Monday, May 17, 2010

Abang Anjeng Membantu Siri 1

Baiklah..di sesi pengenalan ini,abang anjeng akan terangkan serba sedikit tentang apakah itu siri terbaru "Abang Anjeng Membantu" yang telah abang lancarkan semalam..Siri ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang bermasalah di luar sana..kepada sesiapa yang mempunyai masalah,sialah jangan segan silu untuk menghantar surat kepada Abang Anjeng,menceritakan masalah supaya Abang Anjeng sedikit sebanyak boleh membantu..Jangan risau,Abang Anjeng ada amik subjek Kaunseling Sekolah,Kaunseling Keluarga,dan juga Kau Sering Dikecewa semasa zaman belajar Abang Anjeng dulu..Jadi,untuk siri pertama ini,Abang Anjeng akan melayan surat daripada Jejaka Risau dari Kuala Selangor..

Assalamualaikum Abang,
Saya ada seorang kekasih yang saya kenal sejak dari tahun 2006..Saya namakan dia L..L seorang yang pandai mengambil hati saya.sikapnya yang mudah mesra,amat menarik hati saya semasa mula-mula berkenalan dengannya dahulu.Tetapi,sejak kebelakangan ini,L selalu mengelak untuk berjumpa saya.Saya dapat tahu yang L sudah mula menghubungi bekas kekasihnya sebelum ini,tetapi saya abaikan itu kerna cinta dan sayang saya terhadap L..Tetapi,pada malam semalam,saya cuba selidik dengan mengekorinya dari belakang untuk melihat aktivitinya..Alangkah hancurnya hati saya apabila saya nampak L dan bekas teman lelakinya berjalan sama-sama masuk ke dalam rumah L.Mujur saya ada kunci spare,jadi dengan diam-diam,saya pon masuk rumah L,dan alangkah terkejutnya saya,L dan bekas teman lelakinya itu sedang seronok melayar bahtera.Saya sungguh kecewa,tolonglah saya Abang Hanjeng.Saya begitu buntu.Apa yang perlu saya lakukan?

Jejaka Risau
Kuala Selangor

Adik Bodoh,
Setelah membaca masalah adik,abang dapat simpulkan yang adik munkin mempunyai masalah tenaga batin,ataupon dengan erti kata lain,lemah tenaga syahwat dan tidak mampu bertahan lama.Jadi,eloklah jika adik mencari ubat-ubatan tradisional seperti tongkat ali supaya adik lebih mantap.Maka,dengan tenaga yang lebih mantap,tentulah kekasih adik takkan cari orang lain.Lagi satu,banyakkan lah membaca buku-buku ilmiah supaya membolehkan adik menjadi pandai.Bila dah pandai,hidup akan senang.Bila hidup akan senang,adik akan jadi Datuk pada suatu hari nanti,dan adik boleh bela anak ikan keliling pinggang adik.kekasih adik si L tu,adik boleh buang dalam Sungai Klang,biar ikan-ikan makan,sambil adik makan anak-anak ikan adik.Terima kasih...

Kisah benar dicedok dari Harian Metro yang gua baca aritu..Dan gua boleh jadi Kaunselor..

2 comments:

Rozmey Mania said...

Abg Hanjeng..saya ada satu permasalahan.Rozmey dikatakan mencari rumusan baru utk dibangunkan di kawasan Jitra terlebih dahulu. Jadi Anjeng Abg boleh tak menurut jejak Rozmey utk berjaya sedemikian rupa supaya nntinya berdiri sama tinggi dgn artis2 malaya kita seperti yg dilakukan Rozmey..adakah Anjeng Abang mampu untuk menghasilkan benda baru di M'sia ini..Sekian jawab.

Munky itu Hanjeng said...

Abang akan post satu thread baru untuk masalah ini..ini adalah isu yang menarik..nntikan..