Thursday, July 29, 2010

Mimpi dalam mimpi basah..


Setelah kredit cerita "Inception" mula memaparkan tenaga-tenaga hebat dalam menjayakan filem itu,masing-masing terus bingkas bangun dan terus menuju ke pintu keluar..Aku masih terduduk di kerusi..Air mata menitis ke bumi satu persatu,menghargai karya dari Christopher Nolan ini..Sungguh dalam sehinggakan aku perlu masuk ke dalam mimpi tahap kelima untuk aku mendapatkan mimpi basah seraya membuatkan aku gembira dengan apa yang aku tontonkan sebentar tadi...

"Eiiiiiii..bencilah cerita ni.Tah apa-apa ja..Apsal cerita neh macam bodoh jer..Tak paham i.."..kedengaran suara sumbang dari sebelah aku..Aku toleh ke tepi..Cuba melihat siapakan gerangan empunya suara...

Gadis..Rambut blonde...Skirt...Baju saiz baju adik aku...Adik disini,literally..

"Ek?Sayang tak paham ek cerita tadi?Tu la..I pon paham sikit-sikit jer..Cerita tu tadi pasal dia boleh masuk dalam mimpi orang..Kemudian dia leh bunuh dalam mimpi tu.."..Balas seorang jejaka yang berjalan disebelahnya..munkin teman lelakinya...

"Tu la..Tah apa dia nak buat tah dalam mimpi orang.Tak pahamnyer!"..Balas gadis tersebut...

Aku hanya mampu tersenyum..Jauh dalam lubuk mimpi tahap 80 petala langit aku,aku sungguh berterima kasih kepada Pak Ya dan Che Yah kerana menghantar aku ke sekolah masa aku kecik-kecik.Alhamdullillah,mampu berfikir...

"You guys tak paham ker cerita tadi?"..tanya aku kepada mereka..

"Tak..tah apa tah cerita tadi tu.."..balas si Gadis...

"Berapa tahap IQ,or dalam bahasa senang pahamnya Intelligent Quotient you..?"..automasiti aku terus terpacul..

"Tahap IQ saya?Urmmm..30' 28' 30' kot.."..balas si Gadis..

"Owh..Abang rasa adik-adik neh patut tengok cerita 4 Madu arahan Prof Razak la sebab IQ macam tu IQ Siamang Kongkang ja"..Balas aku..


Lalu aku terus melihat perut 6 packs aku..Totem aku..Masih ada 6 ketul..Jikalau aku di dalam mimpi seseorang,hanya ada seketoi saja...Aku masih berada di dalam realiti...

No comments: