Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Monyet!

I'm just wasting some time here..waiting for my friend to pick me up and then BALIK KAMPUNGGG!!!(walaupon dah balik minggu lepas..kwhahahaha)..tatau nak buat apa..terlebih dahulu nak ucapkan Selamat hari Raya Raya Raya Raya!!!..ucapan ini ditujukan khas kepada ibu-bapa saya,Pak Ya dan Che Yah,Chenta Hatiku Anne,adik-adik (angah yang mangkaq ibuih,achik yang pondan,Ateh yang "munkin datang dari planet lain sebab terlalu baik antara semua",dan Chu' Ai yang Gedik Paria),rakan-rakan di Jitra,Shah Alam,di serata Malaysia,dan juga kepada semua rakyat Malaysia..so..BAHHH!

Benda "Potong-Stim-Aku-Ja" semasa Hari Raya..

1-Terbangun lewat dan tak sempat nak pegi bersembahyang Hari Raya walaupon kalo bangun awal pon belum tentu aku akan bersembahyang Hari Raya..hilang feel!!

2-Line Maxis(munkin juga Celcom dan Digi) yang akan menjadi lebih haram-jadah berbanding sebelumnya..SMS Raya menjadi pengganti diri maka terjadilah situasi dimana makian hamunan aku akan terkeluar secara sengaja...

3-Motor adik aku guna dan aku tadak transport nak pegi beraya di rumah sanak saudara,rakan dan taulan..harap-harap kawan aku datang amik..

4-Tak dapat duit raya..dimana sudah beberapa tahun aku tak dapat duit raya dah.."Dah besaq dah,tak payah kottt.."..ayat yang begitu menikam kalbu ku ini..ku juga insan seperti insan biasa yang juga memerlukan duit..kenapakah mereka tidak paham konsep asas kehidupan itu..?

5-Mat rempit yang "HensemGilaPakaiSpekPergiBerhariRayaDiRumahAwek2" akan memenuhkan lagi jalan-jalan raya..tak pakai helmet plak..lagi lah kacak,sekacak tapak kaki aku..

6-Cukup potong stim kalo aku balik rumah lambat setelah puas berhari-raya dan mendapati rendang daging hasil buah tangan dan air tangan nenek aku DAH HABEH!dang...kena sembunyikan sket nnti.biar adik-adik aku kempunan lalu melarikan diri ke Batu Belah Kain Belah Bertangkup..

7-Terpaksa ikut Pak Ya and Che Yah pergi beraya di rumah saudara-mara yang aku tak kenal langsung..kalo selisih tepi jalan pon,tak munkin aku akan kenal dan hi-5 dia sekalipon (gila 90's)..alih-alih,adik beradik aku rupanya!

8-Childhood friends yang balik beraya kat kampung lain..sungguh potong!

9-Masalah perut yang tiada berkesudahan dan pasti akan berlaku lagi tahun ini..saket perot semasa sedang "stim" melayan laksa,bihun-sup,nasik tomato mahupon Kentaki sekalipon..terpaksa balik rumah dan membuang mana yang patut sebelum kembali semula melantak..dan proses diulangi semula...

10-Banyak kedai tutup..nasib bek KFC bukak..aku lapar KFC!!!

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN!!

2 comments:

lovelylin said...

selamat hari raya pahhhh.. rindu kat cucuq udang tok hang... makan utk aku skali nohhhh. sobbb sobbbbb!!

Munky itu Hanjeng said...

Selamat hari raya kat hang jugak..aku rindu hang nehh weii..balikk laaa..
cucuq udang tok aku dok tunggu hang jaa..TT