Monday, July 21, 2008

Mereka Pelik

1-Mereka pelik memakai baju hujan Shoei yang dipadankan dengan seluar jeans kaki kecik Levi's Uptown berserta kasut Timberland bertapak tebal walaupon mereka hanya hanya menaiki motor EX5 Dream dan bukanlah pacuan 4 roda.

2-Mereka pelik melihat perempuan-perempuan gebu lalu dihadapan mereka seraya bertukar menjadi anjing gersang yang cuba mencari pasangan agar dapat di"kerja"kan beramai-ramai.

3-Mereka pelik apabila mereka membuat muka bangga memasang lagu rock kapak kuat-kuat di kedai-kedai makan sambil menyanyikan lagu pilihan mereka beramai-ramai tanpa mempedulikan pandangan enteng pelanggan yang lain.

4-Mereka pelik apabila melihat lurah dada gadis gebu di hadapan mereka seraya mata mereka meliar melihat gadis itu dari atas bawah dan berfikiran mereka mampu memilikinya walaupon muka masing-masing agak kurang manis dipandang.

5-Mereka pelik apabila mereka dengan begitu bangga sekali membuat aksi-aksi yang sama sahaja ditonton dari mula sehingga habis iaitu angkat tayar depan kemudian tayar belakang dan kemudian tayar depan kembali dan kemudian angkat kaki apabila Polis datang memberi salam.

6-Mereka pelik apabila mereka berkumpul ramai-ramai dan menjadi begitu "kebal" sekali bersama rakan-rakan tetapi begitu bacul sekali apabila mereka berseorangan walaupon mereka mempunyai sticker "Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia",sticker kepala Red Indian,mahupon sticker "Jaringan Labah-Labah" tertampal di kenderaan masing-masing walaupon kita semua maklum hanya babi datang berkumpulan,singa single ladoooo!!amma!

7-Mereka pelik kerana mempunyai akaun Myspace yang digunakan untuk mencari kaum hawa yang juga pelik seperti mereka dan kebanyakkan mereka memang pelik mendekorasikan laman Myspace masing dengan penuh "Bling-Bling" sekali.

8-Mereka lagi pelik apabila mereka mempunyai gadis-gadis belasan umur yang agak gebu di dalam dakapan mereka walaupon mereka tahu mereka telah merosakkan masa depan gadis-gadis ini.

Mereka memang pelik..

2 comments:

ronalbi said...

secara serius,

wtf, munky?

ini apa?

entri ni pelik sebab memelikkan orang lain dengan hasil gaya penulisan ikut ikutan sepert mm. tapi annoying la sebab tiru mm, ye dak?

Munky itu Hanjeng said...

MM idola aku semasa mula2 berblog dahulu..
rajin selak sampai ke sini...
terima kasih