Wednesday, December 28, 2011

Hidup ini seperti kayuhan basikal...

Aku rindu basikal aku...Aku rindu sangat nak kayuh basikal aku...Basikal aku...Satu-satunya benda yang tidak akan meninggalkan aku..Aku perlu naik semula dan kayuh semula...Hanya aku,basikal,dan perjalanan kami berdua ke hadapan...Sejauh mana pon perjalanan,ia akan tetap di bawah aku,menyokong dengan sepenuh hati...Tanpa prejudis..Tanpa menjadi judgemental...Menerima aku seadanya..Menerima saja siapa aku yang akan mengerakkannya...

Aku terjatuh dari basikal..Bukan bermakud ia mahu menjatuhkan aku,tetapi ianya mengajar aku erti kesilapan...Kesilapan sendiri dalam kayuhan ini..Mengajar aku untuk kembali semula ke atasnya dan teruskan kayuhan..Jangan menoleh lagi,pesannya..Perjalanan kita masih jauh,wahai penggerak kita berdua,katanya...Basikal aku perlukan aku untuk bergerak..dan aku perlukan basikal untuk bergerak..Sama-sama memerlukan...Sama-sama ke hadapan..

Biarlah mereka terlebih dahulu memintas aku dengan basikal mereka..Biarlah ramai yang cuba menjatuhkan..Biarlah mereka terlebih dahulu tiba di garisan penamat..Biarlah mereka terlebih dahulu mengucup piala kebahagiaan..Biarkan mereka,kerana aku masih mempunyai basikal aku disisi..Kerana,pada akhirnya,ia akan tetap berada di sisi aku..Masih akan disisi aku untuk kembali meneruskan perjalanan..

Tapi,aku dah berdosa bagi basikal aku...Aku tinggalkannya bila dia masih berdiri teguh di sebelah aku suatu masa itu..."Tidak mengapa,aku sanggup berkorban untuk kau wahai rakanku.."..Ujarnya ketika aku begitu memerlukan bantuannya..Banyak barang-barangnya telah kujual..Semata-mata ingin meneruskan perjalanan yang tidak pasti itu..Tidak mengapa,ia memahami...Aku hargai pengorbanannya itu...

Tidak mengapa rakanku..Aku akan kembali disisimu...Kita akan sama-sama meneruskan kembali perjalanan itu..kehadapan...Kita akan kembali..Kita akan kembali...


"Maafkan aku"

3 comments:

Abang Zam said...

the most sad story ever 2011

Miziey said...

Gua tacing selama semenet setengah.
Huu~
T.T

*apekebenda word verification ni "horbon"? hormon + babon kerr? hahah.

Munky itu Hanjeng said...

aku rindu basikal aku..serius..damn..
kena cepat beli balik..tp tu lah..abang pon tgh sesak..ahhahaha..