Saturday, February 12, 2011

Trending

Aku pon tak pasti kenapa aku buat blog neh dulu-dulu..trend kot...Sekarang pon aku masih tertanya-tanya..

1-Nak cerita tentang kisah cinta aku?Kisah kami hanya untuk kami berdua..Banyak blog budak-budak sekarang hanyalah berkisarkan kisah cinta mereka dengan yang tersayang..Aku nampak ja layout penuh love love keliling blog,aku tutup laju-laju,terus tengok Wonderpets laju-laju...

2-Nak ceritakan tentang kehidupan aku hari-hari?Okay,aku cerita sekarang..Bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik,tengok TV,on PC,check Facebook,e-mail,tidur,bangun,on PC,check Facebook,check e-mail,mandi,pergi kelas,balik kelas..Aku boleh teruskan lagi kalau kau mahu...

3-Nak tulis pasal makanan-makanan aku makan berserta gambar?Kalau aku letak gambar nasi lauk ayam goreng,telur kicap,ngan sayur air,agak-agak orang nak impress tak?

4-Nak tulih pengalaman aku pergi melancong?Pergi kedai depan nun kira melancong tak?Nanti aku ambil gambar kat depan kedai tu..(dengan tangan mesti didepakan seluas munkin)..munkin bergambar bersama pembeli-pembeli lain kunun-kunun tourists lain..

5-Nak aku review products/gadgets/services?Aku cuma pakai pencuci muka Garnier,Sabun Lux seketul seringgit,syampu Rejoice cover depan warna ungu,Blackberry,Sony Ericsson,PC tahun 2005,aku pakai line Celcom,dan itu sahaja kot..Nak aku kasi review?Sebab benda lain,kalau aku tak pakai,aku nak review macam mana?Aku dilarang plagiat bak kata lecturer aku...So?

6-Nak aku ceritakan tentang kawan-kawan ataupon manusia keliling aku?Maybe..Kawan aku bangun pagi,dia mandi,kendian dia iron baju,kendian dia pergi kerja,kendian dia balik,kendian dia makan,kendian dia tidur,kendian dia bangun,kendian dia berak anyam taik bentuk U,kendian dia hisap rokok,kendian dia tengok Raja Lawak,kendian...aku juga boleh teruskan kalau kau mahu...

7-Nak ceritakan tentang binatang peliharaan aku?Aku bela diri aku sendiri...So,aku cerita tentang diri aku la senang..Nama manja aku Fab...Nama panjang aku sebagai binatang peliharaan adalah Fabregas..Aku suka guling-guling,manja-manja,tangkap-tangkap bola,makan ayam KFC..Kesian tuan aku nak bela..Oleh kerana aku adalah tuan aku sendiri sebagai binatang peliharaan,aku kesian kat diri aku sendiri..Damn..

8-Nak ceritakan tentang impian aku?Kau mampu tolong aku capai impian aku untuk memiliki hidup yang sempurna?

Aku tetap tidak boleh jadi Hanis Zalikha walaupon nama kami sama...

Nak pegi anyam taik bentuk J pulak..

2 comments:

Anonymous said...

jd motif anda blog??????????? :P

Munky itu Hanjeng said...

self-thought maybe...yes..