Saturday, January 30, 2010

Through the fire and flame..

Cahaya ufuk matahari barat semakin mencucuk-cucuk bibit-bibit muka aku..peluh jantan terus mengeluarkan haba yang terpendam di dalam badan ini bagi menyejukkan sedikit badan aku yang semakin meningkat kadar habanya..aku menunggu dan menunggu...

Kiri kanan penuh dengan tentera-tentera yang bersiap sedia..masing-masing berpakaian lengkap kesatria perang...masing-masing berdebar...berdebar menantikan kemunculan kenderaan rasmi kerajaan yang boleh membawa kami ke penghujung cahaya keamanan...aku juga berdebar...aku dah agak dah benda neh akan terjadi..tetapi demi cinta agong,akan ku gagahi juga memasuki peperangan ini...

Kenderaan rasmi perang kerajaan muncul..berpanji kuning di kepalanya...kelihatan pemandunya begitu gagah dan perkasa...sesuai dengan kerjanya sebagai seorang yang menjadi watak penting di dalam peperangan ini..dan sekeliling menjadi semakin huru-hara...kesatria-kesatria telah bersedia untuk memasuki kenderaan rasmi itu..

"Ahhh..sudah"getis hati kecilku...

Peperangan sudah bermula..akan ku gagahi juga!

Aku memasuki kenderaan rasmi kerajaan dan bermulalah sebuah epik perang...

Peperangan menahan bau-bau kesatria yang begitu enak lagi cantik aromanya....

Kan gua dah cakappppppp..JANGAN KELUAR NAIK KOMUTER PADA PAGI HARI THAIPUSAM..lu degil..skang rasakan penangan perang saraf selama sejam perjalanan dari stesen komuter UKM ke Sg Buloh...

2 comments:

TV 40 inci said...

hahahahaa... aku ingatkan perang ape lah tadi... Cuti taipusam ari tu aku tak kuar kemana...memang plan nak dok umah jek. takmo keadaan seperti di atas terjadi kat aku jugak...

Munky itu Hanjeng said...

sila jangan kuar time cuti umum..bahana..