Friday, June 17, 2011

Senang hendak senang..Susah untuk Kesenangan..

Abang sekarang sibuk...Ingat entri Abang yang bertajuk Sabar Sabar Biar Papa Pegang tu?..Abang hanya mencari "jalan" pada waktu itu..."Jalan" yang Abang cari dan telah pon memulakan gerak mula minggu ini...

Abang sudah jumpa "jalan" baru dalam mencari haluan hidup Abang...Alhamdullillah,kini berada di Puncak Alam pula menabur bakti kepada anak bangsa di UITM...

Kembali menjadi tumpuan mata-mata pengejar ilmu pengetahuan..Mata-mata penuntut ilmu duniawi..Mata-mata para pelajar-pelajar Abang yang mengharapkan ilmu daripada Abang...InsyaAllah..Akan Abang bantu satu-persatu..Selangkah demi selangkah...

"Saya tak minat la course saya neh Sir...Mak saya yang suruh saya masuk belajar kat UITM neh..."..rungut seorang Pelajar apabila minta diperkenalkan diri....

Abang hanya mampu tersenyum....

Bukan mudah untuk hidup...Lagi susah untuk berdiri di atas kaki sendiri...

Muda lagi,masih belum kenal erti kehidupan...Tiada jalan mudah untuk berjaya...Jalan mudah hanyalah untuk orang bodoh dan murah...

Kau ingin hidup senang?Banyak jalan mudah sekarang...Begitu banyak...

Kau boleh jadi Pelakon yang tidak boleh berlakon tetapi boleh menjual bentuk tetek...

Kau boleh jadi Penyanyi yang tidak bersuara tetapi bernafsu buas...

Kau boleh jadi model yang mempunyai rupa tetapi tidak mempunyai maruah diri...

Kau boleh menjadi ahli perniagaan yang berjalan megah di atas kesusahan orang bawahan...

Kau boleh menjadi ahli politik yang hanya tahu merancang untuk kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain...

..dan munkin kau juga boleh menjadi pelacur kelas atasan..Senang...ataupon perempuan simpanan ahli-ahli politik seperti yang diatas...Senang bukan untuk senang?

Berjalanlah di atas kaki sendiri..Bukan menjadi parasit orang lain...Bukan dengan menggadaikan maruah..Bukan dengan hanya mengambil jalan mudah...Ingat pesan Abang...dan jangan lepak kat depan pintu Pavillion...Ptuih!

*Mood benci model-model murahan yang penuh dalam Facebook..Diselang pula dengan lagu Pesawat-Hitam,memang akan mengeluarkan aura berleter gua*

Enjois!!!

9 comments:

Headmaster said...

hurm.seraya gua berfikir.hurm

zarazueyin said...

yup betul
bukan senang nk senang dan
bukan susah nk susah
kita akn rasai nikmatnya hasil dr usaha kita sendiri bersusah payah ;)

Daya SooYoung H said...

selamat pg cikgu ! *nada upin ipin . teheee

Munky itu Hanjeng said...

itulah yang semahunya sekarang...keep it up...
Selamat pagi murid murid...

vampire's lovex said...

like sana like sini..model baru nak up hhoho....

gplovers said...
This comment has been removed by the author.
gplovers said...
This comment has been removed by the author.
gplovers said...

ini komen yang tiada mengena dengan entry.. entahlah tengok sendiri. haha

http://mymedium-tiha.blogspot.com/2011/06/blog-yang-aku-sukasangat.html

Munky itu Hanjeng said...

Thanks very much!!!will write about you in near future...yeah,quite busy lately..and I'm studying in UPM,pursuing my master there,fyi...