Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu

Lepaklah gua petang tu kat kedai makan depan simpang masuk rumah gua neh...

Ayaq sirap sebagai peneman..Rokok sebagai kawan...Tv kedai sebagai sahabat..

Belakang gua 3 orang brader lepak minum-minum sambil sembang-sembang..Gaya macam besar..Gaya abang-abang...Nampak memang power...

"Malam tu aku dah pergi dah jumpa budak tak guna tu..Tanak bayar jugak.."..Kata Abang Pertama..

"Aku dah cakap dah..Budak tu memang dasar tak makan saman..Aku rasa macam nak pukul ja budak tu.."..balas Abang Kedua..

"Aku dah nak hayun penumbuk aku dah malam tu..Nasib baik ada member-member dia plak kat kawasan tu..Kawasan dia,berani la dia besar kepala..Celaka.."..Balas Abang Pertama tadi...

"Kau jangan risau..Aku dah roger dah budak-budak..Tunggu aku call jer,diorang turun.."..balas Abang Ketiga..

"Siap dia..Perang besar neh..Jaga dia!!!.."..rengus Abang Pertama marah..

..Ohhh..Abang-Abang Gangster 3 rupanya..Patutlah nampak power...

Aku dah bosan lepak sorang-sorang..Lalu aku mengangkat punggungku untuk beransur..Lalu gua pon lalu sebelah meja brader-brader tadi...

"Abang-abang,dah tengok Ombak Rindu?"..tanya gua lembut...

...Diam..Tiada sepatah ayat pon keluar dari mulut masing-masing...

Air mata bergenang masing-masing....Lalu terus mengeluarkan handphone dan menelefon awek masing-masing...

..Dan aku terus berlalu..Dalam hati ada taman...Lalu aku tersenyum panjang....

3 comments:

Abang Zam said...

celaka apa ganas ganas layan ombak rindu woi!

mizan said...

hahaha...

Miziey said...

Sepatutnya dorang layan Ong Bak Rindu. Baru ganazz! peh!