Sunday, April 10, 2011

Cacing Nampak,Gajah Kau Buat-Buat Tak Nampak

Munkin lumrah dunia,manusia ini dilahirkan dengan sikap hasad dengki..Tidak pernah puas hati dengan apa yang orang lain ada...Selalu suka mencari peluang untuk cuba menjatuhkan...

Aku cuba untuk mencorak hidup aku..Segala apa yang aku rancangkan...Segala apa yang aku hajati..Segala apa yang aku nak dalam dunia neh,aku cuba untuk mengapainya...Munkin sedikit lambat,tapi aku masih dalam perjalanan bukan?..Aku masih tidak berhenti separuh jalan merungut,menghentak-hentak kaki kecewa,ataupon tidur tanpa berbuat apa-apa...

Munkin sesetengah itu sudah berhenti perjalanannya...Munkin sudah kecewa dengan impiannya...Munkin sudah berputus asa dengan harapannya...

Dan mereka-mereka inilah yang cuba untuk menjatuhkan kita yang masih dalam perjalanan ini...

Buanglah sikap suka nak mengkritik tu...Semua orang ada sebab mereka tersendiri untuk mencorak jalan hidup masing-masing..Tak payahlah nak cuba untuk menjadi pencorak jugak sedangkan corak hidup kau masih lagi compang-camping...

This is my life,not yours...This is how i live my life..Please live yours....

Monday, April 4, 2011

Kelas Kegemaran!

"Aku suka betul lah masuk kelas Discourse Analysis..Aku suka topik diajar...Memang untuk thesis aku nanti.."..kata Rakan Kelas I kepadaku suatu hari itu...

"Aku pening la kalau kelas tu..Aku tak minat sangat Discourse Analysis..."..sambung Rakan Kelas II...

"Ahh,kau memang tak pandai..Ha ha ha..."...gelak Rakan Kelas I...

"Kau pulak Han,kau suka kelas apa?"..tanya Rakan Kelas II cuba mengalihkan kebodohan kepadaku...

"Aku suka kelas cancel...Aku suka sangat...."..jawab aku selamba....

Aku memang dah kena badi pemalas Sloth sebab cari Sloth for Sale kat eBay haritu..damn....


Senang nak jaga sebab pemalas macam aku...

Where can i find it eh?

Saturday, April 2, 2011

April Fool...

"Woi Hanjeng Hanjeng Hanjenggggg...Maya Karin ngan Remi Ishak kat belakang kau lah!!!!"..kata Rakan Tempurung...

"Ahhh sudahla kau...Kau ingat aku lupa ker arini 1 April..April Fool!!!"..balas aku konfiden dengan daya ingatan aku....

"Siot ah kau..Kau ingat jugak kan?Aku tadi dah terkena ngan member aku..Dia kenakan aku..Dia cakap Maya Karin ngan Remi Ishak datang Fakulti,ada promosi filem "Cun" diorang tu...Bergegas aku pergi..."..explain Rakan Tempurung...

"Ha ha ha..Bodoh la kau...Padan muka,sapa suruh bodoh sangat.."..gelakku mentertawakan kebodohan Rakan Tempurung itu....

Selang seketikan,Rakan Penyek datang menyapa...

"Woi Hanjeng Hanjeng...Ada orang cakap muka kau macam Aaron Aziz siakkkkk!!!.."..kata Rakan Penyek excited...

"Pergh..Aku dah agak dah..Mesti orang cakap macam tu punya..Ha ha ha ha..."..bangga pulak kena puji...fikirku dalam otak...

"APRIL FOOL!!!!!..Hahahaha..Muka cam tapak kaki aku,ada hati Aaron Aziz konon..Hahahahahaha.."..gelak Rakan Penyek...

Dalam hati,aku tenang....

Seketika kemudian,lalu seorang Gadis di sebelah kami....

"Hai Hans Isaac.."..sapa Gadis tersebut kepadaku....

Aku pandang Rakan Penyek balik sambil jelir lidah...

**********************************

Wednesday, March 30, 2011

Aku Yang Berdarah Seni

Semenjak dua menjak tiga menjak neh...Ramai sangat artis Indie yang keluar bagaikan cendawan selepas Hujan...I mean,yes,selepas gerakan Indie to Mainstream yang dilakukan oleh band Hujan,maka peluang telah banyak terbuka untuk artis indie lain naik ke aliran Mainstream...Betul apa yang dikatakan Datuk Ahmad Nawab,"Kalau semua orang dah pandai buat lagu dan lirik sendiri,apa guna ada penganugerahan Seniman Negara lagi...?"

"Kalau lirik dan lagu kamu mampu menarik minat orang untuk mendengarnya,maka kamu adalah seniman...Tak payah nak ada penganugerahan Seniman Negara semua..."

Naissssss...fikirku.....

Makanya,disini aku ingin mengeluarkan single terbaru aku...Aku pon penulis lirik kau tahu?

JUMAAT

(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

Pukui 3 aku bangun,bukak mata,
Tenyeh-tenyeh mata,tengok jam,
Naharam sudah lambat,
Aku melompat pi bilik ayaq,mandi,sabun sabun,
Nak kena pi kelaih,aku turun pi kat motor aku,
Aku nampak Abang Din di tepi pokokkkkk...

Ada motor Yamaha Lagenda di sebelah kiri,
Ada motor Ex5 Dream di sebelah kanan,
Motor aku di tengah-tengahhhhh,
Jadi aku naiklah motor akuuuuu..

Jumaat jumaat,harini hari jumaat,
Aku lupa kelas takdak harini,
Kena pi sembahyang jumaattttt..
Tapi dah lambattttttttt...
Semua orang pandang kehadapan hujung mingguuuu...

Makan kenduri makan kenduri yeah!
Makan kenduri makan kenduri yeah!
Seronok seronok seronok seronokkkkk...
Syoknya hujung mingguuuuu...

UUUUUUUUUU....UUUUUUUUU...HAK TUIH!


*****

Lagu aku neh boleh dinyanyikan dengan nada lagu Friday by Rebecca "Loser of The Century" Black...YouTube sendiri...Aku nak termuntah kalau letak video klip bangang dia kat blog aku...HAK TUIH!!!...

OMG...Aku dah termuntah siakkk!!!!

Sunday, March 27, 2011

Earth Hour Punya Cerita...

Semalam selama satu jam semua orang cuba untuk menyelamatkan bumi...Semua orang cuba tunjukkan sikap ambil berat mereka terhadap bumi yang semakin lama semakin uzur ini...Selama satu jam..Hanya untuk satu jam....Kemudian keluar naik kereta ramai-ramai...Pergi jalan-jalan pusing Kuala Lumpur..Asap kereta,karbon monoksida keluar lagi banyak..Tahniah..

Aku pulang ke rumah suatu hari itu...Malam itu sungguh tenang...Aku baru sahaja menghadiri kelas sarjanaku..So bila balik tu nak jugak rilex2 depan tv sambil layan Animal Planet..Terbaekkkkk kataku dalam hati semasa dalam perjalanan pulang..

Aku bukak pintu..Jam sudah menunjukkan pukul 8.38 malam...Rancangan "Musang Cendawan Rozmey-A Life in Insanity" dah nak start..Hepi aku nak tengok cerita tentang Musang Cendawan neh sebab aku suka dengan kebodohannya...

Eh,gelap pulak..Mana pergi Rakan-Rakan aku neh...Aku nampak satu kelibat di atas sofa di ruang tamu...

"Woi,apa gelap sangat rumah neh?Apsal tak bukak lampu,kipas,suma..?"..tanya aku kepada Rakan Sihat aku yang sedang duduk di atas sofa...

..........................

Diam sahaja beliau..Cool seperti biasa....

"Oooooooooooo...Baru aku teringat....Kau tengah sambut Earth Hour ker?Perghhhhhh..Tak sangka kau mempunyai kesedaran untuk memelihara bumi ini..."..kata aku terharu...Sungguh terharu...

Aku pon masuk dalam rumah,letak-letak barang...Dalam kelam...Habeh semua bucu meja aku sepak...Clumsy I know....

Aku diam di dalam bilik..Menghayati Earth Hour dengan tenang...Berpeluh ketiak demi satu usaha memelihara bumi....

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam....Aku sudah tidak tahan panas...Ketiak dah jadi kolam ikan...Ikan Bulu Ketiak sudah gembira berenang di dalam ketiak aku..Cilaka...

"Yay!..Dah 9.30...Dah dah..Cukuplah Earth Hour kita neh..Boleh bukak lampu,kipas,TV semua dah..."...kataku excited sambil lompat-lompat hujung kaki...Kegembiraan..Aku tahu....

"Hotak kau Earth Hour...Elektrik kita dah kena potong la bangang!"...balas Rakan Sihat sambil tangan dah tumbuk-tumbuk meter elektrik...3 bulan dah tak bayar..

"BABI!"...spontan balasku....

So semalam aku tak sambut Earth Hour sebab aku dah ber"Earth Hour" 3 hari 3 malam dah haritu...

***************************

Saturday, March 26, 2011

Cerita Blue...

"Hello Abang..Gua hari ini ada bawak DVD banyak meh..Lu mau tengok ka?"..tanya Apek DVD sambil aku makan-makan di kedai makan itu..

"Wah..Best jugak..Lu ada DVD apa?Gua dah lama tak layan movie neh..Asyik layan diri jer kat kedai makan neh..Gua dah gemok lu tau?"..balas gua sambil sempat mengajukan soalan supaya dia dapat berfikir...

"Banyak maaaaa..Cerita apa lu mau?Suma ada maaaa..Cakap-cakap cerita apa lu mau?..Cerita blue pon ada maaaa..(sengih-sengih kera sumbang)"..jawab Apek DVD...

"Wah,cerita Blue?..Apa blue yang lu ada?"..tanya gua excited..Dalam kepala otak terasa kuning pula sebentar...

"Ini gua ada cerita blue baru maaaa.."Datuk" sama pelacur...Manyak syiok woooooooo..."..balas Apek DVD sambil tunjuk DVD cover hitam...

"Owh..itu yang skandal baru itu "Datuk" kuat Parti Cap Mata tu ker?"..tanya aku kehairanan...Excited sikit...

"Ini la dia maaaaa...Gua kasi murah la sama lu...Lai lai...RM20 maaa..Murah..."...balas Apek DVD laju-laju...

"Lu sokong Parti Cap Keris ka Parti Cap Mata?..Sokong yer,bukan jadi ahli mana-mana parti..Lu sokong mana satu?"...tanya aku selamba...

Apek pon termenung seketika...Cuba memikirkan jawapan yang boleh diberikan...

"Gua dua-dua pon tarak sokong maaaa...Biarlah diorang sama-sama jatuhkan bangsa diolang sendiri maaaaaa...."..balas Apek DVD tu selamba...

Aku termenung seketika...Kecewa dengan jawapan yang diberikan Apek DVD...

"DVD Maria Ozawa jadi Cikgu Tadika ada?"..tanya aku seketika kemudian....

**************

Tuesday, March 22, 2011

Ohhh..Dingin Di Tengkuk Siakk!!

Semalam aku bermimpi ngeri..Rosalinda Minah Salleh Celup Welkam To Mareishia datang dalam mimpi aku..Dia jadi tourist guide aku...Semua tempat yang aku lawati,dia terangkan dalam Bahasa Inggeris..Terus aku jadi lost...Lost dalam mimpi sendiri gara-gara penerangannya...Dalam mimpi tu,aku konpius samada aku kat Mareishia ataupon aku kat Thailand..Damn...Dalam mimpi tu jugak impian aku tercapai..Terajang dia laju-laju balik Thailand where she belongs!..

Malam neh aku takut nak tidur..Takut dia datang lagi..Menghantui aku dalam mimpi aku lagi dengan Bahasa Inggeris I see you papai gud bai bai bai gud bai bai bai baiiii dia tu...Cilaka...

Tapi,sekarang..Aku mampu tersenyum kembali...Kepala otak aku kembali tenang...Penyelamat telah datang...Dengar jer Minah neh menyanyi,terus aku tergamam siakkk!!!



Introducing Najwa..

A real Malaysian with one hell of a talent...Enjois!!

Rosalinda Mareishia,you've got to go..go go go..go go go...Ptuih!