Friday, June 24, 2011

Identiti

Gua ada banyak dengar suara-suara bloggers lain yang menceritakan tentang Blog Hanjeng ini...Terima kasih kepada yang sudi mengulas blog yang tidak seberapa ini...Terima kasih kepada Mrs Guinea for your review..Terima kasih juga kepada Abang Zam dan Leman...kepada yang lain-lain,dengan penuh perasannya,kalaulah anda ada menganalisi blog ini,terima kasih jugak diucapkan...

Tahukah lu orang semua yang blog gua dah berusia 4 tahun...Lama..Sungguh lama aku berblog...Bukan secara serius,tetapi hanya untuk melepaskan apa yang terbuku di otak..Bukan terbuku di hati..Kau berfikir guna hati ka otak?Patutlah kau pakai tudung pakai legging nampak bontot...Gua akan menulis jika anda benda yang ingin aku sampaikan...Bukan setakat gambar-gambar makanan gua,mahupon gambar anak saudara gua yang pandai cakap "teng kiu teng kiu",dan juga bukan sekadar gambar-gambar melawa kau yang hanya digunakan untuk memancing pembaca lelaki untuk menaikkan rate Nuffnang kau...Aku menulis bila aku ingin menyampaikan sesuatu...

Ramai yang kata,munkin penulisan aku bersahaja,tetapi jika kau betul-betul memahami apa yang ingin aku sampaikan,kau akan paham masalah sebenar..Aku berkias...Selalu berkias...Nama anak aku nanti pon akan aku letak Mohd Kias Fansuri...Sebab aku minat Kias Fansuri...Siapa Kias Fansuri?Lu orang hanya layan Bangfes,tak payah tahu apa itu Kias Fansuri...Tetapi,itulah..Kalau kau paham,kau ambil...Kalau kau tak paham,kau boleh pergi baca blog lain..Aku tak kisah...

Kenapa blog aku nama Blog Hanjeng?

Dulu blog aku nama senonoh..Memang senonoh...Tapi,ada satu time tu,gua tengah geram baca artikel untuk thesis gua,dalam kepala otak asyik maki jer..Anjing anjing anjing...Terus gua tukar nama blog gua jadi Blog Hanjeng...Bukan BELOG..BELOG bunyi macam TELOG...Gua tak layan telor,,Gua berorientasikan lurus...or straight.."Hinanya nama blog..Sahih orangnya pon hina"...Yes..memang nama hina..Tetapi ianya hanya atas nama...Nama..Just an orientation...Just a medium in symbolizing something...Biar nama hina,jangan perangai hina...Kalau nama lu Fasha Al-Habsi Sandha Gemora Diana Mustawalsikin pon,tapi perangai lu macam jalang,lu tetap hina...Betul?..Jadi,aku suka nama Hanjeng...dan lagi satu,anjing cute dan pandai melintas jalan...Tidak seperti kucing yang harap muka saja comel,tetapi bodoh bila nak lintas jalan...(Cuba relate dengan konteks dunia sekarang..Inilah yang gua maksudkan dengan sikap berkias aku)

Kenapa tak selalu update?

Sibuk..Ya..Amat sibuk..dan munkin tiada apa yang menarik untuk diceritakan...Lainlah kalau kau nak dengar cerita aku hari-hari buang taik kucing-kucing aku...Mau?..Minta maaf kepada Followers semua...

Dan ini soalan yang selalu muncul....

Kenapa tidak dedahkan identiti?

Malas...Tak hensem..Tapi sebenarnya hensem jer...hehehehe

Wahhh..Aku dah tahu macam mana nak dapat followers beribu..YES YES!!!!

Kejap,gua amik gambar gua....

*Ketechakkkkk*..(Sila insert bunyi kamera)

Pergh...Hensem sial gua...Okay,disini,dengan penuh bersejarah,Abang akan reveal identiti Abang...



Abang sebenarnya adalah Aaron Aziz...

Kthxbye!

24 comments:

dillaazman said...

aaron aziz lah sangat..haha!

Munky itu Hanjeng said...

kthxbye!kwhahahaa..

Headmaster said...

lu dah ambik identiti gua.gua dah tercalar.bertahun gua pegang ranking aaron aziz sebenar.gua sudah mula berbulu

Munky itu Hanjeng said...

abang besar sudah keluar bro..cuti gua sudah habes...gua pegang balik title gua..

Anonymous said...

ade lg yg layan kias fansuri skrg..
:D

bukan ape, sbb ramai 'gagak hitam' skrg layan BMTaHi. huhu

Munky itu Hanjeng said...

the best..

gplovers said...

hahaha..tak kisahlah. yang penting anda terus berblog. walaupun tak selalu update, saya akan terus tunggu dengan penuh sabar.ecece. kalau muka anda macam sathiya pun saya terima je sebab penulisan anda best!!! x)

bact. said...

ayat kiasan neh
tak ramai yang paham

dah tak paham terus melenting
bangang betul

Mohammad Fathi said...

haramjadah, geram gila baca sampai habeh. sepatutnya baca sekerat ja. hahahhaha. 30 saat mencari cinta. buleh dak tara tu.?

hi harun haziz. puiiiiiiii.

Munky itu Hanjeng said...

gplovers-thanks for the support...i will keep it updated..hopefully...

bact-itulah...baca tapi tidak berfikir...terlalu oriented kepada buku..ptuih!

mon-HAHAHAHAHAHA..rindu aih nak pi lepak umah hang!

Encik Amie said...

hahahaha..tak padan dengan hang pala bsaq..boh gambaq aaron aziz..

Munky itu Hanjeng said...

En Amie ensem takpalaaaa...sapa la kita neh...

Jane Doe said...

Sbb bahasa kiasan & sinisan itulah org slalu block aku kat fesbuk.. Sbb apa? Terkena kan?
Pi mkn cili sapa suruh!

Mohammad Fathi said...

en amie hensem.? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah. nak sambung gelak lagilah. kah kah kah kah kah kah kah kah.

Munky itu Hanjeng said...

bahasa kiasan budak2 susah nak paham..bengap...
apa gelak gutuuuuuuu monnn kat en amie..sattt..KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...mcm tu lain kali...

Mohammad Fathi said...

sekali lagi KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH.

Daya SooYoung H said...

adoyai~~
aaron aziz? jgn ler pilih org yg kacak sgt . kahkahkahkahkah

abes otot2 mulut sakit akibat ketawa berdekah2. ;p

Munky itu Hanjeng said...

tak percaya?

✖[Hanjiechan]✖ said...

belog = telog??
hahah..
adeii..
kucen adalah comel & pndai melintas jln jugak tahu?
cuma kebanyakan manusia je yg nafsu sgt nk drift or rempit laju2.. >.<

(maaf jika emosi sedikit)

Munky itu Hanjeng said...

tidak semua...(masih berkias)

lah said...

caya lah bang! hahah. seniorku aaron aziz rupanya, nak sainnnnnn (gedik) :p

Munky itu Hanjeng said...

HAHAHAHA...

Penulis Bogel (the naked writer) said...

auwww...terpesonanya! hahaha...silence kan lagi bagus ye dak?

Pett Suhaimi said...

Kias Fansuri tu...zaman2 bangfes ni org xtau sgt.