Friday, August 20, 2010

Raya yang menjelang...

Walaupon baru masuk hari kesebelas aku berpuasa,aku dah mengira-ngira berapa hari lagi nak raya..

Raya tahun neh aku chuak bai..Ada satu benda neh yang begitu mengganggu aku..Macam mana aku nak jawab nanti..

Raya tahun lepas aku disanjung oleh budak-budak sebab bagi RM5 seorang..Memang suma layan aku macam raja..Air dihidang..ketupat dipotongkan untuk aku..kaki diurut.."Abang Bagi Duit Raya RM5" digelarkan mereka kepadaku..Aku berkerjaya..Duit gaji ada pulak advance..Makcik-makcik yang bertandang bertanyakan kepadaku.."Kerja apa sekarang neh Anak Pak Ya?"...Selamba aku jawab dengan yakin.."Pensyarah...kat Kolompo"..

Tahun neh?Munkin aku akan digelar "Abang Bagi Duit Raya 10 sen"...

Soalan lazim tetap akan berkemundang...

"Kerja apa sekarang Anak Pak Ya?"

Dan aku telah bersiap-sedia dengan jawapan yang paling impress pernah aku fikir..

"Saya jadi pelakon sekarang Makcik..Kat Kolompo..Sayalah Tiq Zaqyah dalam Nur Kasih tuuu (sambil gigit jari)..."


Mesti diorang akan tetap suka aku...

Saturday, August 14, 2010

Abang Watson kembali?Betulkah?

Aku sekarang sudah tukar title..Dari menjadi seorang Pensyarah Bahasa Inggeris,aku sekarang sudah menjadi Penganggur Bahasa Melayu..Aku dah berenti kerja disebabkan requirement dari pihak UITM yang tidak membenarkan aku berkerja jika aku mahu makan duit Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UITM tu...Bagi aku,tiada masalah..Lagi aku suka.Goyang telor,duit masuk tiap-tiap bulan..Mula-mulanya aku rasa macam tu..

Tetapi..setelah seminggu tidak berkerja,gua dah boroi bai..Perut 6 packs wa dah kurang jadi 3 packs..Macam mana rupa 3 packs?Tetek 2 packs,perot 1 pack..Itu pon nak aku terangkan..leceh betul..dan gua betul-betul bosan melepak depan tv ja hari-hari..Skrip Wonderpets edisi Bahasa Melayu TV9 pon gua dah bleh hafal..Ada haiwan dalam bahayaaaaaaaa...Anak penguinnnnnn..di atas Icebergggggg...damn..

Adakah aku patut mencari kerja sambilan?Adakah Abang Watson akan kembali?Sambil itu,mari kita imbau kembali kenangan Abang Watson bagi mendapatkan kembali feel untuk menjadi Abang Watson semula...

Abang Watson Episod 1

Abang Watson Episod 2

Abang Watson Episod 3

Abang Watson Episod 4

Abang Watson Episod 5

Abang Watson Episod 6

Abang Watson akan kembali?Kejap,nak pusing gasing..Totem aku..

Kapitalis oh Kapitalis

Kapitalisme membawa maksud sistem ekonomi dan sosial yang dijana ke arah pengumpulan kekayaan dan keuntungan mengikut permintaan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran,kos,harga barang,dan perkhidmatan.Ianya juga cenderung kepada pengumpulan keuntungan oleh individu-individu tanpa gangguan kerajaan.(Sebagai contoh,pengecualian cukai).Sistem ekonomi kapitalis bolehlah dikatakan sebagai medium dalam mewujudkan jurang perbezaan yang ketara di antara hak-hak pengguna dan sistem ekonomi yang adil.Ini kerana kapitalisme,bertentangan dengan ideologi
sosialisme,menitik-beratkan keuntungan di sebelah pihak sahaja tanpa memikirkan isu-isu dan hak-hak ekonomi masyarakat lain.

Di Malaysia,kita seringkali menidakkan sistem kapitalisme ini di dalam menerangkan sistem ekonomi negara ini.Ini bolehlah dikatakan seperti "ayam terlepas,tahi di tangan".Walaupon aku tak berapa paham apa significant peribahasa itu dalam konteks ini,tetapi sistem kapitalisme ini sudah lama bertapak di Malaysia.Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan sedikit sebanyak mencerminkan sistem sosialisme,tetapi benarkah sosialisme ini diterapkan?Banyak rakyat Malaysia yang mengutuk sistem kapitalis ini dengan menuduh hanya masyarakat barat yang mengamalkannya.

Murtabak yang hanya sebesar tapak tangan aku,berintikan bawang dan ubi semata,tetapi ditulis besar-besar di depan gerai "Murtabak Ayam,Daging",tidakkah itu kapitalis barat?

Udang masak sambal dimana udang-udangnya hanya sebesar jari telunjuk aku,4 ekor berharga RM3,tidakkan itu kapitalis barat?

Pajeri terung,kurang manis,dan terung-terung yang sebesar 2 jari,2 ketul berharga RM2,tidakkah itu kapitalis barat?

Ayam percik,dimana ayamnya hanyalah sebesar 3 jari aku,berharga RM 3,tidakkah itu kapitalis barat?

SIOT AHHHHH PENIAGA-PENIAGA PASAR RAMADHAN!LU ORANG MEMANG KAPITALIS BARAT!!

Monday, August 2, 2010

Cubaan untuk mendapatkan Enam Ketul Otot di perut...

Berada di dalam keadaan yang begitu dilema..tidak tahu memilih mahupon membuat keputusan..Munkin juga disebabkan duit belum turun dari langit..

Saranan kepada pemboroi-pemboroi di luar sana,eloklah jika satu perubahan dapat dilakukan..Jadi,mari...

Tetapi aku?Masih di dalam dilema...


Fixed Gear @ Fixie(from Create Bike)-Keseronokan berbasikal urban di atas tanah landai...Anggaran masa untuk 6 ketul otot muncul di perut-2 minggu(Kayuhan kerap 24 jam 5 hari seminggu..Mati munkin sekali dua)


Mountain Bike(Louis Garneau Casper Pro)-Seperti namanya,akan memerlukan tunggangan hebat di atas gunung mencelah di celah-celah pokok di atas bukit,gunung,dan rimba belantara..Anggaran masa untuk 6 ketul otot muncul di perut-1 minggu(Kayuhan di atas tanah tinggi 48 jam sehari 7 hari seminggu..Mati lebih dari 7 kali)

Pilihan?Menjadi isu disini disebabkan faktor kewangan yang tidak memberangsangkan..

"Trutttt...truttttt..trutttttt"

"Click"

"Hello Che Yah..Neh nak kena beli buku neh.Subjek Second Language Acquisition neh lecturer dia suruh beli buku..Banyak nak kena beli neh...Total semua RM3500..Betuiiiii...Harga buku subjek neh mahai sket..Tak mohong aih.Betuiiii..."

"Titttttt tiitttttt tittttttt tiittttttt"

"Hello hello...Che Yah..Hello Che Yah.."

Thursday, July 29, 2010

Mimpi dalam mimpi basah..


Setelah kredit cerita "Inception" mula memaparkan tenaga-tenaga hebat dalam menjayakan filem itu,masing-masing terus bingkas bangun dan terus menuju ke pintu keluar..Aku masih terduduk di kerusi..Air mata menitis ke bumi satu persatu,menghargai karya dari Christopher Nolan ini..Sungguh dalam sehinggakan aku perlu masuk ke dalam mimpi tahap kelima untuk aku mendapatkan mimpi basah seraya membuatkan aku gembira dengan apa yang aku tontonkan sebentar tadi...

"Eiiiiiii..bencilah cerita ni.Tah apa-apa ja..Apsal cerita neh macam bodoh jer..Tak paham i.."..kedengaran suara sumbang dari sebelah aku..Aku toleh ke tepi..Cuba melihat siapakan gerangan empunya suara...

Gadis..Rambut blonde...Skirt...Baju saiz baju adik aku...Adik disini,literally..

"Ek?Sayang tak paham ek cerita tadi?Tu la..I pon paham sikit-sikit jer..Cerita tu tadi pasal dia boleh masuk dalam mimpi orang..Kemudian dia leh bunuh dalam mimpi tu.."..Balas seorang jejaka yang berjalan disebelahnya..munkin teman lelakinya...

"Tu la..Tah apa dia nak buat tah dalam mimpi orang.Tak pahamnyer!"..Balas gadis tersebut...

Aku hanya mampu tersenyum..Jauh dalam lubuk mimpi tahap 80 petala langit aku,aku sungguh berterima kasih kepada Pak Ya dan Che Yah kerana menghantar aku ke sekolah masa aku kecik-kecik.Alhamdullillah,mampu berfikir...

"You guys tak paham ker cerita tadi?"..tanya aku kepada mereka..

"Tak..tah apa tah cerita tadi tu.."..balas si Gadis...

"Berapa tahap IQ,or dalam bahasa senang pahamnya Intelligent Quotient you..?"..automasiti aku terus terpacul..

"Tahap IQ saya?Urmmm..30' 28' 30' kot.."..balas si Gadis..

"Owh..Abang rasa adik-adik neh patut tengok cerita 4 Madu arahan Prof Razak la sebab IQ macam tu IQ Siamang Kongkang ja"..Balas aku..


Lalu aku terus melihat perut 6 packs aku..Totem aku..Masih ada 6 ketul..Jikalau aku di dalam mimpi seseorang,hanya ada seketoi saja...Aku masih berada di dalam realiti...

Wednesday, July 21, 2010

Abang Anjeng Menjawab Siri 3

Abang..
Semenjak kebelakangan ini,banyak kes-kes buang bayi kita dapat dengar dari corong-corong radio dan televisyen.Satu masalah sosial di mana ianya memberi gambaran negatif terhadap nilai estatika negara ini.Walaupon saya tak tahu apa maksud estatika itu,tapi pada pendapat abang,mengapakah wujudnya kes-kes pembuangan bayi ini?

Hashim Sobri,
Kajang,Selangor.

Encik Hashim,
Permasalahan ini sebenarnya berpunca dari kurangnya didikan agama dan kasih sayang di rumah dimana anak-anak yang kekurangan kasih-sayang cenderung...........................trittttt tritttttttt....trittttttttttt...

Oh maaf..salah siaran.Ini bukan blog cliche' anda...

Masalah ini berpunca dari sikap cuba berlagak cool gelakkan kondom-kondom di dalam 7Eleven,Watson's,ataupon Guardian..

"Tak rasa dowhhhhh kalo pakai neh.Hahahahahahaha..*gelak-gelak*"..ujar seorang RemajaLelakiBodohBaruHabehSPM...

"Tak puas..."..kata seorang GadisLagiBengapDariUnta...

Terima kasih...

Saturday, July 3, 2010

Setelah-melah setahun di KPTM..

Pengakhiran itu semakin dekat kurasakan..Setelah setahun menabur bakti kepada anak bangsa,akan ku suarakan niat di hati ku kepada pihak pengurusan Kolej Poly-Tech MARA dalam masa terdekat..Sebutir batu loncatan telah di lontarkan kepadaku yang membuatkan aku sukar untuk menyepaknya ke tepi jalan seperti Fasha Sandha yang memang tiada gunanya itu..Batu ini lebih bernilai dari segalanya..sehinggakan air mata Che Yah Mawar Berduri pon menitis tatkala menerimanya sebelum menelefon dengan nada excitednya memberitahuku..

"Hello Anak Pak Ya..cheq dok wat apa?"..tanya Che Yah Mawar Berduri..

"Dok cakap telefon dengan mak la..takkan dok snorkeling tengok coral reef pulak?"..jawab aku cuba membuat lawak...

"Ingat lawak la tu?Tak lawak pon..prfttttt..(jelir lidah)"..balas Che Yah bengang...

"Alolololooo...awat col cheq?Ada apa berita ka?"..tanya aku cuba mententeramkan keadaan yang semaking tegang..Kalau berlanjutan neh,mau Che Yah datang Bangi sembelih aku..

"Neh haaa..ada surat sampai rumah..dari UiTM..apa tah neh.Depa mintak balik marker pen yang hang sakau dulu kot..."..kata Che Yah separa menipu..saja membuat lawak bagi mengekalkan ciri-ciri suspen dirinya...

"Haih..manada..tu member cheq yang sakau..cheq curi kabel monitor komputer ja.."..balas aku terkejut..

"Ooooo..ni reja hang..aku suh hang pi belajaq,hang pi mencuri.Jaga hang balik nanti..Dak aih,neh surat tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM..Cheq dapat biasiswa tu..."..kata Che Yah...

*Click*..truttttttt...truttttttt...trutttttt...

"Hello hello..oiii anak pak ya oiiii..pi mana nehhh..letak plak dah"..rungut Che Yah..

Terus gua "terbang" hanyut dalam dunia gua..Mimpikan kereta Skyline baru gua yang akan gua bayar guna duit biasiswa bulan-bulan....