Tuesday, January 11, 2011

Horosekup Bola Anda..Saya Okay..

Bintang Manchester United,simbol Syaitan Nirojim
Kepada sesiapa yang berbintang Manchester United,orangnya bolehlah dikatakan mempunyai visi yang tinggi,bijak mengatur strategi,pandai mencari peluang-peluang yang ada,punya semangat tidak kenal erti kalah,berdaya saing,dahagakan kejayaan,sentiasa ingin maju kehadapan..Tetapi disebalik ciri-ciri tersebut,orang yang berbintangkan Manchester United juga pandai berlakon,licik,pandai manipulasi,bercakap besar,suka memandang rendah orang lain (terutamanya mereka yang berbintang Liverpool dan Arsenal),pandai mempengaruhi orang lain,dan juga pandai menutup periuk nasik orang..Mereka yang berada di bawah bintang ini bolehlah dikatakan seimbang hidupnya dunia dan akhirat,syurga dan neraka.Mana jalan yang mereka pilih,itu terpulang.
Celebriti terkenal yang berbintang Manchester United:
Abang-abang kawasan,mat-mat kereta Wiralution,mat-mat rempit,abang-abang baru up,adik-adik yang lahir di tahun 90'an,mereka-mereka yang mempunyai mentaliti "tak boleh kalah",dan tidak lupa juga masyarakat India Malaysia..

Bintang Chelsea,simbol Singa
Mereka yang berbintang Chelsea,mempunyai ciri-ciri seperti berikut..Yakin dengan diri sendiri,pandai mengambil langkah selamat,berdaya saing yang tinggi,suka berkerjasama,pantas mengambil peluang,bijak dalam mengatur langkah,dan juga pandai mengambil hati ayah/mak mentua..Tetapi,dari segi negatifnya pula,mereka yang berbintangkan Chelsea ini suka melengah-lengahkan kerja yang ada,tidak boleh berdikari atas kaki sendiri,mudah emosi,pandai bergolek-golek cuba mendapatkan perhatian,tidak dapat mempertahankan sesuatu,mudah lalai,bercakap besar kemudian memakan diri sendiri,selalu mengharapkan subsidi untuk maju,dan selalu tidak fokus dalam sesuatu kerja.
Celebriti Terkenal yang berbintang Chelsea:
Abang-abang lewat 30an,40an,50an,dan 100an,abang-abang rilex kopitiam sembang MLM,adik-adik yang cuba rebel dari normal kawan-kawan lain,abang-abang kereta kelab Myvians,Neo Crewz,munkin Kancil Club,awek-awek minat Lampard,munkin awek-awek yang minat batang Pak Hitam,abang-abang yang suka amik gambar dari atas dengan caption "tiut ak sayew",dan juga tidak ketinggalan mat rempit yang baru nak tukar selera jadi mat wiralution(bila dah bertukar menjadi Mat Wiralution,munkin akan berbintang Manchester United pulak sebab pengaruh rakan sebaya)

Bintang Arsenal,simbol Meriam Katak Flashman
Bintang yang paling seimbang antara semua..Mereka yang berbintang ini semestinya mereka yang tidak kenal erti putus asa sampai bila-bila,berdaya imaginasi yang tinggi,tidak mudah menyerah kalah,setia kepada ketua yang satu walaupon ketua itu sudah tidak relevan,kreatif dan mementingkan kesenian,teliti dalam mencongak langkah,boleh berkerjasama dalam kumpulan,tidak gentar dengan cabaran,dan juga rajin berusaha..Dari segi negatifnya pula,mereka yang berbintang Arsenal ini adalah seorang yang baran,berfikiran kurang matang kadang-kadang,mudah tercedera,senang dipengaruhi,emosi selalu tidak stabil,bercelaru apabila banyak rintangan,terlalu berseni dan selalunya akan memakan diri,mempunyai banyak alasan,suka menabur janji tapi tak dikotai,suka berangan tanpa tindakan,dan suka lepak Times Square pakai kot hitam sambil bawak payung.
Celebriti Terkenal yang berbintangkan Arsenal:
Remaja belasan tahun,pelajar-pelajar semester 1 diploma dari UiTM,mat-mat dan minah minah skuter,adik-adik darjah 6 yang wakil sekolah lawan bola peringkat daerah,abang-abang gadget yang suka lepak Low-Yatt,shuffler-shuffler,dan tidak lupa juga pelajar-pelajar ASWARA..

Bintang Liverpool,simbol Burung "Laiver"
Mereka yang berbintang Liverpool adalah orang-orang yang paling tahan sabar antara semua bintang.Kesabaran yang tinggi dan jitu itu membuatkan mereka-mereka yang berbintang Liverpool selalu ditindas dan diejek.Mereka juga adalah orang yang pandai menyembunyikan diri,tidak suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan angkuh jika tidak mahu memakan diri,suka merendah diri,berserah kepada takdir,semangat melawan yang kuat,dan bersemangat untuk terus cuba dan terus mencuba.Kelemahan orang yang berbintang Liverpool ini pula,mereka kurang keyakinan diri,kerja selalu diambil mudah,selalu menyalahkan pihak lain atas kesalahan diri sendiri,terlalu melihat ke belakang,tiada dasar pandang ke depan,lemah dalam mengatur langkah hidup,tidak teratur,emosi kurang stabil,mudah tertekan,dan juga terlalu dan selalu memberi alasan.Orang yang berjaya mencari jalan,orang yang lemah mencari alasan.Chewah!
Celebriti terkenal berbintangkan Liverpool:
Pakcik-pakcik lewat 70an,makcik-makcik lewat 60an,abang-abang kerja gomen anak lima,pakcik-pakcik dan abang-abang lepak Danok,remaja lewat 20an yang benci Manchester United,ahli-ahli geologi,dan tidak lupa juga cikgu-cikgu sejarah.

Bintang Kelab-Kelab Lain,simbol Ikut Pilihan
Kepada mereka-mereka yang berbintang macam-macam tu,personaliti mereka bolehlah dikatakan bijak dalam berkata-kata,bijak dalam mengambil langkah selamat,tidak mudah terikut-ikut,boleh berdikari,sukakan perubahan,dan tidak mudah untuk membuka pekung di dada..Manakala kelemahan mereka pula,benci membaca,takut labah-labah,cicak dan lipas,takut polis dan JPJ,dan benci makanan pedas..
Celebriti terkenal berbintangkan Bintang Macam Macam Tu:
Mat-mat belia,mat clubbing,mat lepak dataran,minah-minah rempit,brader-brader kaunter tiket Puduraya,Azwan Ismail Okay,dan tidak lupa juga Dr Rozmey..

No comments: