Tuesday, June 23, 2009

Setelah melah...

Setelah 4 bulan menghamba-abdi kan diriku ini kepada Watson's Personal Care Store cawangan Pekan Jitra 2,saya akhirnya meletakkan jawatan saya sebagai Abang Long Watson berkuatkuasa pada 25hb June 2009..jangan ditangisi pemergianku ini wahai anak-anak ikan Watson's..

Dengan itu,saya menyerahkan 3 keris berwarna Raggae saya ini kepada Bonda Watson dengan harapan Bonda Watson dapat menjaganya dengan baik...

KEMBALI KE SANA!

Thursday, June 18, 2009

Saya yang tengah penat dan letih..wasalamu..

Aku baru saja balik dari Kuala Lumpur aritu..menghadiri temuduga untuk jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Poly-Tech MARA..penat tak hilang lagi walaupon aku dah tidoq bukan main cantek lagi dari Kuala Lumpur ke Alor Setaq..(aku sepatutnya turun kat Jitra,tapi aku tak jaga,tidow mati sangat,so terlajak la aku sampai Aloq Setaq...nak explain panjang sgt,abaikan)...

So,aku masuk keja arini..sebagai Abang Long Kawasan Watson's Jitra,aku menjalankan tugas aku dengan cemerlang sekali..cemerlang dengan duduk saja sambey menguap sambey kentut bertalu-talu apabila tiada orang di sekeliling..Bosan menunggu,aku pon pegi la try suma jenis perfume yang ada kat dalam Watson's tu..so skang aku berbau hanjeng,sehanjeng anjing najis mughalazah ituw..aku melalut..maaf..kuffff kuffff..aunggg aunggg..

Tiba-tiba,kedengaran dari pintu utama,seseorang sedang memanggil aku..

"Hans Isaac..Hans Isaac"

Aku yang berasa diri aku ini Hans Isaac pon terus menoleh ke arah suara ituw..

"Ohhh..Pak Long..ada apa Pak Long?"Kataku dengan penuh sopan..

"Chuihhh..berasa Hans Isaac pulak hang neh..cam celaka ja..Blah la hang..Neh,ada surat,sampai rumah tok hang kat kampung nun.."..kata Pak Long ku yang tinggal di sebelah rumah tok aku di kampung..

"Awat?Tok dapat masuk Akademi Fantasia ka?Bila dia pegi audition?"Kataku..

"Bodo la hang neh..Neh surat hang laaa..yang hang pi letak alamat kampung pasai apa??tak pasai2 aku kena jadi posmen hang plak mai hantaq kat Jitra neh..dah,aku nak claim minyak..mai rm30ribu!"..marah Pak Long ku..

"Owhhh..surat saya???"kataku tertanya2..

Aku pon membuka surat yang terpampang besar atas sampulnya.."Urusan Seri Paduka Baginda"..wahhh..surat kerajaan..diorang nak suruh aku jadi agen rahsia 007 kah?munkinkah aku telah ditawarkan menjadi pemain Manchester United?Adakah aku telah ditawarkan wang rm40juta daripada Agong?jeng jeng jeng..AKU NAK RM40Juta!!!!!!!!!!!

'Suruhanjaya mengucapkan tahniah wahai Hanjeng di atas kebodohan anda menjawab soalan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik haritu.Sehubungan itu,tuan/puan/pondan/darai dikehendaki mengikuti Program PTD Assessment Centre (PAC) bagi tujuan penilaian selanjutnya.'

Tarikh-26 Jun 2009
Masa-8 pagi sampai Kiamat
Tempat-Intan Kampus Wilayah Utara(INTURA)
Telefon-999(Jika terdapat kecemasan bagi sesiapa yang kecemaran)

GULP!!!Aku dah tergaman..ingatkan tak panggey dah..

Tiba-tiba..

BZZZZZZ....BZZZZZZZ..(bunyi hp yang di"silent"kan bergetar dalam seluar yang boleh membunuh baka-baka aku disebabkan terlalu dekat dengan "adik")

"Hello..Fabregas bercakap"

"Ya Fabre..tahniah..anda telah berjaya mendapatkan jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di Koley Poly-Tech MARA Bangi..sila lapor diri pada 1hb Julai yer..tak lapor,siap ko!!!"


Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

Aku dah penat..

Aku berenti Watson's 25hb Jun

Aku pegi PTD 26-29 Jun

Aku daftar diri di KPTM 1 Julai..

Okay..aku nak pegi mati sebentar...

Aku penat..

Sekian..


Wednesday, May 27, 2009

I'm dancing like a retard,now it's time to pass it on..

Setelah berhempas-pulas sepanjang bulan ini berkerja,aku rasa,aku masih lagi gagal menjadi jutawan..

oleh itu,aku ingin mengumumkan..

aku ingin menyertai One In a Million...

sekian,wasalamu...

Minta maaf kepada semua adik-adik Watson semua..Abang Watson dah jarang nak update blog disebabkan jadual show Abang yang begitu padat..

Mari Abang ceritakan jadual harian Abang...

8.15 Pagi-Bangun berserta sumpah seranah "anak haram,lewat lagi plak dah!!!"

8.35 Pagi-Terpacak di depan Bos aku dengan muka kerang busuk meminta simpati agar tidak diterajang lagi...sori Bos,lewat..semalam pegi Dangdut...

9.00 Pagi-Memulakan tugas sebagai Abang Watson dengan membuka shutter dan segala bagai... dan juga membuka perniagaan kepada Abang-abang dan Kakak-kakak PEKAK tak reti bahasa yang aku tak buka kaunter bayaran lagi..

9.15 Pagi-Kaunter Bayaran dibuka,dan Abang-abang dan Kakak-kakak PEKAK pon membuat bayaran dengan muka yang boleh diletakkan tapak kaki..kan aku dah kata,rilex la duluuu..biaq aku bukak kedai dulu...

10.00 Pagi-Sapu sampah,sapu sampah masyarakat,sapu menyapu bersama makcik Bank depan kedai,dan juga sapu dulu baru bayar...

11.00 Pagi-Abang Watson lapar..lalu keluar membeli makan..nasib bek KFC jauh,kalo tak siap!!

12.00 Tghari-Susun barang ataupon dalam bahasa Watson's nya,Front Facing...

1.00 Ptg-Bosan

3.00 Ptg-Bosan..lalu keluar rehat..balik tido lagi bagus..

4.00 Ptg-Bangun tidow.."ANAK HARAM JADAH.LEWAT LAGI!!!"

4.15 Ptg-"Maaf Bos,tadi ada gajah masuk rumah..mak suruh hantar pegi Jabatan Perhilitan...."

5.00 Ptg-Melayan kerenah Abang-abang dan Kakak-Kakak,Mat-mat rempit,Gadis-gadis,Atuk-atuk,dan jugak Nenek-nenek yang datang Watson's hanyalah untuk memeriahkan suasana di dalam Watson's..munkin telah menjadi satu trend skrang di mana masyarakat lebih suka lepak di Watson's sambil membelek jenis-jenis kondom yang ada..

7.00 Mlm-Mula membuat honar di dalam Watson's dengan bermalas-malasan di belakang kaunter sambil makan keropok udang yang di beli dengan harga diskaun pekerja..murah..saya suka..

8.30 Mlm-Mula bosan..picit jerawat...kentut..menguap...makan...berak..dan berak...

9.30 Mlm-Mula memacak tiang untuk tutup kedai..dan time-time nehhh laaaaaa masyarakat2 kita nak masuk..dah tau aku nak tutup,lagiiiii diorang nak masuk belek2 kondom..pelaq haram jadah..lain kali,datang awal sket yer wahai masyarakat tamadun purba....

10.30 Mlm-Stelah puas menghalau kambeng-kambeng dan lembu-lembu last minute neh,perniagaan ditutup dengan jayanya...

11.00 Mlm-Balik dan melepak seperti biasa,dan esok akan lewat lagi seperti biasa..amin..


Sekian..
Saya Yang Bosan Dengan Kerja Di Watson's

Tuesday, May 12, 2009

Aku yang masih disini..

Aku yang masih disini..sekian..masih di takuk lama..masih mencari jalan..dan masih mencari bagaimanakah caranya nak dapat duit rm1juta dalam masa sehari...

Aku masih disini dan akan sentiasa di sini..

Monday, May 11, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 6 (18sx)

Amaran-Kepada sesiapa yang berumur 18 tahun kebawah,sila close page ini sekarang kerana ianya tidak sesuai untuk anda,melainkan anda sudah tumbuh bulu ari-ari..sapa2 yang baru cukur tu,silap anda lah disitu..Aku tamau nak tulih pasal benda neh,tapi di atas permintaan rakan-rakan,aku gagahi juga..sekali lagi diulang,cerita ini penuh dengan unsur-unsur yang tidak sesuai untuk anda jika anda masih lagi mengatakan Tomok layak menang One In a Million..

Semasa sedang Abang Watson sedang menjaga kaunter bayaran,Abang Watson didatangi oleh seorang jejaka yang "macho" la sangat..Berbadan sasa,berbaju sendat bagi menampakkan ke"sasaan"nya,berambut cacak-cacak "fin",dan bersuara jantan macho..

Jantan Macho-Neh adik..semua berapa..?(sambil meletakkan 3 barang azimat untuk jantan-jantan di luar sana,kondom,lubricant,bukan minyak pelincir kereta ya wahai kanak-kanak belum akil baligh,personal lubricant,dan pencuci muka jenama Safi)...

Abang Watson-Sebentar ya wahai Abang Macho..saya scan semua dulu..

Abang Macho-Okay okay..neh adik..nak tanya neh..

Abang Watson-Tanya apa Abang Macho?

Abang Macho-Kondom yang saiz besar sikit takdak ka?

Abang Watson-GULP!!..ikshhh..saya pon tak sure sangat ada ka tak..tapi selalunya yang ada kat situ semua standard saiz la..semua boleh pakai..gajah pon boleh pakai..tapi itupon kalo gajah tu buat family planning la..

Abang Macho-Ikshh..gajah boleh buat family planning ka?

Abang Watson-Bodo aih abang neh..gajah kan tadak akal fikiran..sama bodoh gajah tu dengan abang..

Abang Macho-Betul jugak tu..Neh,ada ka takdak neh?Abang dok pakai kondom neh,asyik terkoyakkkk ja..sakit trutttttttt truttttttt abang neh..

Abang Watson-(sambil tergelak dalam hati)Kejap yer Abang Macho,saya pergi tengok jap...

Kami berdua pon pergilah menuju ke bahagian Kondom-Kondom segar dari ladang ituww..setelah tiba..

Abang Watson-Ikshhh..saya pon tatau mana yang bleh tahan tak terkoyak neh..Abang try la jenama neh..dia macam extra thick sket..

Abang Macho-Abang penah try dah jenis neh..terkoyak jugak..sakit...

Abang Watson-GULP!!ikshhh..saya pon tatau la Abang Macho...

Abang Macho-Hurmmmmmm..payah jugak ada *tuuttttttt trutttttttt* besar neh..

Abang Watson-Hehehehe..(sila insert bunyi gelak amik hati..)..

Abang Macho-Takpala..abang amik yang tadi tu jer la..berapa semua?

Abang Watson-rm27.90..neh bakinya..terima kasih..sila datang lagi...

Abang Macho-Sama-sama..

Setelah seketika,Abang Watson termenung seketika sambil tergelak sendirian...

"Gila ka hapa dia tu..biaq betui...sedang kondom pon orang di Padang Pasir buat bekas air nak bawak merentasi gurun,isi banyak2 air dalam tu pon tak pecah2(sila Google),inikan pula saiz trutttttt truttttttt lelaki Asia yang puratanya **cm lebar ** cm panjang..sila Googgle sendiri!..Biar betul mamat neh..wait da semenet!!!!DAMN!!!!BADAN MACHO?BAJU SENDAT?RAMBUT FIN?PENCUCI MUKA SAFI?RAMBUT FIN?LUBRICANT?BEGITU BANGGA MENCERITAKN SAIZ TRUUTTTTT TRUTTTTT KAT AKU???HARAM JADAH!!!GAY HOPANYA!!!!KO NAK MENGORAT AKU KAAAA????LAGI SATU,YANG KO SUKA PEGI KETUK PINTU BELAKANG TU SAPA SURUH!!!SIAP PAKAI KONDOM PLAK TU..kwhahahahahhaa..mmg la terkoyak sebab bontot rakan gay ko tu penuh dengan taik-taik yang tajam..bangang...

segala cerita ini adalah tidak benar dan janganlah anda mempercayainya..diulangi..TIDAK BENAR..

Sekian,saya yang melaporkan
Abang Watson yang suci fikirannya..

Saturday, April 18, 2009

..taik-taik aku memang wangi...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Maklumat Calon
No. Kad Pengenalan
:
850*140266**



Nama Penuh
:
MOHAMAD CHRIS BROWN WATSON YAHAYA



Keputusan
:
SETELAH MEMERIKSA KERTAS JAWAPAN PIHAK TUAN,KAMI BERSETUJU UNTUK MENGUMUMKAN ANDA LULUS DALAM PEPERIKSAAN INI YANG DIADAKAN PADA 21 FEBRUARI 2009.JAWAPAN ANDA MEMANG MACAM PELAQ,NASIB BAIK ANDA HENSEM,KALAU MUKA PECAH JAMBAN,JANGAN HARAP NAK LULUS.SEKIAN,WASSALAMU.


*kandungan terpaksa di-edit bagi menjaga hati sesetengah pihak*

tapi aku lulus tu memang kenyataan..aku pon tak bleh terima..

Tuesday, April 14, 2009

Laporan Kerja Untuk Hari Ini Episod 5

Semasa Abang Watson sedang menyusun barang-barang yang baru sampai,Kedai Watsons di masuki oleh 2 orang gadis yang begitu happy dan ceria sekali,seceria Teletubbies...Setelah mereka puas memilih barang-barang yang hendak dibeli,datanglah mereka ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran,bukan untuk membuat kek hari raya...Aku gelarkan mereka GadisTubbies1 dan GadisTubbies2...

GadisTubbies1-Ehhh..you dah takde nak beli barang lain ker?

GadisTubbies2-Dah..nope..takder..aku bukan ada banyak duit pon..

GadisTubbies1-Abang..jap eh..nak amik sabun jap...

Abang Watson-Kay kay..cepat sikit yer..saya dah scan neh..nnti customer belakang tunggu pulak..

GadisTubbies1-Alaaa..kejap kejap..

Seketika kemudian,GadisTubbies1 datang bersama sabun yang dihajatinya..untuk apa kegunaan sabun bagi perempuan,sila wikipedia...bagi lelaki,sabun HANYALAH untuk mandi..

GadisTubbies1-Yang neh berapa harga neh?

Abang Watson-Sekati RM3..percuma beg plastik ada cop Watsons Personal Care Store..amacam?ada beran?

GadisTubbies2-Okayla tu..dah dah..ko amik jer la..lambat dah neh..

GadisTubbies1-Okay okay..amik yang neh..ehhh..saya dok panggey awak neh abang-abang ja kan..umur berapa neh?

Abang Watson-Agak-agak?

GadisTubbies1-Macam baru habeh SPM ja pon..panggey "adik" jer la ek...

Abang Watson-A,ah..baru habeh SPM...(dalam hati,KWHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!)

GadisTubbies1-Owhhh..neh keja sementara tunggu nak dapat tawaran pergi U la neh?

Abang Watson-A,ah..dari tak buat apa kan?baik saya kerja..tak gitu kak?akak study agi ek?kat mana?

GadisTubbies1-Akak study UUM..final year...

Abang Watson-Dah final year?waaaaaa...umur akak?

GadisTubbies1-24 tahun dik..dah tua dahhh..

Abang Watson-I can see that...(dalam hati..KWHAHAHAHAAHAHAHAHHAHA)

GadisTubbies1-Okayla dik..terima kasih yer..

Abang Watson-Sama-sama kak..

Disini saya ingin berterima kasih kepada sabun cap Betik yang saya gunakan untuk mencuci muka..terima kasih kerana membuatkan diri ini kelihatan muda lagi kacak..terima kasih...