Aku baru ja dengar term "Keyboard Warrior" neh aritu..Sapa tah yang mentioned pasal benda neh kat aku..Bila aku pikir-pikir balik,baru aku paham...Apa itu "Keyboard Warrior"...
Selalunya di dalam Facebook la,kita boleh jumpa Keyboard Warrior..Banyakkk...Sepanjang Pengalaman aku,aku dah banyak kali walked across their path...
Contoh 1
Sambutan Hari Ibu hari tu...Penuhlah komen-komen para pengguna Facebook yang post up their status "Selamat Hari Ibu" bagai..Saya sayang mak,saya rindu mak,segalalah...Biasalah..Hype...Macamlah mak kau main Facebook jugak nak baca status kau yang panjang-panjang kat wall Facebook kau tu..Okay,tiba-tiba datang pulak seorang Keyboard Warrior neh post notes kat wall dia pasai "Haram Menyambut Hari Ibu Kerana Ianya Semperna Hari Kelahiran Mother Mary..Nauzubillah"...Terus aku kata laju-laju...Ha tudiaaaaa...Haram jadah apakah ini...Terus aku bukak note Keyboard Warrior tu..Baca punya baca,tudia,segalanya haram kerana ianya adat orang Kristian lah,hapalah,kita sebagai umat Islam tak elok ikut lah...
Bengap..Kata aku...Hari Ibu?Kalau Hari Kekasih aku tak kisah..Ini Hari Ibu bai..Memang lah kita kena ingat ibu kita hari-hari,tapi aku rasa la kan,bagi kebanyakkan orang kat sini,time Hari Ibu neh la time hangpa nak ingat kat dia,nak bawak dia kuaq makan-makan,nak bagi dia hadiah ka apa,bagi orang tua tu happy kan?..Datang keyboard warrior neh,pummmm,jatuhkan hukum haram..Pegangan orang Kristian?Wah..yang kau pergi upload gambar nampak lurah tetek itu,pegangan agama mana pulak?..Tukang-tukang komen bawah tu pulak,gambar tak kalah.."Iksh..tak sangka pulak Siti Hari Ibu neh haram.Mujuq Siti belum wish lagi kat mama Siti.."..komen salah seorang pengunjung di Note tersebut..Tapi,gambaq profile Siti tak kalah pulak...Pakai tudung peluk cium sana sini dengan Balak itu pegangan agama mana pulak?
Contoh 2
Justin Bieber datang Malaysia itu hari...Adalah satu page portal Media di Facebook neh,upload gambar-gambar sepanjang konsert Justin Bieber berlangsung...Dumm,penuh komen-komen dari keyboard warriors yang super fcuk...Jangan salah paham,aku TAK MINAT Justin Bieber..Aku cuma meluat Keyboard Warriors komen-komen kat situ...Walaupon aku tak minat,tapi aku tak bodoh nak komen bodoh macam Keyboard Warriors kat situ...
"Astafirullah..Inikah dia anak-anak muda-mudi zaman sekarang...Terpedaya dengan dakyah yahudi..Kalau korang semua nak tahu,ini semua propaganda Yahudi yang ingin menyesatkan anak-anak Islam kita..."
Salah satu komen berbunyi...Sungguh alim kedengaran kan?Tapi gambar profile picture rambut kaler-kaler...Berantai bagai...Pejuang Dakwah Islamiah dan Kebajikan mana-mana kah?..Dakyah Yahudi?Eh eh,yang kau main Facebook ciptaan Mark Zuckerberg yang terang-terang memang seorang Yahudi kau tak ambil kira pulak?Kah Kah Kah Kah..Bodoh!
Contoh 3
Isu games yang dikatakan menghina Islam dengan grafik-grafik yang berunsurkan ayat-ayat Al-Quran..Ya,itu memang satu penghinaan kepada kita umat Islam yang digambarkan sebagai pengganas di mata dunia...Salahkan Osama...Tapi,aku sikit pon tak heran bila keyboard warriors neh dok komen pung pang pung pang kutuk sana sini...
"Celaka punya Amerika..Celaka punya Kristian..Ada jugak nak selit-selit dalam games yang diorang buat nak kutuk-kutuk Islam..dah la melalaikan,memesongkan akidah pulak tu..Jangan main dah game-game neh wahai rakan Muslim ku sekalian..."..komen salah seorang pengunjung di Facebook page Media tersebut..
Wah,pejuang Islam di dalam Facebook...Aku setuju dengan dia,tapi setelah tengok gambar profile dia,terus aku hangin...Eh eh pakai subang pulak kau...Berkolar tinggi...Kaki clubbing aku rasa..Kah Kah Kah...Main games melalaikan dan memesongkan akidah?Farm Ville,City Ville,Car Town,Poker yang takdak menghina Islam itu tidak melalaikan kah?Main sampai terlalai dengan perintah suruhan-Nya itu tidak memesongkah kah?
Contoh 4
Terjadi kepada rakan kepada rakan aku...Adalah seorang awek neh post status pasal apa tah...Rakan kepada Rakan aku neh pon komen la...Tup tup,Boipren awek tu sound dia bukan main lagi...Rakan kepada Rakan aku neh rilex-rilex jer la reply komen dia...Sekali apa punya tak puas hati tah Boipren awek neh kat Rakan kepada Rakan aku tu,maki-maki dia...
"Kalau kau berani sangat,mehla jumpa kat luar!!!!Baru kau tahu sapa aku!!!!"..komen Boipren awek tersebut
"Sikit pon tak takut"..balas pendek Rakan kepada Rakan aku tersebut...
Bukan main garang lagi dia dalam Facebook...Cabar sana sini...Kau tahu apa jadi?..Menurut Rakan aku...Petang tu,Rakan kepada Rakan aku tu lepak kat sebuah kedai makan neh...Kebetulan Boipren awek tu pon ada kat situ...Rakan kepada Rakan aku pulak dengan rakan-rakannya...Sekali Rakan kepada Rakan aku tu jeling jer kat Boipren awek tersebut,terus tunduk pandang meja sial!Kah Kah Kah...
Tak usah bercakap besar di dalam dunia online anda..Munkin anda Raja di dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya anda Raja di luar...Munkin anda seorang pejuang Islam di dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya anda seorang Muslim sejati di luar...Munkin anda nampak baik dalam dunia ciptaan anda itu,tapi tak semestinya kau menjaga tingkah laku di luar...
11 comments:
gua was-was nak komen ke tak neh
takot plak gua..
kih3
tahu pon takut...hahaahah...
boooooooo~ to justin bieber..>.<
boooooo JB..Boooo JB
keyboard warrior?? ahahahahaha..
rasanya pernah jgak bertembung dengan diorang nih..
errr....setepekkk kena..hheheh..
salam singgah.. ;)
welcome..sila sila singgah...
rakan kepada rakanku tu aku rasa aku tau sapa. hahaha. sang kojos kan matnip kan. hikhikhik. mamat sembang kemaih tu tak nampak muka kat loqstaq dah lani. baru dia tau langit tu biru ka hitam. hahaha.
hahahaha...dalam facebook sembang kemassss..kat luar menikus...standard melayu...sikit menikus...ramai menyinga...online menyinga offline menikus...bodoh bodoh bodoh...
Filem Minah motor yang membuatkan saya datang ke blog ini. Ohh baru saya faham maksud Keyboard Warrior. Thanks..
Post a Comment