Wednesday, December 21, 2011

Bukak Hijab?

"Kau dah tengok cerita Hijab?Alaaaa..yang Pierre Abdre berlakon tu..."..kata Rakan Sengal malam tu..Gua lepak-lepak dengan dia..

"Hijab?Cerita pasal apa?"..tanya aku...Aku tahu cerita tu..

"Owh..dia cerita pasal mamat neh..Nak tengok hantu..So,dia pergi jumpa makcik sorang neh..Suruh bukak hijab.."..explain Rakan Sengal...

"Owhhhh..dia buat macam mana nak bukak hijab tu?"..tanya aku..untuk menduga..he he he...

"Yer laaa..jampi-jampi..letak benda apa tah kat mata dia..Then terbukaklah hijab dia..Terus dia boleh nampak hantu..Takut sial.."..hurainya lagi...

"Apalah kau neh..Benda-benda karut tu pon nak percaya..Tak payah jampi-jampi neh pon ko boleh bukak hijab kau.."..kata aku dengan serius...Sesuai dengan imej aku yang serius..Muka dia chuak..tapi berminat..

"Aku tahuuuu ada cara..Tapi taknak lah aku..Seram"..balas Rakan Sengal..

"Tu pon nak takut..Apalah..Diorang pon makhluk Tuhan jugak..Aku tahu cara dia..Pak Lang aku ajar..Dia memang ada ilmu-ilmu batin neh.."..masih lagi serius gua explain sama dia..

"Macam mana nak bukak hijab neh?"..berminat pulak mamat sekor neh..

"Senang ja,kau pergi Jalan TAR,kau beli tudung Wardina..Balik,depan cermin kau pakai,and then kau tengok muka kau yang bertudung tu...Jangan gelak,nanti tak jadi..Then,kau bukak hijab tu,kau tengok dalam cermin tu...Ada muka hantu..Serius!.Haaa itulah yang dinamakan bukak hijab."..explain aku panjang...

"Itu bukak tudung la babi..."..marah pulak Rakan Sengal..

"Hijab tu bukan tudung..?"...tanya aku selamba..

Rakan Subweiiiiii dah gelak guling-guling kat sebelah....

1 comment:

Miziey said...

Dalam cermin tu bukan muka hantu, tp muka anjeng. Wakakakakakakakakak
xD