Thursday, April 1, 2010

Aku ada darah Hang Tuah

Aku nak mengamok..aku akan mengamok seboleh munkin..aku masih tidak percaya apa yang dilakukan mereka begitu merobek-robek hatiku..perkara ini lebih merobek hatiku..hatiku pernah dirobek..tetapi tidak seperti ini..aku pernah kecewa tetapi tidak sekecewa ini..pengalaman jatuh basikal menjilat jalan tar di hadapan rumah aku ketika aku masih kecil lebih mententeram aku daripada melihat apa yang aku lihat sekarang...aku nekad..aku nak mengamok...

Satu rumah aku tunggang-langgang kan...meja makan meja belajar,meja judi,semua aku patah dua kan dengan tangan pemusnah aku..jurus tusukan anak dara siamang terus aku keluarkan...rakan-rakan lain sudah lama tersangkut di atas kipas siling sambil cuba mengucapkan dua kalimah syahadah..ajal mereka munkin sudah dekat hasil tendangan tepat ke celah kening mereka...peluh jantan aku terus menitik membasahi ketiak gebuku..

Aku berlari ke dapur,ku mencari..kiri dan kanan ku perhatikan..ahhh,disitu..ku capai pisau potong daging itu dan terus berlari ke ruang tamu kembali...sekali lagi ku tendang rakan-rakan ku dan sekali lagi mereka tersangkut secara berjemaah di atas kipas siling..aku masih tak puas hati..ku hunus kan pisau ke arah televisyen itu...

"Nak ja aku cucuk-cucuk buah pinggang sekor-sekor dalam Diari Akademi Fantasia neh!!!"jeritku kepada televisyen...

Aku diperbodohkan..mereka memperbodohkan aku dan juga rakyat-rakyat Malaysia!!!aku tak puas hati..aku mempunyai IQ tahap 700,000 HP Petala Langit,tetapi mereka begitu berani memcabar IQ aku...

Ada ka cakap dengan motor?????!!!!!!!!Motor nama Bebot plak tu..haramjadah!

8 comments:

Zurin said...

hmm.. konfius la ni.. tengok ke? :p

Munky itu Hanjeng said...

tertengok semalamm..minah apa tah nama dia tgh wat luahan perasaan kat motor modenas..tahula modenas sponsor pon..tp bodoh gila cakap ngan motor..ahahahaha..

jun pyo said...

ko merepek ape ni syaitan??????

Munky itu Hanjeng said...

bia aku sorang ja yang paham..

jun pyo said...

ha ha
ni kes akademi fantasia la nie..

kan kan..

biak pi dorg laaa

Anonymous said...

AF suck..
memperbodohkan duit anda utk mereka gila glem.

wa said...

emosi mengakreditasi diri..

Munky itu Hanjeng said...

aku still tak puas hati sebab exploitasi sesuatu yang bodoh kepada benda yang lebih bodoh..so,aku mengamok bila orang cabar IQ aku..ahahahah..