Friday, August 19, 2011

Hijabster?

Berjalan-jalan di kompleks membeli-belah bersama Chenta memang dah jadi rutin aku...Aku suka window shopping..Kalau ada duit lebih,boleh la sambar barang satu dua yer tak..dan aku selalu terserempak dengan Hijabster..

Dan seperti kamu semua tahu,trend sekarang adalah trend hijab,shawl,tudung,ala-ala Hana Tajima..Lilit-lilit,cucuk-cucuk,guling-guling,siap..

Banyak aku nampak,budak-budak,kakak-kakak,acik-acik yang dah menjadi Hijabster..Alhamdullillah bagi mereka yang ingin melangkah ke arah kebaikan...

Ada yang pandai bergaya bersama tudung masing-masing..Tapi lagi banyak yang gagal..

GAGAL...

Serius punya gagal...

Apa ka bangang kau pakai tudung kalau kau masih pakai baju menampakkan bentuk badan kau...

Apa ka bangang kau pakai tudung kalau kau pakai legging jarang nampak warna kulit dan bentuk kaki gajah kau..

Apa ka bangang kau pakai tudung kalau bermekap tebal...

Apa bangang?

"Neh Abang Hanjeng..Nama pon hina...Kitorang pakai tudung pon dah cukup baik tau..Better dari yang tak pakai tudung,pakai baju dedah sana dedah sini,pakai skirt nampak betis peha semua.."..cebik seorang Hijabster cuba menerangkan...

"Apa beza diorang dengan korang?"..tanya aku..

"Ehh Abang Hanjeng neh..Memanglah beza..Diorang tak ingat Allah..Kitorang pakai tudung pon nak komplen ker?"..getus Hijabster itu lagi..

"Maknanya,korang semua ingat akhirat la..?"..tanya aku..

"Of coz..duhhhh..."..balas Hijabster separa puas...

"Ingat akhirat tetapi korang masih terlalu keduniaan..Seperti pepatah Anjeng,niat ke syurga tetapi hati masih di dunia..."..balas aku..

"Kitorang nak pergi berak jap la ek Abang Han..."..balas Hijabster seraya mengorak langkah pergi...

Nak berubah,lakukanlah dengan niat yang betul,bukan hanya tidak ingin ketinggalan di dalam arus fesyen dunia...



Klik untuk imej yang lebih jelas..

Nak pakai tudung tu pakailah..Jangan melebih-lebih sangat boleh tak?

Teletubbies dah peluk Islam kan?Alhamdullillah...

5 comments:

Mohammad Fathi said...

hang kata kat xgf aku si hana tajima no. kojaq balik.

Daya SooYoung H said...

yg pasti masing2 antara kita ade bahagian masing2. :)

(the naked writer) said...

beriman, ya...sempurna, tidak

Munky itu Hanjeng said...

ada bahagian dalam badan kita masing2 yang dambakan perhatian daripada orang lain..bagaimana kita nak tarik perhatian tu kadang2 membuatkan kita terlupa apa yang pandai apa yang bodoh,..

Ninja Turtleneck said...

Nah, kenali puak hijabsters dan puak-puak melayu lain

http://www.blogkencang.com/2012/04/kenali-puak-puak-kecil-dalam-kaum.html