Tuesday, February 15, 2011

Udah ku bilangin...

Selain tidak sedar diri dengan kemampuan mereka,mereka juga suka membuat cerita-cerita mengarut untuk ditayangkan..

Sinetron-sinetron lagilah memeningkan kepala aku..Apa nak jadi la dengan orang-orang yang tidak berpijak di bumi neh...

Terbaru...Hanya membuatkan aku lagi tenang untuk menyatakan mereka ini maling...


Supergirl?Spiderwoman?Perghh..Ciplak dua harta intelek sekaligus!

Tu pon dakkkkkkkk,dok tuduh Malaysia penciplak harta intelek sana sini..Dasar tak sedar diri...

Entri marah setelah teringat pengalaman berhimpit dengan Indon-indon dalam keretapi semalam..Hidung aku dah hilang deria bau...

Entri Seram

Aku keseorangan ketika ini..Jam menunjukkan pukul 2 pagi..Tangan laju menaip tugasan yang diberikan..Tarikh akhir semakin menghampiri...Di depan ku,televisyen sedang menayangkan dokumentari..Kelihatan seekor kerbau cuba dilapah 4 ekor singa betina..Aku tertarik...Aku suka binatang...Kalau Rozmey berubah menjadi Musang Cendawan,pasti aku akan suka...

"Kau tahu tak pontianak suka lepak atas pokok..."...kata Rakan Hitam kepadaku suatu hari itu....

"Memang la lepak atas pokok,kalau dia lepak Times Square,muka putih-putih,gincu hitam-hitam,kuku hitam-hitam,baju hitam-hitam ada rapun-rapun,tu bukan pontianak namanya,tu Gothic Anak Haram..."..separa berleter kataku...

"Bodoh..Bukan tu,ni pontianak betul la Hanjeng oi..Dulu kat kampung aku ada satu pokok besar neh.Memang port pontianak lepak der..Macam McDonald's diorang la,cuma tadak wi-fi..Kalau ada wi-fi,sahih budak-budak melayu yang takdak duit nak beli broadband pon tumpang lepak sama..Leeching..Alaaa trend lepak McD sekarang ni la.."...Rakan Hitam pula berleter..Sama naik dengan aku rupanya...

"Oooo..Abis tu,kau pernah nampak ka Pontianak?Aku nampak dalam TV ja..Muka macam Liyana Jasmay sial!Ponti Anak Remaja tu..Kalau itu rupanya Pontianak,aku bukan setakat lari,aku siap gelak kuat-kuat lagi sepanjang jalan sambil jerit 'Tak takutt ponnnnnnnnnn'..."...sambung aku laju-laju..

"Pernah la..Seram bai..Kain putihhh jer mengurai turun..Aku nampak ja kain putih tu,mencicit aku lari..Tu baru tengok kain.."..Balas Rakan Hitam semangat...

"Ahhhhh..Kau tu pengecut.Hahahahaha...Aku kalau jumpa,aku mengorat dia.Sebab muka dia macam Liyana Jasmay"..gelak aku berlagak...

Terkenang pula kenangan aku bersembang dengan Rakan Hitam aku itu..Seram sejuk pula memikirkan yang sebelah rumah aku neh ada banyak pokok besar..Rumah gua plak ada wi-fi,sahih pontianak lepak-lepak atas pokok tu leeching wi-fi gua..damn...

Sejuk pulak tengkuk memikirkannya...

Dahaga...Aku bangun ingin menuju ke dapur...

Semasa lalu ja kat koridor tu,hujung mata aku terpandang kain putih di hujungggg koridor menuju bilik aku.....

Ahhh sudah...

Cepat-cepat aku masuk dapur..Jantung dup dap dup dap...Demam dah aku esok neh cara neh..Pikirku...Aku berselawat banyak-banyak..Ayat Kursi apatah lagi..Mujuq zaman sekolah dulu Ustaz suruh hafal untuk lulus PAFA...

Aku gementar....

Tapi aku gagahi juga untuk jadi berani..Nak tengok sekali lagi...Liyana Jasmay kah tadi tu?

Aku hulurkan kepala keluar dari tepi dinding dapur...

ALLAHUAKBAR!!

...................................................................

Esoknya aku mandi tidak bertuala...Kain pelikat kotak-kotak pula yang menjadi tuala untuk hari-hari mendatang.Nekadku...


B*BI PUNYA TUALA!!!!!!!

Sunday, February 13, 2011

Kabelisme

"Aku bengang betui la..."..kata Rakan Lost aku...

"Awat pulak?.."..balas aku separa minat..Tumpuan lebih ditumpukan kepada televisyen..Buletin Utama semakin mengarut..

"Sekarang neh nak mintak kerja,susah betui..Semua nak kena pakai kabel.."..sambung Rakan Lost sambil mengunyah punat di remote Astro..Lapar agaknya...

"Pakai kabel?Maksud kau,guna orang dalam untuk dapat kerja?"..kataku..

"Yer la..Ambil contoh disini,kalau kau nak kerja kerajaan,ko mintak tolonglah Pak Long kau,Pak Ngah kau ker,Ayah Cu kau ker,yang dah kerja besar supaya kira-kira sikit bagi ko lepas interview ker,lepas ujian tapisan ker,takpon kalau Pak Long kau orang besar,suruh jer dia kira kasi kerja kat ko.."..ulas Rakan Lost panjang sambil masih lagi mengunyah butang remote control Astro...Aku hulurkan kaki aku..Rakus diratahnya...

"Standard la tu..Kita hidup kat Malaysia bai..Sistem dia memang macam tu..Kalau lu nobody,pegi jahanam la kau kalau kau cuba nak mintak kerja masuk kerajaan..Semua ada kabel..Semua nak kena cari kabel..Sistem kroni..Kabelisme.."..balasku sambil menangis..Sebelah kaki dah habis dimamah Rakan Lost..

"Tu la..Payah tul..Aku baru ingat nak apply kerja jadi Pegawai Kerajaan.."..keluh Rakan Lost..

"Aku boleh ja tolong kau..Aku ada kabel baik punya..Tu pon kalau kau mau la.."..sapa aku sambil membalut luka di kaki...

"Pergh..Patutla kau senang sangat dapat kerja..Kabel besar!!Tolong tolong..Tolong la aku..."..rayu Rakan Lost semangat...

"Jap,gua col dia.."...balas aku..

Tritttt tritttttt tritttttt...

"*Click*Hello Pak Long...Apa habaq?.........Saya sihat-sihat ja......Semua pon sihat........Huh?Mak Long sakit?Laaaa..Awat tak balik berubat kampung??..........Ooooo...........Neh,saya ada hal sikit neh...Boleh tolong dak?.......Dakk,kawan neh,nak mintak reja kerajaan.........Ingat nak mintak tolong Pak Long la............HUH?TAK BOLEH?DAH TURUN..???WHAT DA HELL HAPPENED??TU LA HANG BODO SANGAT PASAIPA???PADAN MUKA HANG!!.........Dah dah,hang bukan Pak Long aku lagi,PTUIH!!!"...terus aku letak telefon laju-laju.....

"Apasal?Pak Long kau tak boleh tolong dah?"..tanya Rakan Lost kecewa......

"Tak boleh dah...Dia dah turun pangkat.Teruih aku takmau mengaku dia saudara aku.Ptuihhhh!!!...."...balas aku marah....

"Sapa Pak Long kau neh?"..tanya Rakan Lost...

"Hosni Mubarak"..balas aku selamba...

Pak Long Hosni aku hanya untuk 1981-2011

Saturday, February 12, 2011

Blog Apa Saja Jadi..

Kalau nak baca tentang informasi gadjet-gadjet,trending now,pictures,dan kehidupan En Amie (aku geli la Leman panggei hang En Amie,aku panggei hang Leman jugak!),then here is your right place...

Blog ApaSajaJadi....by A Man Called Leman...

Lebih kurang Hanis Zalikha versi jantan la jugak neh kiranya..Cuma kena lebihkan pakai Fair & Lovely...

Thanks brother for your review!!

Trending

Aku pon tak pasti kenapa aku buat blog neh dulu-dulu..trend kot...Sekarang pon aku masih tertanya-tanya..

1-Nak cerita tentang kisah cinta aku?Kisah kami hanya untuk kami berdua..Banyak blog budak-budak sekarang hanyalah berkisarkan kisah cinta mereka dengan yang tersayang..Aku nampak ja layout penuh love love keliling blog,aku tutup laju-laju,terus tengok Wonderpets laju-laju...

2-Nak ceritakan tentang kehidupan aku hari-hari?Okay,aku cerita sekarang..Bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik,tengok TV,on PC,check Facebook,e-mail,tidur,bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik kelas..Aku boleh teruskan lagi kalau kau mahu...

3-Nak tulis pasal makanan-makanan aku makan berserta gambar?Kalau aku letak gambar nasi lauk ayam goreng,telur kicap,ngan sayur air,agak-agak orang nak impress tak?

4-Nak tulih pengalaman aku pergi melancong?Pergi kedai depan nun kira melancong tak?Nanti aku ambil gambar kat depan kedai tu..(dengan tangan mesti didepakan seluas munkin)..munkin bergambar bersama pembeli-pembeli lain kunun-kunun tourists lain..

5-Nak aku review products/gadgets/services?Aku cuma pakai pencuci muka Garnier,Sabun Lux seketul seringgit,syampu Rejoice cover depan warna ungu,Blackberry,Sony Ericsson,PC tahun 2005,aku pakai line Celcom,dan itu sahaja kot..Nak aku kasi review?Sebab benda lain,kalau aku tak pakai,aku nak review macam mana?Aku dilarang plagiat bak kata lecturer aku...So?

6-Nak aku ceritakan tentang kawan-kawan ataupon manusia keliling aku?Maybe..Kawan aku bangun pagi,dia mandi,kendian dia iron baju,kendian dia pergi kerja,kendian dia balik,kendian dia makan,kendian dia tidur,kendian dia bangun,kendian dia berak anyam taik bentuk U,kendian dia hisap rokok,kendian dia tengok Raja Lawak,kendian...aku juga boleh teruskan kalau kau mahu...

7-Nak ceritakan tentang binatang peliharaan aku?Aku bela diri aku sendiri...So,aku cerita tentang diri aku la senang..Nama manja aku Fab...Nama panjang aku sebagai binatang peliharaan adalah Fabregas..Aku suka guling-guling,manja-manja,tangkap-tangkap bola,makan ayam KFC..Kesian tuan aku nak bela..Oleh kerana aku adalah tuan aku sendiri sebagai binatang peliharaan,aku kesian kat diri aku sendiri..Damn..

8-Nak ceritakan tentang impian aku?Kau mampu tolong aku capai impian aku untuk memiliki hidup yang sempurna?

Aku tetap tidak boleh jadi Hanis Zalikha walaupon nama kami sama...

Nak pegi anyam taik bentuk J pulak..

You have my love Lepat!

Kamu semua ada masa tak untuk sejam akan datang?Pernah kena leter?



Well,kita hidup di Malaysia!

Aku akan cuba..

Aku akan cuba update selalu...Sekian..