Thursday, March 25, 2010

Munkin rancangan Animal Planet...

Aku suka menonton rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari..tak kira lah dalam Discovery Channel ker,National Geographic ker,History Channel ker,mahupon Animal Planet sekalipon..tetapi aku lebih suka menonton Animal Planet..munkin sebab aku suka binatang...

Tetapi semalam...hati aku kecewa..begitu kecewa...aku pulang dari kelas dalam keadaan kepenatan...letih...munkin satu hari yang penuh bergelumang dengan kerja dan nota-nota membuatkan akal fikiranku letih dan lesu...

Harapan aku..munkin sedikit ketenangan dengan menonton telatah-telatah haiwan yang bebas menjalani kehidupan tanpa perlu memikirkan masalah dunia..aku mencapai alat kawalan jauh TV ku,dan kucapai alat kawalan jauh ASTRO...butang ditekan...ketenangan yang ku cari...Animal Planet di dalam skemataku...

Tetapi..

Ku perhatikan gelagat fauna di dalam rancangan itu...

Mereka menjerit..menjerit...mengaum..mengaum...menjerit lagi..meraung..dan disusuli dengan ngauman yang lantang dan menyakitkan telinga..seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu..mereka melompat kesana-sini,berguling-guling meronta-ronta,tarian cinta yang munkin sebahagian daripada proses mengawan..aku masih mengamatinya...masih lagi meronta-ronta seperti mahu diambil perhatian terhadap keadaannya...ianya berhenti...kemudian disusuli pula dengan komentar-komentar daripada penjaga mereka...menerangkan masalah masing-masing....

Aikk!Ini bukan kebiasaan rancangan kegemaranku...dan aku mulai pelik...kenapa begini..hati ku makin tidak tenang...resah..sesak...dan serabut.....Animal Planet mengecewakan aku....


"Woi,apa yang hang dok tengok Akademi Fantasia plak neh??"sapa rakanku yang baru keluar dari biliknya...

"Naharommmmmmm...ingatkan rancangan Animal Planet yang bertajuk "Singa Makan Arnab" kegemaran aku tadi!!!"

"Tukaq-tukaq!!"

7 comments:

jun pyo/mbb said...

ha ha.

mangkuk betul la.

aishh

ingtkan sangat mengamati binatang2 itu.
rupa rupanya.

ha ha

Munky itu Hanjeng said...

depa mmg mangkuk..propaganda yahudi semata-mata..percayalah..

wa said...

MANGKUK? haha..anasir2 ni lah yg melemahkn pemikiran kita!

Munky itu Hanjeng said...

ada lagi yang boleh melemahkan pemikiran kita...dr rozmey...

jun pyo/mbb said...

dr rozmey yang jual jus mate tu ke?
ermm

Munky itu Hanjeng said...

sapa lagi...munkin kecik2 tak dapat cukup kasih sayang dan perhatian kot..

wa said...

dr rozmey melemahkan pemikiran kita?aha.!