Nya...Dia..yang Esa...

Setelah beberapa ketika,barulah aku terdetik untuk melihat siapakah gerangan insan yang bernama Puteri Hati..Lamannya ku buka..Dengan perlahan,aku terus meneliti siapakah beliau..Orangnya manis..Senyumnya menawan..Dari pemerhatian,beliau mempunyai karisma yang tersendiri..Ada kelasnya yang tersendiri...Kehidupan penuh warna-warni..Seorang yang menarik..Getus aku sendiri..Cuma mampu mengagumi dari jauh..Sehinggalah aku terpandang satu gambar beliau bersama abangnya..Abang kandung beliau...Eh,itu rakan lama aku...Bekas pelajar yang sama-sama menetap di asrama bersama aku dahulu...Adik beliau?

Lalu salam dihulurkan bertanyakan perkara sebenar..Bermula dengan komen secara bersahaja,sehinggalah ke komen bertanyakan khabar,sehinggalah komen yang boleh membuatkan aku tersenyum sendirian..Dari satu jurang antara dua orang asing,sehingga menjadi rapat,dari hari-hari ke hari,kami semakin kenal-mengenal antara satu sama lain..Tetapi,di dalam hati ini,cuma Tuhan sahaja yang tahu yang aku tidak langsung berhajat untuk mencapai bintang setinggi beliau..Bagi aku,kesudian beliau untuk mengenali aku sudah cukup membuatkan aku gembira..Cukuplah hanya sekadar kawan,walaupon terdetik di dalam hati.."Alangkah untungnya sesiapa yang dapat memiliki insan bernama Puteri Hati ini..Alangkah beruntungnya aku jika dapat memiliki insan seindah ini"..Ku pendamkan saja perasaan itu tanpa berani berbuat apa-apa...

Aku yang sememangnya sedar tentang darjat aku yang tidak seberapa tidak langsung berharap beliau akan menerima aku seadanya..Siapalah aku untuk cuba mencuri hati seorang Puteri Hati?..Dia ada hati untuk aku atau tidak?...Bagaimana kalau aku luahkan,adakah ianya akan merosakkan persahabatan kami?..Jadi aku pendamkan saja perasaan itu demi menjaga hati yang memang telah sakit..Cukup takut untuk disakiti lagi..Aku akan lebih tenang begini,fikirku...Lagipon,siapalah aku ini untuk mengapai beliau yang berada di kejora..

Sehinggalah takdir melorong kami ke jalan yang satu..Banyak persamaan dikongsi..Banyak kenangan diceritakan..Banyak kepedihan diubatkan...Masing-masing mempunyai satu kisah pahit yang sukar ditelan,tetapi kami masih ada antara satu sama lain..Dari mata turun ke hati..Dari hati turun menjadi keberanian untuk melangkah ke satu lembaran baru kehidupan..Dari komen-komen bersahaja bertukar menjadi private messages bertukar menjadi SMS menjadi panggilan telefon..Perasaan diluahkan..Tidak bertepuk sebelah tangan..Pertemuan dirancang..dan akhirnya,kami berdua berada di mana kami berada sekarang..Sedang melangkah ke arah kehidupan bersama..Seiring dan sejalan,seindah bunga di taman,ahhhh,terlalut menyanyikan lagu pula...

Tidak aku sedari,yang sebenarnya,sejak dari mula perkenalan lagi,beliau juga menyimpan perasaannya terhadap diriku..Sungguh aku tak tahu...Mana nak pi tau bak kata orang Kedah...Sejak dari awal perkenalan lagi,aku tidak tahu langsung yang beliau juga mempunyai akaun Twitter..Di laman Twitternya,beliau meluahkan segala pendapatnya tentang diriku...Sehinggalah kami dah bersama,barulah aku menyedari yang beliau telah meluahkan segalanya di dalam akaun Twitter beliau tentang diriku..Rupa-rupanya,sejak dari awal lagi beliau telah menetapkan hatinya yang mengatakan akulah orangnya yang dapat menjaga hati dan dirinya seadanya..Hati beliau telah tertambat untuk aku sejak dari awal perkenalan lagi..Banyak tuwit-tuwit yang dituwitkannya (payah sungguh aih nak berbahasa baku nehhh!!) berkaitan aku dengan nama gelaran diberikannya untuk aku adalah "Encik Pensyarah"..Aku saja yang tidak tahu tentang perasaanya itu..Bila aku dapat tahu tentang perkara tersebut,barulah ku sedar,jodoh itu adalah rahsia Tuhan..

Aku bahagia..sebahagia seorang kanak-kanak yang mendapat gula-gula..Sebahagia pekerja Bank Rakyat yang mendapat bonus 14 bulan gaji..Aku dan beliau,sama-sama bahagia..Membahagiakan antara satu sama lain..Permasalahan dikongsi..Kesenangan dirasai bersama..Kesusahan diharungi bersama..Itu yang aku mahukan..Bukan hanya berada ketika aku senang,dan hilang ketika aku susah..Tidak seperti beliau..Jatuh bangun,atas bawah,kiri kanan,depan dan belakang,masih tetap di sisi dengan senyuman yang sentiasa membuatkan aku tenang..Ketenangan itu yang aku cari,dan ketenangan itu ada bersama beliau...

Ketenangan itu yang ku carikan...Ketenangan itu yang kau selalu berikan,Puteri Hati,Nurul Syuhada Jamaludin..


"Kisah Ini"

....................................

Kisah Abang yang sedikit sebanyak abang dapat kongsikan..Topeng telah abang bukakkan..Jumpa di OU ka,Sunway Pyramid ka,tegoqla kalau berani...

Pening jugak noh tulih dalam ayat novel..Cubaan abang untuk menjadi penulis novel terkenal..Novel abang bertajuk "Jujur" akan cuba abang siapkan..Jujur abang cakapkan,novel Jujur abang macam payah ja nak start buat..ahhaahaha


Wednesday, November 21, 2012

Model Sambilan

Dengan muka nak iras Aaron Ajis neh,depa selalu nak amik gua jadi model...


"Model untuk konsert PSY Opah Gangbang Kau Style Lah"

P.s- Yeah,through thick and thin,she stands beside me without even complaining..."This is what keep us going"

Saturday, October 20, 2012

Abang Hanjeng Menjawab Episod 5

Woi Abang Hanjeng..
Ko neh kan,jangan nak buat bagus sangat la.Aku dah lama baca blog ko neh.Asyik nak kutuk-kutuk owg jer..Kalo tak kutuk tu tak boleh ker ha?Macam la ko tu bagus sangat.Nama pon hanjeng.Memang hanjeng lah kau neh kan?Boleh tak kau stop kutuk2 owg?Apa masalah diorang dengan kau ha?Cuba ko explain sket.Dah la tiru gaya penulisan orang.Ko ingat aku tak baca ker blog2 lain?Tulisan kau sama macam MM (Melayu Minimalis dari Blog Aku Tak Peduli..info dari Abang).Tiru tiru tiru!Boleh tak kau berhenti.Cuba cari identiti sendiri!

Hijabista Movement Gurl
Key Hell

Waalaikumusalam adik walaupon lu tak pandai bagi salam.Hijabster saja,salam tak pandai bagi..Berhijab tapi still tak boleh cover jahil lu..Mudah saja jawapan Abang kali neh..Tak suka,jangan baca blog Abang dah..Kesian sama hati tu...

Dan...

Jutyu menhi htuki MM???Ghon ghen lipsaq tgerag pluik bhefik hgyungaro mexbohaloq fdestui lhehui vgyortyui chratiuk kelukin hantongin dereru casjhui ya la hakk tuihhhhh...Benpon pon yornarui klawasaannnunnnn ghon dereru kelukin!cicicicicici<------Ini tengah gelak...

Haaa cubaan Abang dalam mewujudkan identiti tersendiri dengan menggunakan bahasa ciptaan Abang sendiri yang baru dicipta semenet yang lepaih..Amaciammm?

"Kalau tamau sakit,jangan cuba cari..Itu semua adalah pilihan kau sendiri.."

Kheuputujukhe tiu tiu tiu pommmmmmm ghuyuiiiii humudaki omang aiiiiii poipoi yernakerakek?<---Maksud dia,"Setuju?"

Friday, October 12, 2012

Oh Bahasa Malayaku!

"Babi,urban gila!"
Merujuk kepada satu ekspresi yang teruja apabila ternampak sesuatu yang begitu hipster dan urban.Perkataan "Babi" selalu digunakan dalam tutur kata masyarakat Malaya bagi mendapatkan efek keterujaan yang melampau.."Babi" boleh digunakan untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati kepada seseorang mahupon sesuatu..Contoh ayat seperti "Babi aih hang neh!"...

"Babi urban gila"
Tanpa tanda koma,ayat di atas merujuk kepada seekor manusia bangang yang berlagak ala-ala urban mai dari kampung dan mengalami masalah mental yang serius...

Jangan dok upload gambaq hang minum arak boleh dak?Gambar pegi clubbing dengan muka tongkeng kau tu pon sekali..

Dan bila ada masalah dengan boipren hang,jangan dok update status "Kepadamu Ya Allah aku bermohon supaya dipanjangkan jodoh kami" boleh dak wahai Babi Urban Gila..?

*Bahasa Malaya memang kasar..Tambah-tambah Malaya Utara mai...

Wednesday, October 10, 2012

Nama pon rezeki..

"Lu keja lecturer kan sekarang?"..tanya Rakan Ex-Lama gua satu hari tu..

"Aah..Bolehlah..Sara hidup..."..reply gua...

"Gua cikgu ja bai...Pakai keta Lancer kot..Lu pakai keta apa skang?"..tanya lagi..banyak tanya lak member gua sekor neh..ex-member munkin lepaih neh...

"MyVi..Bolehlaaa bawak gua pegi mana-mana gua nak..."..reply gua separa berminat nak jawab..

"Hekelehhhhhhhhh..MyVi jer?Kerja lecturer..Mana kena pakai Myvi..Tak kena laaa..Gua cikgu jer bai,pakai Lancer..Tak kena wei tak kenaaaa"..reply beliau gelabah..

"Mak bapak lu hensem dan cantik..Apsal lu muka macam bontot tapir?Tak kena kan?"..balas gua sambil sedut air teh o ais laju-laju...

Ex-member gua tu dah lama tak contact gua...