Saturday, July 7, 2012

What Keeps You Going?My bike...

Aku terjatuh hari itu..Bukan terjatuh longkang ker aper..Terjatuh disebabkan cinta..Semua orang akan rasa benda tu bila mana hang sayang sangat-sangat sorang tu,sampai sanggup buat apa saja untuk dia,tapi bila akhirnya,dia akan tinggalkan kau bila apa yang kita buat tetap takkan mencukupi...Bila mana hati dah tertutup dengan segala kesalahan,tidak lagi boleh dibilas dengan segala kebaikan,perpisahan itu tetap akan berlaku...Kau buatlah apa pon,bila dia nak pergi,dia tetap akan pergi...Walaupon kau cuba nak selamatkan mana yang tertinggal,percayalah,dia tetap akan pergi...

Sakit dia jangan cakaplah...Rasa macam kena titis ayaq ribena lemon strawberri dalam mata sambil ada orang tikam belakang kau dengan pisau tumpul...Mata kau dibutakan sambil diri kau ditikam dari belakang..Mata kau dibutakan kerana kau terlalu sayangkan dia sampai segala apa yang dia buat kat belakang kau,kau tetap menidakkannya...Sampailah satu masa,ianya sudah terlambat...Bila kau dah berdarah dari belakang,takdak benda dah boleh selamatkan semua...Hanya mampu berserah,dan dalam hati,kuatkan segala kekuatan yang ada,bangun balik...

Dan,entri ini aku dedikasikan kepada basikal aku...Terus terang aku cakap,basikal aku yang membuatkan aku kuat balik...Kalau aku cakap mak ayah kang cliche sangat pulak..Aku jatuh terduduk time tu..Dengan segala benda jadi gelap sekeliling aku..Aku takdak benda yang boleh buat aku naik balik..Aku pernah cerita dulu,dalam satu entri yang aku dah jual barang-barang basikal aku disebabkan aku ingin penuhi kehendak dunia dan chenta aku pada masa itu..Jadi,basikal aku tergadai..Bila aku terjatuh,basikal aku yang tinggal hanyalah kerangkanya sahaja...Tayar,handle,saddle,pedal,segalanya..Tinggal frame sahaja...Bila aku jatuh terduduk disebabkan cinta,aku memang terjatuh...Hinggalah satu hari,aku nekad,dengan gaji yang ada,aku beli balik semua barang-barang basikal aku..Sampailah aku siapkan sarungkan kembali semua benda ke basikal aku,dan akhirnya aku kembali ke atas saddle itu...Setahun aku pendam perasaan nak kayuh tu,bila dah dapat kayuh semula,hanya Tuhan saja yang tau..

Buat pertama kalinya,selama setahun aku tidak kayuh,perasaan betapa tenangnya kayuhan kau,di atas basikal kesayangan kau,segala serabut,sedih,pedih,sakit itu HILANG!!!..Memang ada sesetengah orang yang mencemuh dengan apa yang aku rasa sekarang,tapi dah hakikat macam tu,aku nak buat macam mana...Perlahan perlahan sakit dalam hati aku hilang,dan sampailah hari ini,aku tetap tenang dalam meneruskan kayuhan hidup ini...Janganlah nak cuba suruh aku buang basikal aku lagi..Memang aku akan keluarkan sisi jahat aku...Aku takkan ulang semula kesalahan dulu,dan aku lebih tenang dalam menerima apa saja yang mendatang...

Just don't ask me to take away my bike...Belum tentu kau dapat memberi jaminan kebahagiaan kepada aku,sedangkan aku tahu,kebahagiaan aku dengan basikal buat masa sekarang adalah lebih menenangkan...Jikalau aku terjatuh,aku akan tetap naik semula ke atas basikal aku,kerana aku tahu,ia akan tetap ada disini...Tidak seperti apa yang telah aku harapkan dahulu...

Munkin kau tidak paham apa yang aku rasa sekarang ini...

Sila tonton video neh sampai habeh...Kau akan paham..



Tetapi,bagi mereka,aku paham perasaan mereka..Jatuh sekali tak bermakna kau akan jatuh selamanya..Jangan jadikan satu "kecacatan" sebagai penghalang..Kerana,aku dan mereka juga tahu,this is what keeps us going...


2 comments:

Syazana Zainn said...

syahdunya luahan perasaan ni T.T

Munky itu Hanjeng said...

biasalah..