Wednesday, June 16, 2010

Abang Anjeng Membantu Episod 2

Kehadapan Abang Anjeng,
Saya adalah seorang gadis yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai pekerjaan tetap dan boleh dikatakan berjaya dalam hidup.Walaupon saya dah berumur 27 tahun,saya masih tidak mempunyai kekasih dan ianya amat merunsingkan saya kerana pada umur saya yang begini,seloknya saya sudah berumah-tangga.Tetapi saya masih menunggu-nunggu cinta sejati saya.Saya tidak pernah merasai nikmat kasih-sayang.Tolonglah Abang Anjeng,saya betul-betul buntu.

Gadis Buntu,
Gombak,Selangor.

Kebelakang Adik Gadis Buntu,
Dalam mencari cinta sejati,ianya memerlukan kesabaran.Munkin adik tidak pandai dalam cara-cara mendapatkan kekasih yang orang selalu buat sekarang neh.Adik bolehlah ikut petua Abang neh yer.

1-Pakai contact-lens kaler-kaler.
2-Pakai baju yang nampak lurah dada.
3-Pegang kamera henpon murah adik dan angkat ke atas.
4-Amik gambar dari sudut atas,kalo boleh mata tu besarkan,buat duck-face,dan nampakkan lurah dada.
5-Upload gambar di Facebook dengan caption "Tiut tak?".Takpon "Comot tak titew?"

Semoga berjaya!

2 comments:

Anonymous said...

saya dulu jiran che yah dan juga jiran ustaz ar raudah...kadang2 saya pi klinik budi...teka siapa saya...

saya nak bagi cadangkan bahawasanya....lebih baik abg hanjeng di dapatar diari ke nuffnang..
at least dapat duit....
boleh nikah cepat sikit...

lapaq nasik minyak neh....

Munky itu Hanjeng said...

tak salama,mesti cina juai ginseng tu.hehehehe..
nnti la aku daftar..aku tulih bukan untuk mencari harta,cuma menilai minda..cheah!