Tuesday, September 9, 2008

Semua ini popular...sepanjang aku membesar..

Sejak dari aku kecik sampailah sekarang,macam-macam benda popular yang aku come across bak kata orang-orang putihnya..chewahh..macam mana nak explain aaa..ahhh..pedulik...tiba-tiba aku rasa nak tulih pasal benda-benda semua neh..takut nanti bila aku dah tua,aku lupa..dari aku lupa,baik aku tulih,eh taip,pasal benda-benda neh..peringatan..semua benda neh dari pengalaman aku,yang dilahirkan di tahun 1985..so,ini semua atas apa yang aku lalui dan perhatikan(tak semua benda yang aku mention neh,aku buat@terlibat)..bukan nya nenek aku yang lalui..AKU..jangan nak komplen...

1-Komik Doraemon/Mutiara Naga(Dragon Ball),Misteri Naga.
Tak dapat dinafikan,Doraemon memang "in-thing" bagi aku masa aku umur 5 tahun kot..Seingat aku komik pertama yang aku baca sudah semestinya komik Doraemon,Volume4,kalo tak salah aku..memang memberi impak maksima kepada diriku..selepas komik Doraemon pertamaku itu,berkotak-kotak komik menyusul selepas itu..Mutiara Naga jangan cerita la..sanggup beli yang versi Cina punya sebab nak sangat tahu jalan cerita..

2-Suria Baja Hitam/SpaceCop Gaban/Flashman/Maskman/Power Rangers
Fenomena yang tak dapat dilupakan dimana pada petang-petang hari aku dan kawan-kawan aku akan bertumbuk terajang hasil pengaruh negatif siri-siri neh..kawan aku pernah lekat tapak kaki kat belakang hasil "Tendangan Padu Maut" aku..

3-Dash Yonkuro
Kegilaan kanak-kanak di zaman aku sekolah rendah..hasil siri animenya yang disiarkan di televisyen..hasilnya,berpuluh kereta "dash yonkuro" kat rumah aku(aku tatau kenapa aku panggil kereta Dash Yonkuro walaupon ianya nama watak dalam anime tersebut..aku pon tatau apa nama khusus untuk kereta Dash Yonkuro tu..haa tengok..Kereta Dash Yonkuro..*sigh*)..segala bagai ada..Cannonball,Shooting Star,Dancing Doll,Emperor,Proto-Emperor,Horizon,Black Widow,dan tah hapa tah lagi..enjin hitam,putih,pink,coklat,hapa segala mak nenek..belum masuk kelengkapan tambahan..roller,tayar span,segala bagai..mmg "in-thing" time tu..pergi sekolah wajib lawan kereta Dash Yonkuro dalam longkang..

4-KRU/XPDC/Ukay's
agak gedik paria apabila aku meminati KRU time aku kecik-kecik dulu..mesti Norman KRU pon termuntah tengok diri sendiri menari sambey nyanyi lagu "AWAS" time tu..ada satu time kecoh pasal nama konsert "KruMania"..agak jakun masyarakat Malaysia time tu dengan term "Mania"..XPDC plak bila dah kenal dunia sket..rock la katakan..baru nampak brutal sebrutal album "XPDC Brutal"..album XPDC terbaek bagi aku..Ukay's...errrrr..no komen..hasil penangan kakak saudara aku..dang..tapi lepas tu,Offspring menjadi ikutan..terima kasih Mat Zarip..hahahahaha..

5-Jam Boy London/Kereta Tukaq Warna
Spesis benda yang boleh tukar warna..jam Boy London ngan kereta tukar warna bila letak dalam peti ais..skrang ada lagi ker haa dua benda neh..??

6-Peranti Digimon
Sanggup guna duit raya untuk beli benda neh..spesis tamagotchi tapi bela Digimon dan boleh plak lawan ngan Digimon kawan..tunggu lagi tak beli..gila best..siap ada buku cara-cara bela Digimon bagi dapat Digimon yang kita nak..tapi bila dah tahu cheat (jolok kertas putih kat tempat reset dia sambey tekan butang yang diperlukan),segala jenis Digimon yang kita nak bela leh dapat..kwhahahaha..fun fun..memang fun..

7-Wrestling
Kegilaan remaja suatu ketika dahulu dimana Jeff Hardy menjadi idola..kawan aku siap tempah seluar ala-ala Jeff Hardy dan hasilnya kawan aku sorang lagi kena "Swanton Bomb"..si Jeff Hardy wannabe neh terjun dari atas katil 2 tingkat baek punya landing atas kepala si hamba Allah neh..The Rock,Stone Cold,Road Dogg,X-Pac,Gangreal,Dudley Boyz,Vicera,Mankind@Mick Foley@Cactus Jack,dan etc..hero masa tu..beli vcd wrestling rm20,pasar malam ada jual..

8-Grunge,Black Metal,Skinhead,Punk,Underground Music
Segala jenis genre muzik menjadi "kitab" untuk cara hidup remaja eventhough its just fucking music(disebut ala-ala Steve-O dalam cerita "SLC Punk")..mamat grunge,seluar mesti kaki kecik,kasut Converse,rambut serabai,baju lambang smiley "Nirvana"..grunge is dead..Black Metal plak,kecoh satu Malaya..all-black..dagu ada jalur hitam hasil torehan duit syiling 50sen yang dilayur api..apa yang diperjuangkan?an excuse in getting free sex..Skinhead/Punk malas nak layan..penuh depan shopping complex..boots,botak ka,rambut mohawk ka,suar ketat ka,jaket kulit ka,semua ada..lepak-lepak,tonggang,kacau anak dara orang,pow orang sket,setel hidup..underground music,tidak seperti Meet Uncle Hussain mahupon Hujan sekalipon..Big Head,Founder,Bloodymary,Stone Angelina,Bilharzia,Pickcell,etc..

9-Skateboarding
Zaman kegilaan apabila Pa'Din menaikkan industri ini suatu ketika dulu..tak tahu la zaman sebelum tu dah memang naik tapi zaman aku memang Pa'Din berusaha gigih menaikkan sukan papan selaju neh..Sk8Climax.com,dan forumnya menjadi sebab utama aku pegi cc time tu..Pa'Din,Boy PJ,Narul,Apek Klang,Amy Klang,Escobar,Joe Ipoh,Karat,segala bagai adalah hero kebanggaan "Revolution"..

10-Hip-Hop
Zaman di mana segelintir kawan-kawan aku menjadi "ya aw aw" hasil penangan Too Phat pada waktu itu..masa rehat time sekolah dulu dipenuhi dengan aktiviti "tarian patah" di belakang kelas dan helmet Softball menjadi barangan terkawal setelah menjadi kegilaan kawan-kawan aku membuat aksi "Headspin"..

11-Half-Life/Counter-Strike/Team Fotress
Kegilaan zaman sekolah menengah aku..tiap-tiap hari mahupon malam sekalipon,mesti terpacak "adik-adik" main game neh ngan kawan-kawan..yang paling popular,Counter-Strike la..pisau pisau!!ayat popular pada masa itu..hehehee..mengundang kemarahan tuan punya CC apabila ada "mangsa pisau" dibunuh..malu woooo..hehehe..

12-MIRC/Friendster/MySpace/Facebook
Segala bagai medium untuk mencari kenalan di Internet..skang Facebook..sebelum tu MySpace..sebelum tu lagi,Friendster..MiRC lagila..AOP la,SOP la,hapalah,macam-macam..apa guna pon aku tak tahu..tapi time tu,benda-benda tu la yang wat orang jadi kemaruk nak berMiRC..tak termasuk lagi mamat-mamat "AbangKoteBesar","Abang_Nak_Tu","Abang_Batang_Panjang" yang main MiRC sebab gersang..

13-Emo/Gothic/Emo-Gothic Post-Punk Old-Skool(WHAT DA FCUK??)
Trend yang berlalu pergi sama seperti trend-trend yang lain..penuhlah budak-budak yang tak cukup akal fikirannya memakai kot-kot bereben merah,pink,biru dan juga berpayung kelawar berjalan di tengah-tengah alam fana yang panas ini..Times Square,Sg Wang menjadi tempat pilihan berkumpul beramai-ramai seraya mengambil gambar beramai-ramai agar dapat diletakkan menjadi default pic MySpace masing-masing dengan nama "ImASucker-DeathRollCrew Emo-Gothic Old-Skool"..what a retard..belum campur yang make-up macam sial lagi..dah la diri tu hitam,mekap plak nak ala-ala mayat,maka terjadilah muka "AnjengKurapLagiCantekDariMukaKau"..now,they're gone..munkin dah sedar kebodohan masing-masing agaknya..

14-Shuffle
The next big thing after Emo/Gothic apa suma tu..budak-budak mula beralih arah kepada Shuffle..lebih cool dan relevan pada masa kini..ada baiknya jugak..boleh keluar peluh..tapi bagi aku,its just temporary..tak lama lagi,hilang la tu..sama macam trend-trend sebelum neh..budak-budak shuffle pon sebab it's a "fashion"..orang len buat.so,kenapa tidak mereka?

15-Indie Music/Label
Hasil penangan Hujan dan Meet Uncle Hussain..masing-masing cuba pula beralih arah ke aliran Indie Music.."SAYA JIWA KOSONG" menjadi word of wisdom nowadays..tak banyak dah band-band Emo/Screamo/Hardcore/Metalcore/SegalaCoreCore segala bagai..ada tu ada tapi Experimental lah,segala nenek ber"eksperimen"..dulu time belajar Biology/Kimia/Fizik tanak plak siapkan PEKA..hehehe..Indie music lebih relevan pada waktu ini..tahniah Hujan..satu lagi,segala bagai label t-shirt keluar..semua orang macam nak buat t-shirt..kenapakah agaknya..munkin semua orang telah menjadi kreatif.."it's all about art you dumbass".."ohh yeahh??".."Yeah..you are so yesterday".."well,it's "fashion" then,and I don't give a crap"..

16-Kamera DSLR
Sehinggakan budak-budak yang berumur 15 tahun pon dah ada kamera DSLR..gila jelez aku..nasib baik bapak korang kaya..kalo takkk..gambar yang diambil?tentulah gambar sendiri di depan cermin sambil bergaya dengan kamera DSLR masing-masing..takpon,gambar rakan-rakan lain yang sedang mengambil gambar juga menggunakan kamera DSLR..in-thing wat masa skrang..masing-masing nak amik gambar yang konon-kononnya artistik..yeah??you wish..

Banyak lagi aku rasa benda-benda "in-things" sepanjang aku hidup neh..tapi malas lah nak pikir..aku sakit perut..tak guna punya nasik ayam foodcourt Jusco..dang..

2 comments:

adamLUBA said...

wah wah wah...bab yang last tu membuatkan aku terasa..(iya laa aku pu bawu beli camera gak) adeh..adeh..

alalalalalallaa...
masked raider black mmg membawa impact kepada mereka yang se-zaman dengan kita..alalala..erkk, aku bawu pas tgk mlm td..bel full set kamen raider black tu..kotaro minami..henshin!

Munky itu Hanjeng said...

bukan kata kat hang..hang beli kamera sebab tu reja hang.kwhahahaha...

aku ada jugak!beli kat speedy half-price..full collection..stim!!!kwhahahaa..