Saturday, August 14, 2010

Kapitalis oh Kapitalis

Kapitalisme membawa maksud sistem ekonomi dan sosial yang dijana ke arah pengumpulan kekayaan dan keuntungan mengikut permintaan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran,kos,harga barang,dan perkhidmatan.Ianya juga cenderung kepada pengumpulan keuntungan oleh individu-individu tanpa gangguan kerajaan.(Sebagai contoh,pengecualian cukai).Sistem ekonomi kapitalis bolehlah dikatakan sebagai medium dalam mewujudkan jurang perbezaan yang ketara di antara hak-hak pengguna dan sistem ekonomi yang adil.Ini kerana kapitalisme,bertentangan dengan ideologi
sosialisme,menitik-beratkan keuntungan di sebelah pihak sahaja tanpa memikirkan isu-isu dan hak-hak ekonomi masyarakat lain.

Di Malaysia,kita seringkali menidakkan sistem kapitalisme ini di dalam menerangkan sistem ekonomi negara ini.Ini bolehlah dikatakan seperti "ayam terlepas,tahi di tangan".Walaupon aku tak berapa paham apa significant peribahasa itu dalam konteks ini,tetapi sistem kapitalisme ini sudah lama bertapak di Malaysia.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan sedikit sebanyak mencerminkan sistem sosialisme,tetapi benarkah sosialisme ini diterapkan?Banyak rakyat Malaysia yang mengutuk sistem kapitalis ini dengan menuduh hanya masyarakat barat yang mengamalkannya.

Murtabak yang hanya sebesar tapak tangan aku,berintikan bawang dan ubi semata,tetapi ditulis besar-besar di depan gerai "Murtabak Ayam,Daging",tidakkah itu kapitalis barat?

Udang masak sambal dimana udang-udangnya hanya sebesar jari telunjuk aku,4 ekor berharga RM3,tidakkan itu kapitalis barat?

Pajeri terung,kurang manis,dan terung-terung yang sebesar 2 jari,2 ketul berharga RM2,tidakkah itu kapitalis barat?

Ayam percik,dimana ayamnya hanyalah sebesar 3 jari aku,berharga RM 3,tidakkah itu kapitalis barat?

SIOT AHHHHH PENIAGA-PENIAGA PASAR RAMADHAN!LU ORANG MEMANG KAPITALIS BARAT!!

2 comments:

Syazana Zainn said...

tau takpe.
sume barang da naik harga.
):

Munky itu Hanjeng said...

besala..amik kesempatan terhadap yang memerlukan..kapitalis la tu..