Sambil-sambil aku tengok match Manchester United VS Liverpool tadi,sempat-sempat la jugak aku tukar-tukar channel tengok Anugerah Juara Lagu Gerakan Masonry bawah pimpinan ketua Freemason Malaya tu..Sapa tau dia tau la..Lagu-lagu boleh tahan best la..cuma ada la satu dua lagu yang rasa macam tak patut masuk final pon..Jahat dari Stacy contohnya..zaman KRU dah lama berkubur..cucu-cicit lagu seangkatannya pon boleh ikut buat CD+VCD Karaoke jual kat pasar malam..Serius!
Aku menghargai muzik..Aku memang menghargai muzik..Muzik yang aku rasa memang patut dihargai,aku hargai sepenuhnya..Susunan,lirik,bibit-bibit melodi,naik turun,semua aku akan hargai jika lagu itu betul-betul dicipta dengan penuh usaha dan titik peluh memerah otak untuk menghasilkan sesebuah lagu..Sebab tu aku beri perhormatan terbesar aku pada lagu-lagu Dragonforce!Kalau lagu setakat cipta hanya untuk memenuhi pasaran,tanpa true kepada muzik yang diperjuangkan,itu hanya akan dapat cebikan dari aku..Walaupon hanya aku yang mencebik,tetapi ianya tetap mencerminkan yang lagu kau tak sedap bukan?
Okay,menang kepada Ana Raffali..Seriusli,benda first keluar dari otak aku..
"M.Nasir sebagai ketua juri ada tangkap projek juta-juta ker ngan Aidit Alfian?"
Kemudian terkeluar pula soalan yang agak tidak mencabar dari kotak minda aku..Tetapi,agak tidak mencabar untuk diproses otakku..Ringkas dan padu..
"Amboih amboih Siti Nurhalizaaaaa..Semenjak ada Abang Khalid si muka lepak Kelab dangdut tu,dah pandai menari yer sekarang..Siti sedang melakukan perubahan ker?"..tanya Kotak Minda aku...
"Umur dah ganyut,badan dah chubby,semua dah mengelebeh,itulah aktivitinya untuk makcik-makcik lepak rumah tak buat kerja..Dia bukan menari inang ker aper tu,dia menari Aerobik tu!"..balas Otak aku selamba...
6 comments:
siti mmg x patut...hate siti...
hehehe..benci tanda sayang
Aku nak anti kau!Aku minat siti. (taklah gile sangat)
Tapi aku tak suke ana rafali. takyah jadi penyanyilah. Dia gedik.
ahahahaha..sorry...
ade org yg lebih layak mng AJL. tp bukan ana rafali.
tp ustazah ade bilang, 2 sume REZEKI.. -.-""
rezeki..amin...maybe...amin....
Post a Comment